OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi ayam. Papar semua catatan

Isnin, Februari 01, 2016

Resepi Ayam Masak Bali Sedap

Assalammualaikum semua

Bila ada yang share di facebook kata lauk ni sedap, ramailah geng masakan cuba menerai, termasuklah akak ni.

Ayam bali ni pernah popolur pada mula mula akak berblog, kembali lagi tahun ni ramai yang mencuba.


Resepi akak ambil dari blog kawan baik Adnan Ibrahim atau di kenali dengan panggilan Mat Gebu.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh penuh kunyit serbuk*
3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
6 batang serai, diketuk
4 pelepah daun kari
1 camca besar kicap lemak manis JALEN-guna kipas udang
1/3 cawan cili kisar
1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)-buh secubit
Garam secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing, cuma embal2 saja (che mat goreng dengan api sederhana dan tutup kuali, goreng dalam 15 minit sambil dibalik2kan, kemudian angkat dan toskan).
  2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba!

Rabu, Oktober 08, 2014

Cara Buat Ayam Bakar

Assalammualaikum semua
Sekarang ni akak lebih suka bakar ayam dalam oven, selain dari baik untuk kesihatan masak cara camni memudahkan akak.  Tapi kena perap lama baru sedap, selain dari guna kepak ayam boleh gak guna bahagian yang lain.

Bahan-bahan
8 kepak ayam
1 sudu kecil gula perang/madu
sedikit serbuk ketumbar
sedikit serbuk jintan manis
sedikit serbuk jintan putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit daun persley kering
3 biji ubi kentang usa-potong 8
sedikit baby carrot
1 biji bawang holland-hiris bulat

Cara-caranya

  1. Tumbuk bawang  merah, bawang putih dan halia.
  2. Bersihkan kepak ayam dan toskan.
  3. Masukkan semua bahan dan gaul rata,
  4. Perap sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.
  5. Masukkan ubi kentang, bawang holland  dan baby carrot kedalam tray yang telah di sapu minyak bersama ayam yang telah di perap dan gaul baru di bakar.
  6. Bakar dalam suhu 200C selama 30-40 minit.
  7. Bila dah masukkan letakkan tray kat atas dan bakar lagi 5 minit.
  8. Bolehlah di hidangkan.

Selasa, September 02, 2014

Sticky Caramel Chicken Wings

Assalammualaikum 

Ramai rakan-rakan fb up status kata jem kat highway samada dari utara ataupun selatan sehingga sampai ke rumah dinihari..cam hari raya pulak.  Banyak betul kenderaan di Semenanjung sehingga bila cuti panjang jer jalanraya akan sesak.

Kami kat sini, tak mengharungi suasana cam tu lagi dah..pergi ke bintulu pun tak banyak kereta.  


Ayam stail camni dah pernah buat tapi dah agak lama dah.  Kali ni akak share lagi sekali yer.  Kalau guna kepak/sayap ayam memang umphh.

Bahan-bahan
  • 12 keping kepak ayam -akak perap sebentar dengan kicap cair,kicap pekat dan serbuk lada hitam.
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang-akak tumbuk
  • 1 sudu besar sos ikan-sebab tak ada stok akak masukkan sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia (akak tumis sekejap)dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

Khamis, Mei 01, 2014

Resepi Ayam Masak Merah Bermadu

As'salammualaikum semua

Akak tak pernah lagi beli cili kering kat sini sebab tenguk cili kering kulit licin..tak biasa beli aa. Kalau balik sini, akak selalu beli bawa balik 1 1/2 kg termasuk ikan bilis dan belacan melaka.  

Belacan kat sini tak pernah try lagi..ikan bilis langkawi harganya 30 hinggit lebih.  Selalunya 1 beg besar akak peruntukkan barang masakan, cik abang tak boleh marah aa..sebab akak yang handle dapur..kalau idak akak mogok tak nak masak :)
Madu di tangan kirimu..racun di tangan kananmu..teringat lagu lama ni.  Ayam masak merah madu ni kesukaan anak-anak akak terutama yang paling kecik.  Hari hari lauk ayam pun Imran boleh, aduhai mak dan ayah mana tahannn

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam potong 8
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang kecil
  • 5 biji bawang putih
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar madu
  • 1 batang serai-ketuk hujung
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • minyak
  • garam

Cara-cara
1.  Bersihkan ayam dan toskan.  Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng.  Tak payah garing.
2.  Kisar bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.
3.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga terbit bau.
4.  Masukkan cili kisar  dan kacau sehingga cili masak dengan api sederhana.
5.  Masukkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air.
6.  Setelah itu masukkan madu dan tambah lagi sedikit air.
7.  Masukkan ayam dan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit.
8.  Masukkan garam jika perlu dan bolehlah di angkat.
9.  Hidangkan dengan nasi sedap (nasi beraini ker, nasi tomato ker)

Khamis, Jun 27, 2013

AYAM PANGGANG ISTIMEWA

Assalammualaikum

Alhamdulliah..jerebu makin berkurangan.  Kain baju yang di jemur pun dah kurang bau asap.
Akak masak ayam lagi..nak buat camner..anak-anak semua suka makan masakan ayam.

Akak blogwalking..terjumpa resepi ni oleh Dapur Mina..maaf yer mina akak ubai suai sikit ikut sukatan yang akak buat.  Akak buat seekor sebab mana cukup 1/2 ekor kat umah akak ni. 

Bahan-bahan kisar untuk perap ayam:
1 sudu kecil serbuk kunyit serbuk
1 inci halia sedikit
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari 

1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar ketumbar
2 batang serai yang dititik

sedikit madu
garam
perasa jika suka


Bahan tambahan
1 biji bawang holland-hiris bulat
2 biji ubi kentang russets-potong lebar
1 biji tomato-potong 6
  • Semua bahan-bahan ini di kisar halus kecuali serai.
  • Perap ayam bersama semua bahan yang lain dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
  • Panaskan oven dan oles minyak zaitun/minyak di loyang pembakar.
  • Susun ayam dan selit serai, hirisan bawang holland, ubi kentang dan tomato.
  • Renjis/Letak 2 ataupun 3 sudu marjerin/mentega/minyak zaitun/
  • Bakar dalam suhu 180 - 200C selama lebih kurang 45 minit-1 jam (bergantung pada oven)

Khamis, Mac 21, 2013

RESEPI AYAM KAPRAU DAUN SELASIH


Assalammualaikum semua

Pernah tenguk atau makan tak daun selasih? Tertarik nak buat ayam daun selasih ni..terpaksalah cari kat pasar ..kalau tak ada daun selasih taklah dinamakan masakan ni daun selasih kan.

Sungguh senang nak masak masakan ni..sekejap ajer dah siap bila dah prepare bahan-bahannya.  Selain dari ayam anda boleh juga guna daging..tapi guna daging lembu cam batang pinang ataupun daging bola yang lembut.  Resepi ni di ambil dari Dapur Kak Jee tapi akak tambah bawang putih dan sos ikan.

Bahan:-
  • 250 ayam potong kecil(atau daging)
  • 2 sudu besar paste tomyam  Adabi dalam paket-90 sen
  • 10- 15 cili api diketuk2 (ikut kepedasan- resipi asal mesti pedas)
  • 2 labu bawang besar/bawang holland(dibelah lapan dan dicerai2kan)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili Thai
  • 4-5 tangkai daun selasih-ambil daun sahaja
  • 1 sudu teh sos ikan

Cara Memasak:-
  1. Perap ayam yang telah di potong kecil ersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.
  2. Panaskan minyak dan tumis dulu 1 labu bawang besar yang telah dikerat 8 bersama bawang putih yang telah di tumbuk kasar.
  3. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar.
  4. Setelah agak garing, masukkan potongan ayam yang telah diperap dan goreng hingga ayam masak.
  5. Kemudian masukkan kicap manis, sos ikan dan juga sos cili lalu kacau sehingga masak.
  6. Masukkan daun selasih yang telah dipetik-petik dan dicuci bersih.
  7. Kemudian masukkan baki 1 labu bawang besar dan goreng hingga bawang nampak layu. Padamkan api dan hidangkan.

Selasa, Januari 22, 2013

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers


Assalammualaikum...lambat update blog hari ni..hari ni gi sekolah anak di Rawang..ambil duit RM100.00 ..besok ambil untuk Imran pula.  Orang dah beri ..ambil ajerlah. 

Resepi ni resepi recycle..tak apalah kan..kali ni akak buat sos lada hitam..resepi ni  akak ambil dari teman masak memasak Hana dah banyak orang buat.  Memang sedap tau...cubalah kalau tak percaya.  


Bahan Utama
  • 1 ekor ayam (bersihkan luar dalam dan dikelar-kelar di badan ayam terutama yang banyak isi) - akak guna 4 ketui ayam bahagian peha camni
Bahan-bahan untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- akak guna gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran(mixed herbs-boleh beli kat kedai bakeri/giant/tesco/C4)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega (akak guna olive oil)

Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.  Seeloknya semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. 
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Akak bakar dalam suhu 200C. Dan akak balikkan ayam selepas 45 minit.
  6. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.  
  7. Bila dah masak akak guna api atas sahaja nak bagi garing sikit ayam ni...
  8. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
Sos Lada Hitam
Air lebihan ayam selepas di bakar
3 sudu besar sos lada hitam
sedikit kicap manis
2 sudu besar susu penuh krim
2 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
1 cawan air -ambil sedikit untuk di campur dengan tepung jagung
1 sudu teh tepung jagung

Caranya
Masukkan air lebihan kedalam periuk dan campur air.  Didihkan
Masukkan sos lada hitam, kicap manis, susu dan air (tinggal sikit nak buh tepung jagung)
Mendidihh masukkan serbuk lada hitam kasar  dan air bancuhan tepung jagung
Siap dan tuang atas ayam bakar

Sabtu, Februari 18, 2012

Sambal Ayam Udang Kering

Maaf sebab tak blog walking sebab bzzzz..ada hal yang perlu di uruskan.  Siapa yang dah submit contest akak tu akak ucapkan ribuan terima kasih.  Nanti kalau dah free akak akak gi ke blog korang.  Terima kasih banyak-banyak yer. 

Blog pun cuma update resepi ajer..

 
Kalau dulu ashik masak sama ajer..bila dah ada macam-macam resepi kat internet..bolehlah cuba macam-macam masakan.  Tapi ada juga resepi yang akak buat tak jadi atau kurang sedap..mungkin air tangan tak sama.

Selalunya akak minta pendapat anak-anak sedap ker tak  sedap..kalau sedap leh buat lagi..kalau tak sedap..faham ajerlah.  Akak takkan letak resepi kat blog akak sebab macam nak aniaya orang ajer.   Sekarang ni ambil resepi dari geng masak memasak yang boleh di percayai sahaja. Kali ni akak cuba resepi skybluemelley

Bahan²
900 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil-akak tak potong kecik..akak beli ayam suruh potong 16 ajer..x perasan punya pasal.
1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah _ dicincang
2 ulas bawang putih _ dicincang
1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
2 biji cili merah _ dihiris menyerong
2 biji cili hijau _ dihiris menyerong
3 tbsp cili kering kisar
1 tsp perencah pati ayam Tumix (akak tukar knor)
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis

Bahan² Perap
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi
3/4 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1/2 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung

 Cara²
  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  5. Masukkan gula melaka dan gaul rata..Tumis sehingga pecah minyak. 
  6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.

Jumaat, Oktober 07, 2011

Ayam Panggang Bercajun Ala-Ala ChefMasterMY (Tonton Tau Di Astro Ria 104)

Kelakar kan..ashiklah bervangan nak masuk Chef Master Malaysia padahal tak gi pun ujibakat.  Salah satu yang buat suami tak bagi pergi sebab kena tinggal berasingan...lama weiii mana boleh suami akak, kalau akak duk tinggalkan dia nanti.
Tergiur ker idak korang tenguk ayam panggang ni..kononnya nak tiru hiasan cam kat dalam rancangan MasterChef US dan MasterChef Australia.  Jauh panggang dari api kan.  Alahai tangan ni tak kreatif macam dorang tu.

Kalau macamtu kan akak kenalah tenguk MasterChef Malaysia yang akan di tayangkan bermula pada 22 Oktober 2011 di Astro Ria (Saluran 104).  Mana tau tahun depan suami akak bagi masuklah pulak.

Membebel lah pulak akak ni kan.  Okeylah resepi ni akak ambil dari blog geng suka memasak gak si Madiha .  Kebetulan rempah Cajun tu ada lagi dalam peti ais.  Dia buat ayam panggang ni makan dengan nasi ayam..akak makan camtu ajer masa makan malam...kononnya diet tak nak makan nasi.
Bahn-bahan
1 ekor ayam saiz sedang ~ dipotong 4
(potong 12)
1 sudu besar marjerin(ganti mentega)


Bahan Perap Ayam

3 ~ 4 sudu besar bawang merah + bawang putih + halia kisar
(agak2 sendiri.. kisar lebih sikit sebab nanti nak gunakan untuk buat nasi ayam)
2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar rempah cajun

1 sudu besar madu

1 1/2 sudu besar gula-akak guna brown sugar
1 1/2 sudu kecil garam
akak tambah : sedikit olive oil dan sayur

Cara2 menyediakan

1. Ayam direbus dengan air secukupnya. Lebihkan sedikit airnya untuk kegunaan nasi ayam & sup nanti.- tak yah rebus ayam, terus perap ayam.
2. Angkat ayam & tos. Perap ayam dengan bahan2  perapan di atas selama 1 jam.  Bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200C. (ikut oven masing2 yer).

3. Semasa membakar ayam tadi.. sekali sekala hendaklah dibalik2kan ayam supaya garing sekata.  

4. Bahan2 perapan yang berlebihan jangan dibuang.  Masakkan bahan tersebut di dalam kuali sehingga pekat & agak kering. Tutupkan api & masukkan 1 sudu besar marjerin.  


5. Semasa pertengahan proses memanggang ayam.. boleh sapukan bahan yang dimasak tadi pada ayam hingga rata & bakar hingga genap 1 jam. (nak dekat masak akak masukkan karot, bawang holland an cili banggala hijau)
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi ayam dll.
Cerita ceriti tentang Rancangan MasterChef Malaysia ni yang akan di tayangkan tidak lama lagi, MasterChef TX akan di tayangan pada setiap hari Sabtu-Rabu bermula jam 9.00 malam.

Manakala Program Master Class pula akan disiarkan setiap hari jumaat jam 9 malam. Nanti korang boleh tenguk macam mana hebatnya Chef/jurumasak Malaysia pulak berlawan memasak.  Mestilah bestkan terutama bila juri memberi kritikan yang kaw-kaw punya.

Sebarang  info tentang Program  #MasterChefMY korang bolehlah ke

Tonton Jangan Tak Tonton

Isnin, Ogos 15, 2011

Resepi Ayam Panggang Yogurt Berempah

Maaf yer pembaca blog akak..dalam minggu ni akak tak sempat nak balas komen sebab tengah siapkan kukis coklat chip yang di order oleh customer.  Insyallah jika dah habis buat akak gi blogwalking kat blog kamu yer.
 Buat ayam panggang yogurt ni hari Sabtu lepas.  Ambil resepi di SINI.  Resepi asal Grilled Chicken In Spiced Yogurt  ( adapted dari sumber asal :dari sini ).  Akak tambah ubi kentang, bawang besar dan juga tomato.   Terima kasih sudi berkongsi rahsia buat ayam panggang ni yer

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
  • 1 cawan yogurt/tairu
  • 3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
  • 2 1/2 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan garam
  • 2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa (akak guna gula perang)
  • sedikit perasa jika suka-tak letak
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3/4 sudu makan campuran  jintan kasar dan halus – ditumbuk-semua hentam guna blender ajer
  • 3/4 sudu makan biji  ketumbar – ditumbuk
  • 3/4 sudu makan  lada hitam – ditumbuk
  • 1/2 serbuk kayu manis
  • 4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
  • 1 sudu makan halia yang telah di tumbuk
akak tambah - 2 biji ubi kentang di potong 8 dan di goreng, 1 biji tomato di belah 4 dan 1 biji bawang besar di hiris gegelang.

Cara penyediaan
1. Satukan semua bahan-bahan  di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.  Masukkan kentang goreng, hirisan bawang dan tomato.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik-balikkankan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!-akak masak nasi ayam ipoh
akak suka bila ayam dah masak gunakan api atas selama 10 minit bakar lagi ayam bagi hitam sikit
Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.
 Makan dengan nasi ayam ipoh dan sup.   Resepi kat SINI
guna kaki dan tulang ayam buat sup

Isnin, April 04, 2011

Resepi Sticky Caramel Chicken Wings


Fuhhh bzzz betullah hari ni. Pepagi dah bancuh adunan kukis..pastu hantar kat pelanggan..pastu lepak makan ikan bakar bersama pemenang contest yang lalu. Balik kejap ..rehat dan terus pulak ambil Imran kat sekolah. Malam ni barulah nak buat N3 tu pun tepek resepi...nak buat cerita malaslah pulak.

Anak suka makan wings..kalau masak ayam tu ajerlah yang dicarinya dulu..dahlah wing ada 2 ajer....jadi belilah wings ajer nak buat resepi ni...Resepi akak ambil dari Myresepi.com dan disumbangkan oleh mutiarazura.

Bahan-bahan
  • 12 keping kepak ayam -akak perap sebentar dengan kicap cair,kicap pekat dan serbuk lada hitam.
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang-akak tumbuk
  • 1 sudu besar sos ikan-sebab tak ada stok akak masukkan sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia (akak tumis sekejap)dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!
Akak buat nasi ayam stail Ipoh mali..resepi kat SINI yer
tak ada kuah kang tercekik lah pulak

Jumaat, Julai 16, 2010

Ayam Panggang Maghribi


Oleh sebab harga minyak naik...semua barang naik..tadi beli ayam... harga ayam sekarang ni sekilo dah RM7.50. Kat rumah akak ni sekarang ni semua anak berkumpul semula. Terpaksalah masak 2 ekor ayam untuk 2 kali makan.

Tapi masih berbaloi sebab kalau ayam panggang maghribi ni kalau kat luar seketul mungkin RM3.00-RM4.00..buat sendiri puas anak-anak akak makan. Kenalah rajin masak bila dah ramai. Tak berbaloi makan kat luar. Sebulan sekali ataupun kalau gi jejalan bolehlah.

Memang thumb up tau ayam panggang maghribi ni..semua anak-anak kata sedap. Budak mana nak menipu kan. Akak ternampak resepi ni kat http://fiqah99.blog spot.com/. Terima kasih sudi share resepi yang enak bangat. Sesuai untuk di makan bersama nasi mandhi, nasi pudina ataupun nasi hujan panas.

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
  • 1 ekor (2 kg) ayam, dibersihkan dan dipotong dua
  • garam, daun salad disiat kasar-kasar
  • timun, tomato dihiris-hiris
  • ubi kentang direbus, dikupas dan dihiris-hiris
  • lemon dipotong baji
  • daun pudina

Rempah Chermoula (dikisar halus)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • 3 tangkai cili merah
  • 1 sudu besar cili serbuk
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • air perahan daripada 1/2 biji lemon


Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk.
2. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan kembali ke suhu bilik.
3. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 45 minit, dengan membalikkannya setiap 20 minit. Akak bakar guna api atas bagi garing sikit.
4. Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...