OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak daging sedap/best/lazat/blackpepper beef/daging lada hitam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak daging sedap/best/lazat/blackpepper beef/daging lada hitam. Papar semua catatan

Ahad, Mei 20, 2012

Lama Tak Masak Daging Lada Hitam/Blackpepper Beef

Dah lama betul tak buat  daging lada hitam aka black pepper beef ni..bila akak tanya anak..daging nak masak apa..Masaklah blackpepper..wah akak suka sebab tak yah berdiri lama nak memasaknya..sejak lutut kena tebuk ni, nak berdiri lama tak larat lagi..kena ambil masa nak pulih semula.  Akak buat ikut stail  Secubit Garam.com tapi akak letak bawang putih dan halia tumbuk sikit.


Bahan:-
500gm daging batang pinang
1 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau (akak letak cili merah/hijau di hiris serong)
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus
1/2 sb gula-tak letak
minyak utk menggoreng
#akak tambah leek di hiris sepanjang 1 1/2 inci
1 biji bawang holland dihiris bulat.
4 biji bawang putih tumbuk
1/2 inci halia tumbuk
Cara-Cara:-
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir-butir lada.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia baru ikut step yang bawah.
  4. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. 
  5. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  6. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj.
  7. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah.
  8. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. (Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram )
  9. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air.
  10. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. ( masa ni akak masukkan bawang holland dan cili hiris)
  11. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api  (sebelum padam api akak masukkan leek) dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
     ## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

Selasa, November 02, 2010

Resepi Daging Lada Hitam/Blackpepper beef (Guna Maggi Punyalah)

Ikut kat resepi belakang packet tu kan tak yah buh apa-apa.  Tapi kan..akak tambah sedikit bahan.
 Bahan-bahan Utama
1/2 kilo daging batang pinang-hiris tipis basuh dan toskan.
1 paket perencah berlada hitam maggi /black pepper mix
*  Perap dalam 1-2 jam.

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
Bahan Lain
 sedikit minyak bijan (beberapa titik)-tak letak
garam secukup rasa
1/2 capsium hijau-potong panjang
2 batang cili merah-di hiris serong
1 biji bawang besar -akak tak goreng pun
sebatang daun bawang-potong 1 1/2 inci
sedikit minyak
Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. 
2.  Masukkan daging yang telah di perap dan tambah sedikit air. Kacau lagi.
3.  Bila daging dah  masak, masukkan capcium hijau,  cili merah, beberapa titik minyak bijan dan gegelang bawang. Kacau rata dan biarkan sebentar,  jika perlu masukkan garam.
4.  Masukkan daun bawang dan rasa dulu sebelum dimatikan api. 
5.  Boleh dihidangkan dgn roti atau nasi

Selasa, Oktober 05, 2010

Resepi Daging Lada Hitam/Blackpepper beef (Versi Nor)


Resepi daging lada hitam aka black pepper beef ni ada macam-macam versi..kadang-kadang ikut stail akak..kadang-kadang akak ikut stail geng masak memasak.  Dulu memang dah pernah buat ikut stail  Nor Secubit Garam.

Kalau bolehlah gunalah daging batang pinang ataupun daging empuk..tak yah buang gas sebab nak rebus daging tu.  Kalau Ira ada kat umah dia ashik meratah ajer..tak yah makan dengan nasi.  Terima kasih Nor sebab sudi share resepi.
Bahan:-

500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau (akak letak warna kuning)
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus
1/2 sb gula-tak letak
minyak utk menggoreng
#akak tambah daun bawang di hiris sepanjang 1 1/2 inci dan 1 biji bawang holland dihiris bulat.
Cara-Cara:-
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir-butir lada.
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj.
  5. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah.
  6. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. (Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram )
  7. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air.
  8. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. ( masa ni akak masukkan bawang holland)
  9. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api  (masa ni akak letak daun bawang)dan hidangkan panas2 dgn nasi putih. 
    ## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

Rabu, Ogos 18, 2010

Serawa Durian aka Bubur Durian

 kredit:google


Aduhai letih dibuatnya..dari semalam Imran ashik muntah ajer..balik dari sekolah terus dia tidur sampai waktu berbuka.  Bila bangun , dia mengadu kepala pening.  Bila minum air panas , tak lama keluar balik.  Suruh makan buah kurma dan minum air milo, pun keluar balik.  Ishh  tak boleh jadi ni.  Dahlah dia puasa seharian..mana boleh tak makan.

Suruh pulak makan coklat dan minum air, pun keluar balik.  Akak bubuh minyak kat perut dan bagi dia makan nasi dengan sup.  Tahanlah dalam 1/2 jam, pastu keluar balik.  Kesian pulak, akak bagi Nesvita...alhamdulliah tak keluar lagi.  Pastu dia tidur, tengah malam suruh lagi minum nesvita ...dia tidur sampai pagi tapi badan dia sejuk.

Pagi tadi terus bawak gi hospital, takutlah macam arwah anak buah suami yang meninggal tak lama dulu.  Beringat sebelum kena....jadi Imran tak puasalah hari ni sebab sebelum pergi hospital akak suruh dia minum nesvita lagi.  Sampai hospital suhu badan naik dan terus doktor masukkan ubat dalam punggung dia nak turunkan suhu badan.  Doktor suruh jugak bagi minum air kacang soya dulu pastu makan ubat muntah.

Alhamdulliah dah ok dah..masih lagi suruh minum nesvita dan air soya sementara akak bersilat kat dapur.


Yang tak bestnya bila doc check akak...tekanan darah naik..kena datang lagi 2 hari...sabar ajerlah.
Yana yang request nak makan bubur durian ni..dia kata jangan bubuh biji sagu ataupun kacang hijau.  Akak ikut ajerlah kehendak dia...takut kempuan nanti di sana.  Dia nak cicah dengan roti ajer.
Bahan-bahan
  • 10 ulas buah durian-suka hatilah kalau nak tambah lagi
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan-di siat dan di simpul
  • 1 biji gula melaka
  • secubit garam
  • 2-3 sudu makan gula
Cara-cara
1.  Masukkan durian ke dalam periuk bersama-sama semua bahan lain.
2.  Masak dengan api sederhana dengan mengacaunya selalau sehingga mendidih.
3.  Biarkan dalam 15 minit dan boleh di tutup api.
4.  Bolehlah dihidangkan bersama roti, pulut atau roti jala.

Khamis, Ogos 12, 2010

Kerabu Daging Dan Mangga/Lemonade aka Air Lemon

Jangan tenguk kerabu ni kata telan air liur yer..akak yang buat N3 ni pun ashik tertelan air liur bila membayangkan kesedapan kerabu daging mangga muda ni.

Segala bahan sama macam nue nam tok grill @ daging gril pedas ..cuma tambah mangga muda ajer. Resepi asal dari Nor di KT.  Kalau buat ni akak memang tak sabar nak menunggu benda ni sejuk dulu dalam peti sejuk..
Bahan-bahan
Bahan A
  • 250 g daging batang pinang
  • 1 camca besar kicap
  • 1/2 camca teh gula
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Bahan B
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 1/2 cawan daun pudina, diracik
  • Hirisan daun saderi@daun ketumbar
  • Hirisan daun bawang
  • 2 camca besar gula (akak letak 1 sudu besar gula kabung/1 sb gula putih)
  • 2 camca besar sos ikan
  • 2 1/2 camca besar jus limau nipis (atau ikut selera masing2)
  • Hirisan halus cili padi secukupnya @ dried chili flakes
  • 1 biji tomato, dihiris kecil
  • akak tambah 1 biji bawang merah-hiris halus
  • 1 batang cili merah-hiris serong
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan-bahan  A, dan perap 30 minit, kemudian grill hingga masak. Sejukkan dan hiris nipis, ketepikan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, masukkan daging tadi dan gaul rata, sesuaikan rasa. 
  3. Taburkan kepingan cili (dried cili flakes).Akak suker masukkan ke dalam peti sejuk sebentar..lagi sedap rasanya.
  4. Hidangkan sebagai pembuka selera. 
 Lemonade
 Senang ajer nak buat lemonade ni..akak ambil sebiji buah lemon..basuh pastu parut sikit kulit dia.Belah 2 dan perah...
sejak Yana belikan benda ni sonang nak perah .  Masukkan 2 sudu gula putih dan air panas sikit ..kacau ..pastu tuang dalam gelas.  Kacau dan letak air batu.  
Ishhh godaan sungguhlah..tenguk gambar pun macam dah terasa di tekak .

Khamis, Ogos 05, 2010

Resepi Daging Lada Hitam/Black Pepper Beef


Wah gombiranya rasa hati sebab status biasa dah di tukar ke geli-geli balik oleh pihak Nuffnang....tak sampai pun 4 hari. Sonang hati akak..almaklumlah akak nak gi buka puasa bersama member cyber kat klcc tu (kalau dapatlah)

Kalau buat daging blackpepper atau blackpepper beef ni akak suka perap dulu..barulah terasa sikit. Dan se eloknya gunakan daging batang pinang dalam ataupun daging lembut. Memang kesukaan anak-anak dan akak pulak suka membuatnya sebab sonang ajer nak buat.
Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang dalam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu makan sos lada hitam life
  • 1 sudu makan lada hitam-tumbuk kasar
  • 5 biji bawang putih-di tumbuk/cincang
  • 1 1/2 inci halia-halia di tumbuk/potong batang mancis
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 1 biji bawang holland-belah 6
  • 1 batang daun bawang-potong kasar
  • 1/2 biji cili banggala-di potong dadu/panjang
  • 1 biji cili merah-dihiris serong
  • 1 biji tomato-belah 4
  • air secukupnya
  • sedikit minyak dan garam secukupnya

Cara-caranya
1. Basuh daging hingga bersih tos lalu potong atau hiris daging tipis-tipis.
2. Perapkan bersama lada hitam, sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam life dan sedikit garam selama 1-2 jam.(tak nak pun tak per)
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, dan halia. Bila dah layu baru masukkan bawang holland..dah naik bau masukkan daging dan kacau lalu biarkan masak sebentar.
4. Masukkan sedikit air (kalau nak berkuah bubuhlah air lebih sedikit) biarkan daging empuk (kalau guna daging batang pinang..tak yah tunggu lama) dan kuah agak pekat.
Masukkan hirisan cili hidup, tomato dan cili benggala.
5. Kacau rata, perasakan garam, masukkan daun bawang, kacau sekejap dan boleh di hidang panas-panas.


p/s kadang-kadang buat gak camni...bawang holland hiris bulat pastu masukkan bersama daun bawang.

Khamis, September 03, 2009

Blackpepper Beef Chef Ah Mat Gebu



Dah banyak betul resepi daging lada hitam ni...macam-macam cara ada...kali nak tukar selera ikut stail chef ah mat gebulah pulak...terima kasih ye mat gebu kerna sudi berkongsi resepi...akak c & p aje dari blog dia..

Bahan-Bahannya:-
500 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 camca besar lada hitam biji, tumbuk halus*
1 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
1 batang saleri, didadu-tak letak
2 biji kentang, didadu dan goreng hingga empuk
1 biji cili merah, potong serong
1 biji bawang besar, potong berbaji
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, dihiris halus
6 kuntum cendawan shitake segar, dipotong kecil
5 camca besar sos lada hitam "LIFE"
1 camca besar kicap cair
1 camca besar sos ikan (nampla)
1 camca teh minyak bijan-tak letak
Sedikit gula

Cara membuatnya:-

  1. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tambah dengan minyak bijan dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan daging dan kacau goreng hingga daging kecut. Tambah sos lada hitam dan sedikit air. Biar mendidih.
  2. Masukkan cendawan, saleri, bawang besar, cili dan kentang. Kacau hingga rata dan biar mereneh sebentar. Tuang kica cair dan sos ikan. Masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Rasa tahap masinannya dan jika ok, boleh diangkat dan hidang bersama nasi hangat..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...