OOO

Memaparkan catatan dengan label ayam goreng berempah sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam goreng berempah sedap. Papar semua catatan

Selasa, April 19, 2016

Ayam Goreng Berempah Beriani

Assalammualaikum semua

Dah makan ker belum?

Kat rumah akak sekarang ni tinggal seorang anak ajer, anak bongsu penghibur hati, nasib baik gak ada anak masih bersekolah  menengah, busyy gak lah hantar ke sekolah.  Kalau tak ada, mau mati kutu kami berdua sebab anak anak dah tak tinggal bersama lagi.

Sedih kan, dulu masa kecil riuh rendah dan penat ke dapur, sekarang ni buat apa pun tak habis sampai suami akak kata kalau nak makan kek atau apa apa gi beli ajer.  

Imran ni pulak suka ayam dan daging, udang dan sotong kurang, ikan pula  memilih...nak senang selalunya akak buat perapan ayam camni masuk dalam peti atau bekukan.  Bila balik sekolah baru goreng ayam ni, resepi ni akak olah dari blog SINI

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak  keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Sabtu, Julai 12, 2014

Resepi Ayam Goreng Berempah Dan Nasi Lemak

 Assalammualaikum semua

Tekak teringin nak makan nasi lemaklah pulak, pagi pagi gi cari bahan.  Kat sini punya nasi lemak kurang umphh sebab sambal manis.
Resepi nasi lemak kat sini
sambal tumis udang kat SINI


Bahan-bahan
  • 10 kepak ayam
  • 4 batang serai* (kalau nak lebih pun boleh)
  • 3 biji bawang putih*
  • 4 bawang merah*
  • 11/2 sudu teh serbuk kunyit*
  • 11/2 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan rempah kari babas
  • 1 sudu makan serbuk cili (cili kisar pun boleh)
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • minyak untuk  menggoreng
  • 4-6 tangkai daun kari
Cara-caranya
1. Basuh kepak  dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi kepak ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
4. Masukkan serbuk rempah kari, garam, sedikit gula dan serbuk cili (cili kisar)
5. Peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.
6. Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari. Sedap di makan panas-panas.





Selasa, Januari 10, 2012

Resepi Ayam Goreng Berempah Hidangan Kenduri


Masa kenduri bulan lepas 31hb. Disember 2011 (Sabtu) kami menyediakan ayam goreng berempah.  Akak yang gi pasar beli 20 ekor ayam dan bersihkan sorang-sorang.  Fuhhh macam nak bukak kedai jual ayam goreng berempahlah pulak.  Terima kasih mak sebab tolong siapkan rempah ratus bahan perapan.

Resepi asal dari dayangjack tapi akak ada tukar bahan-bahan perapan.  Jangan marah yer Dayang.  Kami perap ayam ni semalaman  dan goreng pada pagi Sabtu dan dah tentulah bahan perapan kena berkali kali kali ganda banyaknya.  Alhamdulliah tetamu kata sedappppp. Cubalah yer

Bahan-bahan
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
  • 1 inci halia (dikisar kasar)
  • 3 batang serai (dikisar kasar)
  • 1 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar  serbuk kari ayam (akak guna baba's)
  • 1 biji telur-akak tukar letak 1 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu besar tepung jagung-akak tukar ke tepung beras
  • daun kari secukupnya
  • serbuk kunyit
  • minyak secukupnya
  • garam dan sedikit gula secukupnya

Cara-cara


  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Akak perap semalaman dan sebelum goreng campurkan 1-2 sudu tepung beras dan gaul rata.
  2. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing bersama daun kari.
  3. Gunakan api sederhana perlahan sahaja.
  4. Hidangkan panas-panas. 

 p/s kalau tak percaya cuba tanya geng tali baruts yang hadir 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...