OOO

Jumaat, Mei 29, 2009

Tak Berbaloi Rasanya....Akak Tertipu Atau Akak Yang Rabun


Lepas hantar imran ke sekolah akak terus gi ke jusco wangsa maju...sampai kat sana parking belum penuh...baru pukul 7.45 pagi.

Pintu bukak pukul 9.00 pagi...bosanlah pulak tak ada geng ni...akak ni kan peramah..akak tegur perempuan yang parking kat sebelah akak dan bagi salam..nasib baik dia ni jawab..peramah juga orangnya.....rupernya dia cikgu sekolah st john...oleh sebab belum sarapan kami ke seberang jalan jj..makan nasi lemak ..sedaplah nasi lemak dia....berbaloi rasanya...nasi lemak dengan sambal sotong kering dan teh tarik baru RM4.20....berbeza betul dengan nasi lemak antarabangsa....lain kali boleh makan kat sini walaupun cuma warung aje......cikgu ni bukan seorang tapi ada 2 orang member dia yang datang yang join kami kemudian.Mereka semua mengajar di sebelah petang.

Lepas sarapan kami ke jj semula..tunggu pintu nak buka....kami berpisah..sebab masing-masing nak beli barang yang berlainan......memang ramai manusia kat luar...majoriti orang perempuanlah...akak cadang nak beli barangan dalaman untuk akak, yana, ira....yang lain tak beli....benda lain cuma window shopping aje..nak shopping beli baju raya..terlalu awallah pulak...

Bila tenguk kat bahagian bag tangan yang ada brand...rasanya baik beli yang design terbaru...lagi akak bukannya pakai brand bonia atau sewaktu dengannya terutamanya lv...tak mampu ........yang less tu entah apa-apa design...kebanyakkan brand lama..lelama pergi ke bahagian barangan dalaman....akak beli di bawah RM20...mahal jugaklah...beli yang ni aje dah mencecah RM126.00...belum campur beli untuk suami dan anak lelaki akak...Yang tahan masa nak bayar..beratur panjang...lenguh kaki akak di buatnya...naik ke tingkat atas nak beli benda dalaman untuk suami dan anak lelaki pulak...kena beratur lagi...adusss nak buat camnakan....

Hari kalau beli RM100 dapat voucher RM5.00..rasa tak berbaloi rasanya...pastu parking kena bayar...kalau J CARD tak payah bayar satu sen pun....voucher .selalunya dapat RM10.00...rupernya hari ni bukan hari J CARD tapi fiesta J CARD...rasa tertipu pun ada...tak berbaloi...akak tak perasan..selalunya kalau dia bagi surat mesti hari J CARD aje......tulah akak yang tak berhati-hati...nasib baiklah beli sikit aje..pasal bawak duit sikit...suami dah kata..

.ina bawak duit banyak ni aje..beli yang perlu....kalau bawak banyak...banyaklah yang habis...tulah nasib bila dah tak bekerja...dulu masa bekerja senang...beli ikut hati...bila balik menyesal...beli tah apa-apa.

Dah selesai dalam pukul 12.00 tengahari ... pergi pulak ke sekolah ira nak ambil dia balik...cuti sekolah dah bermula..punyalah sesak depan asrama ira ni..kelam kabut traffic di buatnya..

Selalunya akak lambat sikit..kereta dah tak banyak...sebab ambil imran dulu...tapi hari ni suruh anak lelaki akak ambil imran naik motor..akak malas nak pusing-pusing. Lepas tu pergi pulak ke NSK..beli barangan dapur dan sayur-sayuran..kat sini sayur memanglah murah...

Sampai ke rumah si ira bagi hadiah sempena hari ibu...dia lupa nak bagi bila akak datang melawat dia...ataupun dia sengaja nak bagi waktu nak tu balik rumah..entahlah....bunga si imran yang bagi masa hari ibu yang lalu. Dia beli kat kedai koperasi di sekolah.

Bila bukak hadiah yang ira bagi.....rupernya dia bagi buku ni.........huwaaaaaa...dia nak akak bercinta dengan sang arjuna akak agaknya...akak ketawa....bila suami balik akak tunjukkan kat dia...dia kata...baguslah tu...

nak emak dia romantik sepanjang masa....ha..ha..

macam-macamlah anak-anak ni...agaknya dia tenguk akak suka baca novel tentang kasih sayang, rindu merindu dan cerita cinta..tulah dia beli buku ni...bukan murah pulak ..mahal..RM22.00 bagi seorang budak sekolah kan besar nilainya..akak kata kalau beli kawan mak dapat 20%...tak apalah...terima kasihlah mak ucapkan kepada ira dan imran yang ingatkan mak...

Ayam Kung Po Versi 2


Ambil resepi kat majalah saji bulan mei..saje nak rasa kelainannya...resepi yang ni banyak bahan-bahannya...kebetulan semua bahan ada kat rumah cuma 3-4 bahan yang tak ada..jom tenguk resepi yang enak ni...tapi akak dah tokok tambah sikit...kat cara masak tu tulis ada bawang merah...kat bahan tak ada pulak...akak ganti dengan bawang besar.

Bahan-bahan

  • 400gm ayam isi ayam di potong dadu
  • 1 labu bawang besar (akak guna b awang holland)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4cm halia (hiris)
  • 100gm kacang badam (disangai)
  • 1 sudu kecil cili boh
  • 4 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1sudu kecil sos L & P (tak ada)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji capsicum hijau
  • 1 biji capsicum merah-tak ada
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan-tak letak
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 sudu besar tepung jagung (dicampur air)

Cara-caranya

1. Gaul bawang bersama tepung jagung dan sos tiram.
2. Goreng ayam seketika dan angkat.
3. Goreng cili kering seketika dan angkat.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih bersama halia. Masukkan pula cili boh dan tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan semua bahan sos dan kicap.
6. Masukkan sayur-sayuran dan ayam.
7. Perasakan garam dan masukkan kacang badam.
8. Sedia untuk di hidangkan.

Sambal Goreng/Sup Sayur

Resepi ulangan...masak pada hari rabu ...lepas jumpa ain...dan selongkar kedai pinggan mangkok.......dah penat...masak cincai ajelah..

Lawan pulak dengan sup telur....jadilah...janji kenyang...sekali-sekali masak simple ..sedap jugak rasanya.

Khamis, Mei 28, 2009

Kuning Telur Kembar

Minggu ni bila pecahkan telur dapat kuning dia ada 2..

Masa nak buat roti telur pagi selasa

Masa masak nasi goreng hari semalam... pagi rabu

masa nak buat cekodok pagi tadi.......

ikut kata orang tua-tua..kalau makan makanan yang berkembar mcm pisang atau kuning telur ni ...nanti bila mengandung dapat anak kembar....entah ye atau idak...tak tahulah...
tiga hari berturut-turut makan kuning telur kembar...isss..kalau muda tu okeylah jugak mengandung dan dapat anak kembar...

...umur dah 40...an kalau boleh tak nak mengandung lagi...tapi kalau allah swt nak beri kenalah terima....insya allah tak kot....nak tunggu cuculah pulak.

p/s amy di jepun..tolong baca tulisan ni..tulisan cina ke jepun ekk??????
tolong terjemahkan boleh tak?

Roti Serikaya


Kat rumah member-member blog dah ramai dah buat roti ni....akak baru buat hari sabtu yang lepas..pasal 2 orang anak balik ke rumah...barulah best sikit makan roti yang gebusss ni ....makan pulak panas-panas...tapi adunan dia lembut sesangat..payah nak membulatkannya...atau akak tersalah sukat air ais tu...tak apalah..janji sedap dan bau dia semerbak satu rumah...Resipi dari FP Rincchan tapi akak c & p dari rumah ah mat gebu http://tiffinbiru.blogspot.com.

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya-memang ada stok..tapi dah expired pulak date dia..akak ganti dgn badam cincang.
Seri kaya secukupnya-akak pakai serikaya home made tu pastu bubuh paste pandan

sedang di bakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan.
baru keluar dari oven

tenguk tu...betapa gebussssssssssnya roti ni

Sotong Goreng Berempah

Memang dah pernah buat kari sotong pakai santan..kali ni akak buat yang tak pakai santan...ambil resepi dari majalah saji...tapi akak tokok tambahlah sikit.

Bahan-bahan
  • 4 ekor sotong besar-dipotong bulat
  • 1 1/2 sudu makan kari daging
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji tomato di belah 4
  • garam dan sedikit serbuk kunyit
Bahan tumisan

  • tumis empat sekawan(bunga lawang,cengkih, pelaga dan sebtg kayu manis)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 bawang besar di hiris halus
  • minyak secukupnya
  • sehelai daun pandan-disiat dan di simpul
Cara-cara
  1. Bubuh garam dan serbuk kunyit dan goreng sebentar sotong yang telah dibersihkan.
  2. Tumbuk/kisar bahan-bahan bertanda *
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan dan kemudian bahan-bahan kisar
  4. Setelah garing masukkan serbuk cili dan serbuk kari daging. Masukkan sedikit air.
  5. Biarkan sebentar dan kacau dan masukkan garam secukup rasa.
  6. Bolehlah dihidangkan.
  7. Masukkan tomato, sos tomato dan sotong dan kacau sebati.
  8. Bila kuah agak pekat barulah di padamkan api.

Ayam Bakar Lagi


  • 1 ekor ayam di potong 12
  • 5 biji bawang putih - di kisar/tumbuk
  • 2 inci halia - dikisar/tumbuk
  • 2 sudu makan mixed herbs
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap pekat.
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada hitam kisar
  • sedikit garam

Cara-cara
  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Campurkan semua bahan dan tuang keatas ayam.
  3. Perap 2-3 jam.
  4. Bakar dalam oven suhu 200 C sampai ayam masak. Akak bakar nak dekat 1 jam...kena balikkan ayam tu..
  5. Makanlah bersama salad, tomato dan sos cili campur mayonis.

Rabu, Mei 27, 2009

Barang Lama Tapi Bukan Antik Ma....

Lepas balik dari hotel tempat ann bermalam..akak pergi pulak ke central market...nak cari pinggan mangkuk lama..ada terbaca kat blog sape tah...benda ni mungkin ada kat kedai-kedai area central market, lebuh ampang dan kawasan sekitarnya. Baru akak teringat...dulu masa akak kerja ke sungai way akak memang kena ambil 2 bas...dari setapak ke bangkok bank..pastu dari bangkok bank kena jalan kaki ke depan bank pertanian nak ambil bas ke sg way..

Depan central market dan jalan sekitar bangkok bank dulu memang banyak kedai jual peralatan dapur. Tulah sebabnya akak terus pergi ke cm...parking kat situ..sambil menyusur jalan dari cm tu pergi ke jalan bangkok bank ...teringat masa dulu masa anak daa dulu..tapi banyak kedai tu dah tak ada...dah jadi restoren...jalan-jalan kat area kedai-kedai lama akak terpandang ada satu kedai lama yang pernah akak singgah dulu masa anak dara bila nak beli barang-barang dapur..

Memang kedai tu masih mcm dulu..buruk rupernya...tak kisahlah buruk pun.... akak selongkar cari barangan lama. adYang ada cuma pinggan ni..yang best ada cop made in china..akak beli satu-satu dulu...nanti kena pergi lagi.. Tapi tak berapa banyak barang yang ada..banyak yang baru tapi design lama.....tanya dengan apek ni...mana kedai yang lain...banyak yang berpindah ataupun tutup sebab tak mampu nak bayar sewa....berapa sewa sebulan nak tahu RM12,000.00..patutlah dah tak banyak kedai yg jual benda cam ni..

Apek tu kata pinggan ni pinggan lama...bukan antik...tak kisahlah kan..

Teko berlainan saiz dan cawan nak minum teh cina..teko kecik kat kedai pertama..teko sedang dan besar kat kedai ke 2.

Pinggan ni ada tinggal satu lagi...tu pun dah sumbing sikit...dia jual RM1.00...ambik ajelah..

Sekarang ni orang dah mula kumpul pinggan dan bekas ayan ni..akak ni terkenanlah pulokkkk


mangkuk bunga kangkung beli kat kedai no 2

Kemudian jalan kat kedai bertentangan dengan cm...tanya ada tak barangan lama..tak banyak jugak..barangan baru tapi design lama..pastu tak ada cop made in china..cuma ada mangkuk ni aje yang bercop....beli ni ajelah.....walaupun penat...tapi puas hati...tapi nak datang lagi..ada benda yang nak di beli kat situ.
rupanya pinggan mangkuk bunga kangkung ni 2....satu ada chop made in china dan satu lagi tak ada..tanya aso kedai no 2...kat negeri china masih buat lagi tak?dia kata masih buat lagi..patutlah adik akak yang duduk kat shah alam kata kat pasar tani depan giant di shah alam orang jual pinggang mangkuk ni ramai giler...rupanya masih di buat kat sana.....

Jumpa member blog lagi-Ann Terengganu


Macam-macam terjadi bila nak gi jumpa si ann http://ann-dehouzze.blogspot.com/ ..dia turun kl...hari ni barulah dapat jumpa.

Dalam perjalanan nak ke low yatt plaza ... tenguk meter minyak dah cecah paras merah...cadangnya nak isi..dah lah kereta banyak..kena q..bila sampai giliran akak...akak nak masuk kat stesyen ...bila bukak handbag...huwaaa nak menangis...purse tinggal kat rumah...macammanalah boleh terlupa bawak..nasib baiklah dekat dengan rumah..suruh firdaus hantar ke stesyen minyak..

masa ni anak ann yang perempuan tak nak ambik gambar..shy-shy catlah dia

Bila sampai kat low yatt...ann tunggu tempat lain...akak tunggu tempat lain...ya allah puas kami mencari...ann ke sana..akak ke sini..nak dekat 1/2 jam mcm tu...apalah akak ni...duduk kat kl pun boleh tak jumpa tempat...akhirnya jumpalah si ann ni..gelak besar kami berdua.

Lepak kejap untuk minum..haus wehhhh...tapi tak lama...ann nak balik ke hotel..check out pukul 12.00 tengahari..akak follow dia ke hotel...bila masuk ke bilik..anak kecik dia melalak tenguk akak...kelakarlah anak lelaki ann ni..lama-lama barulah nak dekat..

Terima kasihlah ann kerana sudi nak bagi buah tangan...memang ini yang akak nak suruh dia bawak...rempah gulai cap ros...alhamdulliah ada...nanti kenalah belajar buat gulai kawah..masakan fofular kat pantai timur...maaflah ann..pasal kelam kabut nak cari akak...akak cari kamu...kelakar pulak bila di kenangkan...

Selasa, Mei 26, 2009

Daging Salai Dengan Rebung Lagi


Yana sebut nak makan daging bakar bercicah air asam..memang tak pernah buat dan akak tak pernah makan...kesiankan dia takut kempunan..pagi sabtu gilah ke pasar tani taman melawati...beli daging fresh kat situ..alang-alang nak buat daging bakar baik buat sekali daging salai (samalah tu) cadang nak masak lemak...beli sekali ikan keli...nak salai sekali...bukan senang nak salai menyalai ni...kali akak bubuh tempurung kelapa campur arang..adalah bau sedikit...beli sekali rebung masam.

Bahan-bahan
  • 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 600 gram daging salai
  • 100 gram rebung masam-akak beli RM1.00(basuh dan toskan)
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 batang serai di titik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun kunyit-disiat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam ikut keperluan
Cara-cara

1. Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan rebung.
3. Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana.

4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit. Tunggu sehingga 10-15 minit.
6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.



Yana yang kena jaga ... akak buat kerja lain....

sekali harung salai ikan keli...pastu simpan dalam peti sejuk..

Daging Bakar (Salai)Cicah Air Asam

Dapatlah yana makan daging bakar bersama air asam..puas cari resepi yang sedap..tapi kebanyakkannya bubuh belacan. Suami akak tak suka kalau ada belacan...akhirnya buatlah air asam yang biasa....tapi yana kata kurang kick...ada sesape yang ada resepi air asam yang best tak?

Bahan-bahan untuk air asam
  • 1/2 biji tomato
  • 1 sudu makan asam jawa
  • 2 biji cili padi
  • 1/4 bawang besar
  • garam dan gula secukupnya
  • air ikut keperluan
  • 1 batang cili merah
Cara-caranya

1. Potong dadu tomato, mayang bawang besar dan hiris cili api bersama cili hidup.
2. Asam jawa di campur dengan air masak da dimasukkan ke dalam hirisan diatas,
3. Bubuh gula dan garam (agak-agaklah ye)

akak guna daging steak nak buat daging salai/bakar...basuh bersih pastu perap dengan garam dan serbuk kunyit...garam kasi lebih sikit...akak perap 4 jam..kalau arwah wan pulak dia perap sehari semalam...barulah dia menyalai guna sabut kelapa.

Coney Dog

Selalu makan coney dog ni kat a & w..tapi dah lama tak makan...suami akak yang suka...anak-anak lagi suka...ambil resepi dari rumah fidadaud dan katanya dia dapat resepi dari blog kawan dia..buat untuk sarapan hari minggu...

Bahan-bahan(dapat 10 biji)
  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sudu kecil serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter
  • mayonis (akak tambah)

Cara-cara Untuk Sos
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masuk sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave)akak bakar dalam oven kecil.
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya. Pastu pancitkan mayonis.

Sape ada nama lain selain dari coney dog ni.....bunyi dia kalau di translate jadi lainlah pulak...

Isnin, Mei 25, 2009

Jumpa Member Blog di BBST

Dalam pukul 3.00 petang kami bertiga yana, firdaus dan akak gi ke asrama ira..dah mcm acara mingguan..setiap petang ahad ke sana...kalau hari ahad ada hal..tukar ke petang sabtu..selalu akak sampai kat sana lepas asar...tapi anak-anak nak cepat gerak...sampai ke asrama dalam pukul 3.30 petang.

Pergi kebilik hebahan..bagi tau nama dia dan suruh dia pergi ke ruang makan..tunggu punya tunggu dia tak turun jugak...salah akak jugak ..masa dia call akak kata datang lepas asar.akak naik ke depan pintu pagar dan suruh kawan dia cari dia di dorm...dia tak ada jugak...kami pergi pulak ke surau..dia tak ada..ke kantin tak ada...tak lama dia call.. dia dah ada kat bilik...baru lepas mandi.

Lepas makan dan borak-borak...kami bertolak pulak ke bandar baru salak tinggi..nak hantar yana ...oleh sebab masa masih terang benderang lagi..tanya dengan anak-anak..nak singgah rumah member blog mak tak? Anak-anak kata boleh jugak... Dah dekat kat bbst akak call member cyber yang belum pernah jumpa..sya http://maniszarif.blogspot.com/. nasibbaik dia ada kat umah....memang dari dulu nak singgah rumah dia..tapi masa tak mengizinkan..rumah dia memang dekat dengan kolej yana....dan akak memang tahu jalan nak gi kat rumah dia...kami selalu makan roti canai kat pusat penjaja di situ bila hantar yana bila hari isnin pagi...

Dah habis makan baru teringat nak ambil gambar....sorrylah sha ganggu kamu lepas kamu penat buat chicken pie...anak-anak puji...sedaplah chicken pie auntie ni......pandai ekk kamu buat...lepas ni bolehlah mintak resepi....akak memang pernah buat chicken pie...tapi pastri dia tak sedap....lepas tu sya keluarkan pulak hotdog pie kot.(hotdog di gulung dengan lebihan pastri chicken pie)..anak-anak pun kata sedap..nasib baiklah sya ni peramah..seronok berborak dengan dia..abah akak orang melaka dan sya pun orang melaka..jadi riuhlah mulut kita bercerita.

sya suka bela kucing..akak pun geram tenguk anak kucing dia ni...mula-mula janji dengan anak sekejap aje kat rumah sya ni....tapi dah pot pet pot pet..tak sedar dah sampai maghrib...sya bagi jugak rasa sambal goreng si aNIe. ...adusss pedas berapi dan rasa dia memang sedap...

Lepas maghrib akak minta diri nak balik...nak hantar yana...sya bagi pulak nasi beraini ayam..alahai segannya akak di buatnya..macam-macam di jamunya akak pastu bagi pulak nasi ni...sedaplah nasi beraini ni sya...terima kasih bebanyaklah sya .... segan pulak nak datang lagi..

Lepas tu kekolej yana dan selepas solat maghrib barulah bertolak balik ke rumah...sampai dah pukul 9.00 lebih...penat memang penat...tapi tak apa..yana cuma tinggal sebulan lagi kat sana. lepas tu susahlah sikit nak jejak ke situ lagi...

Ikan Bawang Putih Goreng/Sos Mangga Hijau

Geram pergi ke rumah noor yang tinggal di kuala terengganu..mcm-mcm makanan siam yang dia suka buat...yelah..ada adik angkat yang duduk kat siam...seronoklah kan noor dah pandai buat masakan ni..entah-entah si ika yang dok kat bangkok tu pun tak pandai masakan siam...(jangan marah ye ika..akak gurau-gurau sayang aje) .ni salah satu masakan siam noor yang pertama kali akak cuba buat..sedap..tapi cik abang tak sukalah makan sos mangga tu...dia mengerjakan ikan aje..akak yang menghabiskan sos mangga...oleh sebab akak tak pernah pakai sos ikan akak tak bubuhlah..nanti kena gi beli lah jugak...akak c & p aje dari rumah noor...noorrrrrrrrrrrr jangan saman akak tau...akak edit sikit ye..
Ikan Bawang Putih Goreng
  • 1 ekor (500gm) ikan talapia
  • 1/2 cawan bawang putih
  • 1 sudu besar lada putih biji ~ k.nor tak ada lada putih, so tukar dgn lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • minyak utk menggoreng
  1. Tumbuk bawang putih, lada putih biji dan garam hingga menjadi paste.
  2. Sapukan keatas ikan dan biarkan 20 - 30 minit.
  3. Asingkan paste td dari ikan utk digoreng semula nanti.
  4. Goreng ikan dlm minyak panas (api sederhana kuat) hingga masak keemasan. Toskan.
  5. Goreng paste bawang putih td hingga garing dan keemasan.
  6. Taburkan atas ikan dan boleh la dihidangkan dgn sos mangga hijau.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

SOS MANGGA HIJAU



  • 1/2 cawan mangga hijau masam ~ dihiris nipis (cincang panjang)
  • 1 biji bawang merah ~ dihiris nipis
  • 2 sudu besar air limau nipis
  • 3 sudu besar sos ikan-tak letak sebab tak ada stok-jadi kurang kicklah sikit
  • 2 sudu teh gula
  • 3 biji cili api ~ dihiris halus
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan dlm sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Bolehlah dihidangkan dgn ikan goreng tadi.

Marble Cheese Brownies

comotlah sikit..pasal tak sempat nak sejuk dah kena potong..nak cepat jumpa ira dan lepas hantar yana..

Baru nak terjangkit buat brownies ni...sekarang anak-anak 3 orang tak kat rumah...jadi malas nak baking apa-apa pun...tak ada orang nak makan..kalau buat kek/puding/brownies..mesti suami tak nak makan....dia cuma jamah sikit aje...nanti dia kata...
ina ...nak suruh abang mati cepat ke...nanti ina jadi janda kaya..(dia dah ada kencing manis jadi tak beranilah nak makan yang manis-manis)

melalut aje suami akak ni....biarlah cukup makan pakai..janji ada teman tidur sebelah...ada member lawan bercakap....tak kaya pun tak apa..betul tak? buat ni masa anak dara dan anak teruna akak balik hujung minggu...buat pun hari ahad..suruh mereka bawak balik ke kolej masing-masing....okeylah merepek pulak akak ni..jom tenguk resepinya ...resepi ni asalnya dari rumah rinnchan tapi akak c & p dari rumah hana di nipon...hana c & p dari cik mat gebu di johor...memang merata dah brownies ni berjalan...barulah terjangkit kat rumah akak....memang sedap dan moistlah brownies ni..terima kasih bebanyak rinnchan..

Bahan Brownies
  • 250 g mentega
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla
Bahan Cheese
  • 250 g cream cheese
  • 1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan)
  • 1 biji telur gred

Cara-cara
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
Oleh sebab gatal tangan nak celoreng senget benget jadilah macam ni...tak kisah lah kan..sendiri nak makan..

Roti Pattaya??????

Dapat resepi ni dari rumah ungku nor ....terima kasihlah bagi resepi kegemaran anak bongsu aka anak bontot dia...akak memang tak pernah buat breakfast macam ni..kalau makan nasi pattaya tu pernahlah......resepi mi memang simple dimple cara nak membuatnya.

Mula-mula pukul telur 2 biji..masukkan secubit garam dan lada putih dan sedikit mentega..mcm nak buat telur dadar..pastu tuanglah kat atas kuali tak melekat (kuali biasa pun boleh) pastu bubuhlah sekeping chesse.

Bila cheese dah cair sikit barulah diletakkan roti...tunggu sekejap barulah di bungkus macam nasi goreng pattaya tu..

Bila di siap di bungkus boleh di makan dengan mayonis dan cili sos..ehmmmsedap..

Jumaat, Mei 22, 2009

Kisah hari ini

Pagi tadi pergi ke perpustakaan negara...kena hantar buku hari ni pasal dah habis tarikh..nanti kena denda...nasib baik firdaus kelas petang..jadi adalah orang yang jaga kereta..kat kl ni susah sikit..parking memang penuh.....

sekarang ni kat kat situ dah susah parking..pasal tengah bina bangunan baru...mula-mula guard tak bagi masuk ke dalam..dia suruh parking kat luar...bila akak kata anak tunggu dalam kereta barulah mereka bagi masuk...kalau idak berpeluhlah atas bawah nak berjalan kaki ke dalam...dahlah parking kat luar penuh dek orang yang gi ke pusrawi..mereka malas nak parking kat wisma sejarah tu...pasal kena bayar..per entry RM3.00.

Ternampak buku kylie wong ni...jadi akak pinjam nak tenguk cara dia masak...suka tenguk kat astro..dia masak ringkas tapi sedap...

dan yang ni...buatnya entah bila...

pinjamkan sekali buku si imran...dia dah habis periksa.

Lepas pinjam buku ...terasa laparlah perut ni...teringat nak cuba makan nasi lemak antarabangsa kg baru..duduk kat kl pun tak pernah makan lagi kedai nasi lemak yang orang kata fofular...nasib baik parking senang...akak pilih lauk paru goreng bersama sambal dan firdaus lauk ayam. Minum teh tarik dan teh ais...nak tahu berapa harganya.........terkezut akak dibuatnya...RM13.00...mahalnya...lain kali tak payahlah makan kat sini...

bukannya sedap sangat pun...dahlah sambal dia manis giler.....daus kata...baik makan nasi beraini...lagi puas hati......kalau tenguk tempat pun bukannya bersih sangat...pekerja yang masak pun orang indon....kalau akak tahu tadi...taklah akak nak makan kat situ...tapi terpulanglah pada diri masing-masing. akak ni memang pemilih orangnya...dulu orang kata memang sedap pasal tuan punya resepi yang masak semuanya.

Kemudian pergi kepasar chow kit dulu...beli ubat makjun dan beli buah-buahan..lepas tu terus gi ke bake with yen kat jalan lorong haji taib....ingatkan nak beli penerap untuk buat huruf/nombor dari fondant..yang plastik tu murah sikit...tapi dah tak ada..semuanya dah di perbuat dari besi...mahal pulak tu.....

kat depan kedai ni banyak free show...pondan merata-rata...nak cari penerap fondant tak ada..yang jumpa si pondan........akak tanya firdaus...

gambar hiasan aje...ni pondan ada kelas...

Kalau ambil gambar dia orang ....dia marah tak...(akak nikan suka bawak kamera ke mana-mana)

Mak jangan buat pasal...nikan sarang dia...nanti dia serang kita..lepas tu dia panggil geng dia...masak kita...

betul jugak tu....

kalau imran pulak suka tanya...

mak apasal dia pakai macam tu...tak malu ke..seksi pulak tu...kan orang melayu...

akak nak jawab apa ye..selalunya akak senyum aje.....tulah sebabnya dia tak suka ikut akak gi kat sini...

Lepas tu terus ambil imran kat sekolah dia...balik lepak depan pc...perut masih kenyang lagi..petang nanti baru masak.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...