OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi nasi lemak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi nasi lemak. Papar semua catatan

Isnin, Disember 28, 2015

Nasi Lemak Goreng Mudah Dan Sedap

Assalammualaikum semua


Oleh sebab ada lagi baki nasi lemak dan sambal tumis ikan bilis, akak pun gorenglah nasi lemak ni. Resepi nasi lemak kat SINI ye

Sayang nak buang, dah lah bahan masakan mahal sekarang ni.

Akak tak tambah garam pun sebab dah cukup sedap bagi akak..pastu tabur bawang goreng dan hirisan bawang sup dan daun bawang.

Kalau rajin gorenglah keropok ikan yer.

Sabtu, Julai 12, 2014

Resepi Ayam Goreng Berempah Dan Nasi Lemak

 Assalammualaikum semua

Tekak teringin nak makan nasi lemaklah pulak, pagi pagi gi cari bahan.  Kat sini punya nasi lemak kurang umphh sebab sambal manis.
Resepi nasi lemak kat sini
sambal tumis udang kat SINI


Bahan-bahan
  • 10 kepak ayam
  • 4 batang serai* (kalau nak lebih pun boleh)
  • 3 biji bawang putih*
  • 4 bawang merah*
  • 11/2 sudu teh serbuk kunyit*
  • 11/2 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan rempah kari babas
  • 1 sudu makan serbuk cili (cili kisar pun boleh)
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • minyak untuk  menggoreng
  • 4-6 tangkai daun kari
Cara-caranya
1. Basuh kepak  dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi kepak ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
4. Masukkan serbuk rempah kari, garam, sedikit gula dan serbuk cili (cili kisar)
5. Peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.
6. Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari. Sedap di makan panas-panas.





Selasa, Julai 17, 2012

Nasi Lemak Sambal Sotong


Buat nasi lemak hari Ahad lepas untuk sarapan pagi.  Kalau nak beli mau makan puluhan ringgit dulu gak. Mula-mula nak buat nasi lemak kukus..tapi virus M banyaklah pulak


Bahan-bahan (Anggaran-7 orang makan)
4 cawan beras basmathi
4 cawan air
2 cawan santan
2 biji bawang kecil - hiris
1 biji bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris halus
3 helai daun pandan-disiat dan di simpul
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya
Rendam beras basmathi 20 minit.  Bersihkan dan tos dan masukkan ke dalam periuk elektrik.
Masukkan bawang, halia, daun pandan, air, santan dan garam dan kacau sebati dan masaklah nasi seperti biasa. 

Bila dah kering, kareh/kacau nasi dengan chopstick nak mengelakkan dari beras dari patah.  
Bolehlah di hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah, telur rebus dan timun (akak malas nak beli..hb dan anak-anak tak suka)

Nota :  Kalau masak beras biasa masukkan lebihkan santan dari air..biar betul-betul berlemak..barulah di panggil nasi lemak


Sabtu, Oktober 22, 2011

Nasi Lemak Hijau











 Geng masak-masak memang dah lama   dah sibuk kena virus nak masak nasi lemak hijau ni...tapi akak tak terjangkit pulak.  Baru pagi ni teringat nak buat untuk sarapan.

Resepi asal dari Mat Gebu dan beliau dapat resepi ni  dari "Amy Beh", tapi dah dimodifey sikit oleh dia.  Kalau dapat makan dengan sambal tumis sotong kering memang terangkat ni.  Akak cuma buat sambal tumis ikan bilis ajer.

Bahan-Bahannya :-)
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. toskan
1 biji kelapa diparut-akak guna santan kotak
10 helai daun pandan, dikerat2 kecil*-guna 4 helai ajer
1 cawan air*(*dikisar halus)
2 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
akak tambah sedikit pewarna hijau pandan

Bahan Sampingan :-)
Sambal tumis ikan bilis
Hirisan timun
Tomato ceri/plum (optional)
Ikan/ayam goreng-tak buat pun
Telur dadar-rebus telur ajer

Cara membuatnya :-)
  1. Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 6 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
  3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
  4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. selamat mencuba!!
Jom tenguk apa ada kat sini http://bit.ly/nv8UVC , http://bit.ly/pXe9Fe , http://bit.ly/nU0AcO dan http://bit.ly/oPWbWO

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...