OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak ayam goreng berempah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak ayam goreng berempah. Papar semua catatan

Rabu, Januari 10, 2018

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH BANYAK SERDAK

Assalamualaikum semua

Kalau beli ayam goreng kat mana mana, anak anak paling suka serdaknya.  Akak tak tau apa yang buatkan ayam goreng berempah ada serdak, ingatkan letak serai banyak-banyak.

Akak ni rajin baca komen komen kat fb, terutama tentang tips dapur, pastu terbaca ada seorang bagitau kalau nak serdak banyak letaklah kelapa parut.

Akak pun cuba buat, betul jadi, tapi akak goreng terus, tak toskan lebihan rempah pastu goreng.  Akak terus ajer goreng bersama rempah.  Nanti kalau rajin nak cuba buat lah.



Bahan-bahan
1 ekor ekor ayam- potong 18
1 cawan kelapa parut-ambil putih
2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar rempah kari babas
2 sudu besar tepung jagung

Serbuk kunyit
Garam
sedikit gula
3 tangkai daun kari
Minyak untuk goreng

Serbuk perisa/stok ayam-pilihan

Bahan Kisar
4 batang serai
1 inci lengkuas

2 inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar biji

1 sudu kecil jintah putih
10 biji bawang kecil/2  biji bawang besar
6 bawang putih
air secukupnya


Cara-caranya
1. Gaul bahan kisar bersama garam, gula dan kelapa.
2. Gaulkan semua bahan yang di kisar  bersama ayam dan bahan yang lain kecuali minyak masak.
3.  Perap dalam 1 jam kalau nak sedap semalaman.
4. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing bersama daun kari.

5. Gunakan api sederhana perlahan sahaja
6. Hidangkan panas-panas. 

Sabtu, Julai 12, 2014

Resepi Ayam Goreng Berempah Dan Nasi Lemak

 Assalammualaikum semua

Tekak teringin nak makan nasi lemaklah pulak, pagi pagi gi cari bahan.  Kat sini punya nasi lemak kurang umphh sebab sambal manis.
Resepi nasi lemak kat sini
sambal tumis udang kat SINI


Bahan-bahan
  • 10 kepak ayam
  • 4 batang serai* (kalau nak lebih pun boleh)
  • 3 biji bawang putih*
  • 4 bawang merah*
  • 11/2 sudu teh serbuk kunyit*
  • 11/2 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan rempah kari babas
  • 1 sudu makan serbuk cili (cili kisar pun boleh)
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • minyak untuk  menggoreng
  • 4-6 tangkai daun kari
Cara-caranya
1. Basuh kepak  dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi kepak ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
4. Masukkan serbuk rempah kari, garam, sedikit gula dan serbuk cili (cili kisar)
5. Peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.
6. Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari. Sedap di makan panas-panas.





Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...