Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432 H

by kak ina kl on Ahad, Julai 31, 2011

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia pada semua teman yang beragama islam dan selamat berpuasa. 
Apa jua kesalahan baik dari segi tutur kata dan kelakuan harap di maafkan

Niat puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

 Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sodapnya Ikan Ni

by kak ina kl

Kat umah akak yang makan ikan pekasam cuma akak seorang, suami dan anak-anak tak gemar. Kadang-kadang menyampah kalau beli ikan pekasam yang tak berapa umphhhhh.  Selalunya akak goreng sajer, kali ni akak buat camni pulak.

Dipanggil IKAN PEKASAM GORENG yang akak ambil dari blog Hana, bila di goreng fuhhhh...baunya memikat selera...kaw..kaw makan dengan nasi putih dan masak lomak cili api..

Bahan-bahan
  • Ikan pekasam
  • Bawang merah - hiris
  • Cili padi secukupnyer - belah dua atau hiris
Cara-cara
  • Cuci bersih ikan pekasam. Rendam sebentar dalam air untuk mengurangkan sedikit kemasinan dan melembutkan sedikit kecut ikan tersebut.
  • Panaskan sedikit minyak. Goreng hingga masak/garing. Angkat. Guna minyak yang sama, goreng bawang dan juga cili. Angkat.
  • Hidangkan. Jika suka boleh perahkan limau kasturi.

Tamatlah GA

by kak ina kl on Sabtu, Julai 30, 2011

Hari ini akak balik semula ke Kuala Lumpur.  Terima kasih buat sape yang sudi join GA akak.  Tepat pukul 12.00 tengah malam pada hari ini 30hb. Julai 2011 akan berakhirlah GA ini.

Akak akan umumkan pemenangnya nanti yer.

Santapan Buffet Ramadhan @ Le Meridien Kuala Lumpur

by kak ina kl on Jumaat, Julai 29, 2011

Selain dari kami 5 orang bloggers Melayu ada juga blogers China dan pihak media yang lain yang di jemput ke  FOOD REVIEW @ TESTINGSantapan Buffet Delights di hotel ini.
Sushi bersama air sirap bandung yang menyelerakan.  Bagi penggemar sushi tentu rasa gembira bila nampak beraneka rasa sushi.  Pakallah akak tak doyan nak makan.

Cantik kan kat dalam LATEST RECIPE Le Meridien Kuala Lumpur Hotel
 Ada teh tarik dan bermacam-macam jenis minuman, akak ashik ambil air teru aje
Chef sushi in action
Kambing panggang bersumbat yang sedap sungguh. Ada gak bermacam-macam masakan stail India.
 
JOM TENGUK LAGI DEKATTTT....KAMBING BAKAR SUMBAT dan Nasi Bukhara
Akak dan CikLilyputih ashik makan...makan..makan, boleh di katakan semua akak rasa.
Model Dim Sum..akak memang tak pernah makan dim sum sebab tak pernah 
lagi jumpa yang halal, bila cuba makan kat sini barulah tau dim sum ni sedap ek.
Masakan tepayaki yang menjadi rebutan sebab kena beratur panjang , ada scallop, ikan yang sedap, udang, ayam dan daging.
sedap gak bubur nasi ni
Dari Kiri : Fauzi Wahab (Pengarah Makanan dan Minuman),
Andrew Fairbairn (Pengarah Jualan), Rajan Ratinahvelu (Pengurus Restoran) dan
Damien De Costa (Pengurus Distribusi Online)
Chef yang sedang menyediakan bermacam-macam pasta.
Fuh banyak betul pilihan makanan yang disediakan dan rasa memang tak pernah bohong, memang sedap
 kalau rasa masakan kampung pun ado, ado rondang, serunding dan paling sodap masak lemak cili api
Sedapnya bila makan  strawberi, anggur, mashmarllow yang di celup dengan coklat.  Banyak lagi tau gambar..nanti akak buh lagi ek
Memang berbaloi makan kat sini ..puas hati dapat makan macam-macam

Santapan Buffet Delights ini dihidangkan dari 6.30pm hingga 10.30pm dari 01 – 26 Ogos 2011 tapi lebih baik buat reservation dulu kan takut tak de tempat plak nanti.
Harga pula mengikut hari-hari yang berlainan
Ahad – Khamis                   Jumaat dan Sabtu
RM 118 (adult)                        RM 128 (adult)
RM 59 (child)                          RM64 (child)

Prices are subject to 10% service charge and 6% government tax
Untuk lebih lanjut or nak buat reservation,
Boleh call Dining Reservation at 603 – 2263 7434
Le Meridien Kuala Lumpur
2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur
Tel : 603 2263 7888
Terima kasih pada Jard, CikLilyputih dan Hazman sebab akak ambil gambar dan infor dari blog mereka sebab akak sedih tak dapat press kit..sabar ajerlah

GA Cuba Teka Yer Kat Mana Akak Menjengkit Kali Ini?

by kak ina kl

Fuh lega dapat gak nak update blog hari ini. Sajer ajer nak bagi GA ni. Senang ajer nak join GA akak ni. Sape yang nak join ikut ajer arahan kat bawah ni.

1. Kena LIKE @SUKA fanpage akak "kakinakl.com" kat sidebar kanan.

2. Teka akak pegi mana? Bagi nama tempat dan negerinya sekali

Pastu komen kat bawah N3 ini. Sesiapa yang dapat jawab dengan betul akan menerima fridge magnet tempat akak pergi ni, Cuma 3 orang yang berjaya menjawab dengan pantas dan betul akan menerima hadiah.

Hadiahnya ialah :

Peneka yang berjaya dengan pantas dan betul mendapat 1 FM berserta top up RM10.00.

Pemenang kedua dan ketiga akan menerima 1 FM dan hadiah sagu hati.

Cepatlah teka ek.

p/s Kali ni tali baruts dan kenalan orang yang dah tau tak leh join..kasi can kat orang lain pulak.

MAGGI GORENG ALA MAMAK

by kak ina kl

 Sekali sekala belasah makan maggi tak per ek.  Resepi ni akak ambil dari blog Ah Mat Gebu yang banyak idea nak masak memasak mengalahkan orang pempuan.  Bahan akak guna yang mana ada ajer.  Akak masak 3 peket sebab suami dan Imran nak bawa bekallah pulak masa akak buat resepi ni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi perisa ayam, asingkan dari perencahnya-akak guna perencah kari
1 biji kentang saiz kecil, dadu, rebus empuk dan goreng, toskan-tak buat
8 pokok kuchai, kerat-tukar ke sayur sawi kontot
1 biji telur, pukul sedikit
2 kelopak kobis, potong kecil
4 - 5 ekor udang, dibersihkan-tukar ke ayam
1/4 cawan isi kerang-tak letak
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 biji tomato kecil, potong 4
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tomato
1/2 camca besar kicap pekat (erkk habis lahh..tak letak)
Secubit gula-tak letak
*akak letak 1 peket serbuk kari maggi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mi maggi hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga garing. Kecilkan api, masukkan sos tiram, perencah kari dan sos tomato, kacau kata.
  2. Tambah kentang, tauhu, udang dan kerang, (ayam) kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, masak sekejap dan hancurkan, gaul rata. Masukkan kicap pekat, perencah maggi, kobis dan gula, kacau rata dan tambah mi maggi tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan tomato, dan hirisan kuchai, gaul. Rasa dan jika kurang masin anda boleh renjiskan sedikit kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan panas.

Celcom Xpax DJ Live-XPlay Parties

by kak ina kl on Rabu, Julai 27, 2011

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

Wah XPLAY datang lagi untuk 2011
XPLAY telah datang kembali untuk tahun ini, ianya menjanjikan persembahan yang hangat dan menghiburkan yang akan mengegarkan dunia anda. Dari persembahan artis tempatan dan antarabangsa, anda akan mendapatkan persembahan yang terbaik dan menghidupkan malam anda semua.

XPLAY YANG HANGAT PADA TAHUN LEPAS
Keseronokan yang di bawa oleh XPLAY parties pada tahun lepas masih lagi menjadi ingatan semua. Sambutan yang diberikan memang memanaskan suasama. Dari masa ke semasa XPLAY parti memang tidak mengecewakan anda.
Tahun lepas XPLAY , telah menampilkan DJ terkenal yang telah menampilkan persembahan yang paling hebat. Satu negara telah menyaksikan persembahan yang mengagumkan dari artis seperti Mizz Nina, DJ Monkey, DJ Fuzz, Lap Sap dan banyak lagi.

Disini turut disertakan video-video untuk persembahan pada tahun lepas. Jom terjah
Mengegarkan Suasana Di Tahun 2011
Pada tahun ini XPLAY parties akan lebih hangat dan disambut secara besar-besaran. Menampilkan DJ dan band-band yang popolur di pasaran. Band-band popular yang pasti akan mengeggarkan pentas, yang akan membuatkan kepala anda bergoyang tanpa henti.

Anda juga akan berpesta dengan pelbagai muzik antarabangsa, serantau dan tempatan yang akan membawakan irama muzik yang segar - yang membuatkan anda tidak berhenti menari sepanjang malam.

Jadi, anda pasti tidak akan mahu ketinggalan acara terbaik tahun ini. Jangan lupa tandakan kalendar anda! Events yang paling menghiburkan akan datang pada bulan Julai ini.

Dimanakah acara ini akan diadakan?

The first Xplay event akan diadakan pada 30hb Julai , 2011!
XPLAY


Tarikh : 30 July 2011
Masa : Mulai 7.00 malam hingga ke larut malam
Tempat : Opera, Sunway Pyramid


Menampilkan persembahan :
Funky Kopral (Indonesia)
Salah satu band yang terhangat, menduduki carta band yang popular di Indonesia sekarang ini.


Estranged (Malaysia)
  • Band Tempatan yang telah membuat pelbagai persembahan di Malaysia
  • Memenangi pelbagai anugerah di Malaysia
Wicked Aura (Singapore)
- Band Luar Negara yang dianggotai oleh 12
orang
- Tidak pernah membuat persembahan di
Malaysia dan peminat-peminat mesti tidak sabar
untuk melihat kumpulan ini beraksi LIVE!!!!


· Matt Alfords & MC Vibe juga akan memeriah kan acara ini

· Tidak dilupakan UOX Battle’11 Finale – 5 kumpulan akan berentap untuk merebut peluang merakam album dan juga wang tunai

Untuk maklumat maklumat lanjut tentang persembahan atau kumpulan mana yang akan berentap di UOX Battle'11, sila ke www.xpax.com.my!


I Want to Go! Bagaimanakah saya boleh mendapatkan pas?
Berita baik mengenai acara terhangat ini ialah

Masuk adalah PERCUMA!

Apa yang anda perlu lakukan ialah pergi ke FaceBook Xpax, "Like@Suka" FB Xpax dan daftar email anda untuk mendapatkan pas PERCUMA!

Ia begitu mudah bukan untuk memenangi ke acara yang paling hangat dalam kalendar sosial Malaysia!
1.LIKE www.facebook.com/xpaxfb@www.facebook.com / xpaxfb
2. Daftar aplikasi XPLAY dalam halaman
3. Daftar butiran anda untuk mendapatkan 1 pas PERCUMA!
4. Cetak & tunjukkan pengesahan e-mel anda di pintu masuk!

Anda juga boleh:

1. Reload RM50 untuk mendapatkan 2 pas VIP (untuk menebus minuman semasa acara). Anda juga boleh memenangi VIP table untuk anda + 5 orang kawan-kawan! (Sah 22-28 Julai 2011)

 Ikuti sahaja langkah-langkah mudah ini :
 

a. Hantar XPLAY ke 28881
 

b. Anda akan mendapat SMS bagi setiap Successful Registration SMS. Selepas itu, tambah nilai min RM50 untuk mendapatkan baucar mudah alih anda dalam tempoh 24 jam selepas tambah nilai
 

c. Flash baucar mudah alih di pintu masuk XPLAY pada hari acara itu untuk menebus 2 pas VIP (sementara stok masih ada, siapa cepat dia dapat)

Atau anda juga boleh menjadi orang yang pertama dari 100 Kolony members di pintu masuk untuk menerima baucer minuman PERCUMA untuk acara ini!

Anda juga boleh berpeluang untuk memenangi The Curve Blackberry 8520 smartphone!  

Untuk menyertai KOLONY, Rangkaian mudah alih yang terbesar di Malaysia, SEND KOLONY <nickname> to 25333.

Wordless Wednesday #9

by kak ina kl

Yehaaaaaa menang lagi

Hari Ke Dua Di London (Part 1)

by kak ina kl

Sarapan pagi memang di sediakan kat hotel ni, tapi ada ham, kami cuma makan roti bakar, yogurt, makan cornflakes, minum air kopi dan susu. Bawa bekal roti bakar takut kelaparan masa jejalan nanti. Bilik hotel memang penuh kebanyakkan pelancung dari Paris.

Hari kedua kami tak ajak Long Hafiz dan Shukie sebab tak nak ganggu mereka. Lepas breakfast akak baca info yang ada kat lobby. Memang nak pergi sangat ke situ. Bila tanya kat orang kat kedai dia bagitau kalau nak ke situ ambil masa dalam 30-40 minit sahaja.
Kami ambil keputusan tak nak naik underground tren, jalan kaki lagi best sebab kalau nak train tak nampak apa-apa. Sambil jalan sambil ambil gambar, suami layan kerenah akak kali ni, tak bising lagi dah.
Disepanjang jalan ni memang banyak kedai halal kepunyaan orang timur tengah, ayam, daging lembu dan daging kambing memang banyak kat kedai mereka, wahhhh senang gak nak masak kalau macam ni kalau ada dapur. Jumpa gak ubi kayu tapi macam dah tak fresh.
musim bunga sedang berkembang masa akak gi, ralit tenguk bunga ajer
Sedang syok ambil gambar ada orang bagi salam...sape pulak ni? Rupanya seorang omputih dalam kereta.

My wife from Malaysia, bla...bla...bla..

Rupanya dia nak jual pakaian branded kat kami, kononnya lagi murah dari Harrods dan M & S..wah..nak kelentong ek. Sorrylah, kami bagitau secara baik tak perlukan pakaian tersebut sebab beg memang dah tak muat dah.
Bangganya bila terjumpa restoren Melur di kota London. Masa ni awal pagi, restoren pun tak buka lagi. Terletak di 175A Edgware Road, Paddington, W2 1ET.
klik yer kalau nak tenguk harga kat situ. Akak tak teringin nak makan sebab tak lama lagi nak balik ke Malaysia. Kalau duk kat UK lainlah sebab kalau duk lama mestilah rindukan masakan Malaysia.
Teringin pulak nak masuk kat dalam kedai orang timur tengah ni.
Sebab ternampak Baklawa..macam-macam jenis ada. Kawan masak memasak pernah bagi akak, memang sedap tapi tak tahan sebab manis sungguh.
Bangganya bila jalan kat sini sebab banyak kedai orang islam
Akhirnya sampai kat Sculpture of horse's head at Marble Arch, London. Tak ada pulak nak suruh orang ambil gambar. Suami akak duk hisap rokok bawah pokok.
Patung warna warni dekat kepala kuda
Marble Arch as it is now, standing near Speakers' Corner in Hyde Park, at the western end of Oxford Street in London.
Akhirnya sampai ke Hyde Park kat seberang jalan, ramai sungguh pelancung, mereka jalan laju, kami jalan pelan-pelan sambil menikmati keindahan taman ini
Kalau nak naik basikal pun boleh kalau malas nak jalan kat taman ni.
Hyde Park is one of the largest parks in central London, United Kingdom and one of the Royal Parks of London, famous for its Speakers' Corner.
Tong sampah tempat buang najis anjing, al maklumlah orang omputih memang suka bawa anjing jejalan. Elok gak kan, kalau idak tentu ashik mengelak dari najis anjing.

The Diana, Princess of Wales, Memorial Walk
Memang tak sesat kalau jejalan Hyde Park ni sebab di sediakan peta. Kalau rasa salah jalan suami akak tenguk balik peta
Setelah berjalan lebih dari 40 minit akhirnya sampai kat Wellington Arch di Hyde Park Corner. Akak suruh suami ambil gambar akak kat sini. Nasib baiklah mood dia baik, sebelum tu kenalah ajar camner guna kamera sebab hb tak pandai bab ni. Nasib baiklah cantik gambar yang dia ambil.

p/s banyak lagi gambar, nantikan sambungannya yer.

Kek Lapis Ais Krim Soda Yang Mengancam

by kak ina kl on Selasa, Julai 26, 2011

Sendiri buat sendiri puji wa ka ka . Lega bila baca dalam Harian Metro hari, mentega Golden Churn di sahkan halal dan juga barbican. Sebab kalau buat kek lapis guna mentega berkualiti tinggi seperti GC tu memang sedap.

Akak buat kek lapis ni untuk Yana bawa pulang ke India hari Isnin (semalam). Kat sana mana ada kek lapis, nak suruh Yana buat..erhmm tak mungkin kot. Kat tempat tinggal Yana memang susah nak dapat butter. Minyak sapi banyaklah. Tinggalkan sepotong ajer kat rumah, yang lain semua dia bawa. Resepi asal dari Bro Rozzan.

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g mentega
  • 120 g gula halus
  • 1/2 camca teh ovallate
  • 6 biji telur gred A
  • 220 g susu pekat manis
  • 100 g horlicks
  • 1 1/2 camca teh esen ais krim soda
  • 1 camca teh pewarna biru
  • 50 g jem raspberry
  • 1 camca teh esen raspberry (akak tak letak pun)
  • 1 camca teh pewarna merah jambu
  • 1 camca teh pewarna hijau muda/esen pandan (gunakan ajer pewarna yang ada kat rumah)
  • 160 g tepung Hong Kong
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
  2. Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
  4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna merah, (kat gambar cam warna oren) kacau rata.
  5. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna biru, kacau rata dan 1 bahagian lagi pada warna hijau.
  6. Sudukan 3 camca besar adunan warna biru (ada jem rasberry), ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit)..(bergantung kepada suhu oven masing-masing)
  7. Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna hijau ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit)
  8. Utk lapisan ke 3 ratakan warna merah dan masak juga 6-7 minit dan ulangi sampai habis.
  9. Kemudian bakar guna api atas bawah dan bakar sekejap dalam 5 minit. Kalau takut hangus bolehlah di tutup dengan aluminium foil.

Join us at the Toyota Roadshow to get a feel for the desirable new Vios G Limited and Vios TRD Sportivo!

Sinar Cafe di Lebuhraya Sungai Besi

by kak ina kl on Isnin, Julai 25, 2011

 Hari Sabtu kami sekeluarga balik kampung.  Sebelum tu merayau cari baju raya dulu di sebuah shopping complex.  Mula-mula anak-anak ajak makan kat dalam shopping complex tapi akak cadangkan jom kita cuba makan kat Sinar Cafe ni.  Ashik tenguk dan lalu ajer setiap kali gunakan highway Sungai Besi.
 Decoration kat dalam cafe ni cantik
Model tengah nak makan cili...opppp acah ajer..Ira dan suami pilih makan mee bandung.  Tak sama dengan rasa mee bandung Muar, mestilah kan..mana nak sama sebab makan kat Kuala Lumpur. 
Serius ayam penyet ni sedap terutama sambal belacan.  Akak yang order bersama Liyana dan Firdaus.Memanglah tak sama dengan nasi penyet Indonesia sebab mana ada sup kalau makan nasi penyet original.  Ayam pun sedap jugak,  Harga satu pinggan RM7.90, rasanya lebih murah sikit dari nasi ayam penyet buatan seberang.
Ada lagi menu yang lain..tak taulah camner rasanya. 
 Senarai harga di Sinar Cafe, kalau tenguk dari senarai harga munasabah ker idak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...