OOO

Jumaat, Mei 27, 2016

Kelab Kopi Cafe Batu Pahat Johor

Assalammualaikum
 Bila Yana dah bekerja dan menetap di Batu Pahat, bila kami rindukan Aiman kami akan ke sana.  Dah ada kat sana, kami suka bila anak menantu bawa gi jalan jalan sambil makan makan :}
Kira cam dulu dululah orang ramai lepak kat warung, tapi dah di upgrade jadi cafe, suasana masih sama. Borak sambil lepak tapi gelak taklah kuat macam kita duk kat warung, kira dah duk dalam cafe kenalah bersopan kannn
Menu utama kat sini makan light light ajerlah, yang sesuai untuk waktu petang macam nasi lemak bungkus daun pisang.
Keropok lekor ni sedap, kalau nak makan sampai kenyang, orderlah banyak banyak yer.
Yang paling popular ialahcoffee latte, macam kita selalu minum kat yStarbucks dan Old Town tu.

Harga kopi yang berpatutan 
apa yang ada : kredit  Kelab Kopi
Alamat Kelab Kopi
 1337, Jalan Abu Bakar, 
Bandar Penggaram, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Mula buka pukul 4.00 petang

Khamis, Mei 26, 2016

Udang Masam Manis Sedap :}

Assalammualaikum semua

Sekarang ni nak beli udang memang mahal terutama udang laut, bertambah besar udang maka bertambahlah duit yang kita kena bayar.

Sebab tu kalau makan kat luar, harga makanan laut berdentum dentum harganya disebabkan harga bahan masakan yang mahal terutama sejak ada gst ni.

Kalau anak ramai, suami ajer bekerja dengan pendapatan yang kecil, memang parahlah nak beli udang besar camni.  Teringat dulu kami macam tu juga, nak makan sedap tunggu abah dan mak dapat gaji.


Bahan-bahan
500gm udang-buang kulit dan tinggal ekor
5 biji bawang kecil-tumbuk/kisar
3 biji bawang putih-tumbuk/kisar
2 sudu makan cili kisar
4 sudu makan cili sos
sedikit tomato sos
Sedikit gula
Bawang besar-potong bulat
Minyak, sedikit air
serbuk kunyit dan garam

Cara-cara

  • Bubuh serbuk kunyit dan garam keatas udang. Goreng sebentar.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di tumbuk sehingga naik bau dalam minyak goreng tadi.
  • Masukkan pula cili kisar dan biarkan cili masak dengan api sederhana. Masukkan garam.
  • Masukkan cili sos dan sos tomato dan kacau sebentar.
  • Masukkan juga gula, bawang besar dan juga udang.
  • Kacau biar sebati dan biarkan sebentar.
  • Bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Selasa, Mei 24, 2016

Travel 2016 : Sungai Petani-Alor Star-Padang Besar-Kulim

Assalammualaikum semua


Kami bermalam di Sungai Petani Inn semalam ajer sebab nak teruskan perjalanan lagi.  Selepas sarapan pagi, kami sempat singgah kat pasar nak tenguk apa yang ada.  Tapi tak ada yang menarik nak beli, kami teruskan perjalanan ke Padang Besar.
Masuk gak ke Alor Star, cuma keliling keliling ajer, ingat nak gi Pasar Rabu tapi takut tak sempat nak pergi ke destinasi seterusanya.
Seronok jalan jalan kali ni sebab tak ada kesesakan jalanraya walaupun cuti sekolah.  Suka dengan pemandangan nak ke Padang Besar, tapi kan cuaca panas masa tu, banyak gak lah kebakaran kecil yang kami jumpa.

Cuaca memang panas masa tu, bila nak cari parking memang payah kat Padang Besar ni, nak masuk kat situ kena bayar.   Kami nekad ajer parking kat tepi jalan walaupun risau takut kena saman.  Pergi makan kat deretan peniaga tepi jalan, makan untuk alas perut saja.  

Kat sini, ashik naik turun tangga, akak jalan jalan kat belah bawah ajer sebab tak larat nak naik tangga, turun tangga.  Lagipun barang yang di jual lebih kurang sama jenisnya tapi tak taulah ada perbezaan harga ataupun tidak.

Bila sampai ke Padang Besar sempatlah beli serba sedikit barang untuk kenangan.  Kami pertama kali sampai kat sini, tapi lupa nak ambil gambarlah pulak.
Geram pulak tenguk orang jual durian, beli satu biji kat situ dan singgah kat Masjid Padang Besar yang terletak tak jauh dari situ.  

Lepas tu kami teruskan lagi perjalanan sambil akak cari bilik, mula mula cadang nak tidur kat Grik, tapi hotel yang kami pilih dah kehabisan bilik.  

Kami call Hotel Seri Malaysia Kulim, bilik tingkat bawah dah habis, cuma ada kat tingkap atas. Malas nak naik turun tangga, kami ambil keputusan tidur di Tune Hotel Kulim.
Makan malam kami makan kat restoran bersebelahan Restoren Route 69, punya lama tunggu nak makan. Nasib baiklah suami ada order nasi goreng kampung dan lamb chop.

Harga pun taklah mahal sangat.  Masuk bilik borak borak pastu apa lagi...tidurlah

Khamis, Mei 19, 2016

Ayam Panggang Rosemary & Lemon Mudah

Assalammualaikum semua

Suka masak camni, sebab senang nak buat dan tak yah renyah nak masak kat dapur, terus ajer masuk dalam oven.

Cili flakes selalu akak simpan bila beli domino pizza, kali ni nak bagi pedas akan campurkan sekali dalam perapan.
Resepi pernah jadi viral satu ketika dulu bila ramai geng masak memasak mencubanya.  Gambar selepas masak lupa pulak nak ambil.

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana-potong 12
  • 1 biji lemon-1//2 potong dan 1/2 lagi ambil jus
  • 2 tangkai rosemary/rosemary kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit cili flakes
Bahan lain untuk di bakar 
  • kentang russet, dipotong 6
  • bawang, dipotong bulat
Cara-caranya

1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah. Campurkan sekali cili flakes
3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, hirisan lemon dan bawang besar.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.
 

Selasa, Mei 17, 2016

Bas Di Abu Dhabi

Assalammualaikum semua


Masa kat Abu Dhabi kami memang guna bas dan taxi jika nak ke mana mana waktu cuti sebab suami kerja sekejap ajer kat sana.  Nak sewa keta agak mahal, kami nak gak merasa cam mana naik bas bersama penduduk kat sana.

Sepanjang naik bas, memang akak tak jumpa pun orang tempatan, boleh di katakan yang naik adalah rakyat asing dan pelancung sahaja.  Orang tempatan kaya, mereka naik keta yang murah sangat harganya kat sana.
Bayaran tambang AED4, dekat atau jauh sama ajer bayarannya, cuma kat town memang kena ada kad cam touch and go.  Macam kat Kuala Lumpur gak, dah tak ada konduktor yang datang ambil duit dan bagi tiket. 
Kat barisan hadapan memang di khaskan untuk kaum wanita sahaja, walaupun kita suami isteri dan ada baby, memang suami kena duk kat belakang, kecuali bas nak pergi ke tempat yang jauh cam Dubai, memang tempat duduk hadapan di khaskan untuk family.  Yang lain kena duk kat belakang.

Rasa gak pengalaman naik bas kat tempat orang, kat tempat sini dah bertahun tahun tak naik dah.

Rabu, Mei 11, 2016

Resepi Masak Singgang Ikan Selar Kuning

Assalammualaikum semua
Resepi orang tak pandai masak pun boleh buat kan, pejam mata pun boleh masak. Sesuai gak untuk orang yang sedang berpantang sebab tak guna minyak.

Bahan-bahannya
  • 3 ekor ikan selar-bersihkan
  • sedikit serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • 1/2 inci halia-hiris
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai- di ketuk
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
Cara-caranya
  1. Masukan hirisan bawang merah, bawang putih, halia, serai, serbuk kunyit dan air ke dalam periuk.
  2. Biarkan mendidih baru di masukkan ikan dan garam.
  3. Biarkan selama lebih kurang sepuluh minit baru tutup api dan boleh di hidangkan.

Isnin, Mei 02, 2016

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209 Sedap Katanya

Assalammualaikum semua

Dah lama tak pergi ke Pantai Timur sejak kami dah duk kat Miri, rindu nak tenguk suasana kat sana. Memang tak sempat nak pergi jalan jalan kalau balik bercuti ke Semenanjung masa tu, sebab selalunya waktu cuti sekolah akak balik dengan Imran ajer.
Dari Kelantan, kami ikut jalan pantai, tak banyak kereta sampai dah petang.  Oleh kerena kami tak book bilik, kami call Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu dan tanya ada bilik kosong ker tidak. Nasib baiklah ada, walaupun kami tak puas hati dengan keadaan bilik yang agak lama sedangkan harga dekat RM200 semalam.

Malas nak keluar makan kat luar, kami order ajer seafood ni, harga pun munasabah.  Akak googlelah kat mana nak cari keropok lekor yang sedap.  Ramai yang buat N3 kat blog kata keropok lekor kat BTB 2209 Bukit Tok Beng.
Tak puas hati betul bila sarapan kat Hotel ni, makanan terhad, pastu cepat habis.  Nak menambah punyalah lama, pastu bawa tak banyak.  Bila sampai ajer tiap tiap makanan, ramai yang ambil sekejapan dah habis.  
Ramai termasuk pelancung terpaksa makan roti bakar sebab tak tak sanggup nak tunggu.  Nasib baiklah pemandangan kat tempat makan cantik.
Sempatlah tenguk Kampung Cina, snap pun dalam kereta ajer.

Nasib baiklah zaman sekarang dah ada google map ataupun waze, lepas sarapan angkat beg terus checkout sebab kami stay satu malam ajer kat satu satu tempat.  Nak bawa balik buat buah tangan kenalah beli cam keropok lekor dan keropok kering untuk family.
Senang ajer nak jumpa kedai ni, alhamdulliah masa kami sampai orang tak ramai, tak payahlah ambil no giliran pun walaupun cuti sekolah. Yang leceh sebab kuanter lain lain, nak beli vaccum/rebus kat tempat lain, nak beli yang kering kena bayar tempat lain.

Kalau orang ramai, kena ambil nombor giliran tau macam kat bank tu, pastu satu nombor giliran cuma boleh beli keropok lekor maksimum RM100 sahaja, kalau nak beli lebih dari RM100 kenalah ambil 2 nombor..kalau nak beli RM500 kenalah ambil no sampai lima. :)
kat sini bayar untuk yang kering, nasib baiklah orang tak ramai
Masih lagi mengekalkan cara tradisional, menggunakan kayu api untuk merebut keropok lekor.
Tapi sekarang ni dah senang, tak payah pergi pun boleh beli on9 ajer kat http://www.btblekor.com.my/
Kami rasa keropok jejari biasa dan keju (cheese). Rasa ikut tekak masing masing sebab ada yang kata ada tempat lain yang lagi sedap, itu kata kawan akak lah yang berniaga kat Kuala Terengganu.  
Nasib akak baik sebab dapat beli keropok lekor vacuum, taklah senang rosak.   Sebab dah beli kat sini, malaslah nak beli lagi kat tempat yang dia syorkan.  Insya Allah lain kali pergi ke sini, kami akan cuba beli kat situ pulak.

Dulu masa akak jejalan tahun 2013 kami beli kat Keropok Lekor Bayu kat Setiu

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...