OOO

Khamis, Mei 30, 2019

PENGAT KELADI CAMPUR KELEDEK

RESEPI  PENGAT KELADI CAMPUR KELEDEK

Assalammualaikum semua

Tekak orang tua dan orang muda tak sama kot.  Kat rumah akak ni kalau teringin nak makan pengat, akak buatlah cukup untuk akak dan suami ajer.

Anak anak tak doyan nak makan, mereka ni selera banyak pada yang ada cheese.

Kadang kalau tak habis masuk dalam peti sejuk, esok panaskan kejap makan balik sampai habis.

Bahan-bahan
  • 1 biji keladi dan 1 biji keledek (sederhana besar) kupas kulit, bersihkan dan potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping gula kabung (yang bentuk bulat)
  • 1/4 cawan gula pasir-sape nak manis bolehlah tambah lagi
  • 2 helai daun pandan-di carik-carik dan di simpul
  • sedikit sagu mata ikan - rendam
  • secubit garam halus


Cara-cara
  1. Rebus keledek serta keladi dan masukkan sedikit garam dan biarkan ubi empuk baru di toskan.
  2. Masukkan santan pekat bersama-sama air dan kacau sehingga ia mendidih.
  3. Masukkan gula kabung, daun pandan dan gula halus dan kacau sehingga gula larut dan sebati.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan pula sagu mata ikan selama 10 minit dan  secubit garam.
  5. Bolehlah di tutup api jika dah rasanya dah cukup dan sagu mata ikan dah kembang dan dihidangkan.

Rabu, Mei 29, 2019

RESEPI TART NENAS AZLINA INA SEDAP

RESEPI TART NENAS AZLINA INA SEDAP

Assalammualaikum semua

Dah banyak ker buat biskut raya? Beli ataupun buat?
Kat umah akak adalah juga dua tiga jenis yang dah siap buat.  

Tahun ni tak ambik tempahan sangat, cuma ambik sikit jer buat regular customer.😍

Macam biasa tart nenas dan coklat chips jadi pilihan.  Bila suruh suami akak makan bila malam, dia kata

Ina 
dah bertahun tahun dah I makan biskut ni.😖

Tu tandanya suami akak dah jemu, nasib baiklah jemu dengan kukis ni 😘 bukan dengan akak

Tart nenas memang akak buat stail orang lama, tak buat cara gulung dan buh cheese. 

Resepi dari Azlina ni boleh di percayai sebab beliau jujur dan sekarang ni dah berjaya dalam bidang bakeri. 

Ni sama ajer nak buat stail gulung ataupun terap. Tepung gandum jangan buh sekali gus, buh sikit sikit sampai doh boleh di bentuk.

Sebab kadang kadang tepung gandum ni ada pelbagai jenama, ada yang buh ikut sukatan tapi adunan jadi keras.  

Bahan-bahan

Tepung gandum 3 1/4 cawan
2 sudu tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
(ayak le dulu)
1 cawan butter
3 sudu besar susu pekat (gune susu boleh gula kastor halus boleh tapi susu lagi mudah sebab mudah sebati )
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur (nak letak bagus yg elergik telur xyah letak xpe)
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya

Kacau sebati bahan-bahan  di atas (menggunakan senduk/spatula pun boleh)
Kemudian masukkan dulu 1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung custard
Diikuti 2 sudu besar tepung jagung
kacau kan dulu bagi sebati
Dan tuang baki selebih nya tepung gandum tadi
(note: sukatan 31/4 cawan ni bg sape pakai acuan tart kalau pakai penggelek terap 3 1/2 tepungnya)

Ok uli sampai jadi doh yang cantik dalam 3 minit je lembut je doh ni
Sediakan jem nenas yang sudah siap digentel-gentel

Masukkan sikit adunan doh masuk dalam acuan tart
Tabur talam dgn tepung
Letak jem dan gulungkan
Bawah tray sapu butter letak tart awak
Sapu kuning telur atas tart.
Kuning telur+pewarne kuning sket efect gold tau
Panaskan oven 170F selama  5 minit
Masukkn tart dan bakar suhu 160 masa 25 minit

tenguk gak oven korg jugak la ye kalau nmpk permukaan tart dah gold means masak
Kuakan dari oven bia sejuk baru sodok bawah die
dah sejuk susun dalam balang
gerenti sedap.


atau yang ini

TART NENAS BUNGA
Bahan2 utama yg mesti ade

BAHAN A
Tepung gandum 3 1/4 cawan
2sb tepung jagung
2sb tepung kastard
BAHAN B
seketul buttercup 250g
3 sb susu pekat (gune susu boleh gula kastor halus boleh tp susu lg mudah sbb mudah sebati )
3sb susu tepung
2 sb minyak sapi Ghee blend
1 bijik kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarne kuning
Kacau sebati bahan B (menggunakan senduk/spatula pun boleh) -
Kemudian masukkan bahan A sedikit demi sedikit hingga abis dan jd doh cantik
Sediakan jem nenas yang sudah digentel2 siap2
sbelum bakar - sapu tray dgn butter
terap kan ikut suke bunga apa
letak inti nenas
Panaskan oven 170 5 minit
Masukkn tart dan bakar suhu 160 masa 25 mnt tgk oven korg jugak la...selamat mencuba

Ahad, Mei 26, 2019

CARA BUAT PARATHA PUFF INTI KENTANG GUNA AIR FRYER

PRATHA PUFF INTI KENTANG


Assalammualaikum semua

Kadang kadang buntu kan nak fikir menu berbuka.  Dah jadi kebiasaan kat rumah akak ni, kalau bulan puasa kami tak makan berat dulu.

Makan kuih muih ataupun rojak tak pun murtabak.  Oleh sebab camtulah akak malas nak buat kuih sebab kalau gi Pasar Ramadhan boleh beli macam macam jenis.

Kalau teringin nak makan kuih kesukaan akak, buatlah sejenis untuk melayan tekak akak.
Oleh sebab inti karipap ada baki, akak buatlah puff guna roti paratha jenama KAWAN.

Selalunya akak guna pastri puff KAWAN, kali ni nak cuba kelainannya.
Potong dua, masukkan inti karipap, pastu tekan kelilingnya dengan garpu.

Sebelum bakar potong atas dengan gunting, kemudian sapu kuning telur.

Bakar guna air fryer dalam 15-20 minit pastu balikkan bakar lagi dalam 10 minit.
Lagi senang guna oven, suhu 200C selama 20-25 minit.

p/s anak anak kata lagi sedap guna puff pastry.




Khamis, Mei 23, 2019

SAMBAL PENYET SEDAP DAN IKAN TALAPIA GORENG

RESEPI IKAN TALAPIA DAN SAMBAL PENYET

Assalammualaikum semua


Dah mula ker buat biskut raya? Dah nak masuk minggu ke tiga ni, takkan tak rancang nak buat kukis apa.

Akak buat gak insyallah, bahan dah beli, nak tunggu mood ada baru buat.



Makan dengan nasi panas sedap ooo..resepi sambal ada kat SINI.

atau yang ini

Bahan bahan

  • 10 biji cili merah
  • 6 biji cili padi merah
  • 5 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • 1 biji tomato merah sedang, belah
  • 1 sudu teh belacan
  • 1 sudu teh gula merah iris
  • 1/2 jus limau ambil airnya
  • Garam secukupnya 

Cara-caranya
1. Goreng cili merah, cili padi, belacan, bawang merah, bawang putih dan tomato sehingga layu.  Angkat dan toskan..
2. Campur dengan gula merah dan garam. Tumbuk atau kisar sehingga halus dan rasa dulu cukup rasanya.  Baru di tuang jus limau kasturi.

p/s kalau nak tumis balik pun boleh
Kalau guna ikan air tawar ni kena basuh bersih pastu kena perap/basuh dengan air asam jawa ataupun guna limau kasturi sebab nak hilangkan bau.

Kononnya nak buat ala ala ikan terbang, tapi tak pandailah taktiknya.  Jadilah ikan talapia melengkung jer.

Siapkan salad sebab cuma tu ajer ada stok, kalau ada tomato ceri dan timun lagi umphh.

Oleh sebab kat umah akak tak leh makan nasi kering, akak buatlah sup sayur.

Selasa, Mei 21, 2019

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA SEDAP SANGAT

KUIH TEPUNG PELITA SEDAP SANGAT 

Bukan senang oiii nak buat acuan tepung pelita ni, ambik masa nak membuatnya.  Akak ajak anak tolong buat kalau idak lambat aa nak masak tepung pelita ni.😓
Cara orang lama buat mereka akan kukus kuih ni sebanyak dua kali, mula mula buh gula dalam acuan tu pastu tuang bancuhan hijau, bila dah  masak angkat tuang pulak kepala santan.😉

Memang ambik masa gak aa, sekarang ni dah ada cara mudah, cuma bancuh atas dapur pastu tuang.😊 Oleh sebab pertama kali buat memang senget bengetlah kuihnya tapi rasanya memang sedap.😋

Untuk buat acuan boleh tenguk kat google, akak ikut guna kotak mancis dan stepler.




Bahan-bahannya

Lapisan hijau @ bawah 
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur  - jgn letak banyak, nnti pahit
  • sedikit gula untuk tabur atas lapisan hijau bila dah tuang dalam bekas/acuan daun pisang



Lapisan putih @ atas 
  • 4 sudu besar tepung beras - ratakan
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  •  sedikit garam
Cara-caranya

  1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup-letup buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
  4. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap. Sudukan sedikit gula di atas lapisan hijau.
  5. Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan.
masuk peti ais lagi sedap👍


p/s kalau tak ada acuan daun pisang guna bekas pun boleh😔

Isnin, Mei 20, 2019

BUNGA KUCAI CANTIK SUNGGUH

Assalammualaikum semua


Sungguh indah ciptaan Allah SWT, suka  akak tenguk bunga kucai ni. Akak ada tanam kucai kat kebun mini belakang rumah, bila tenguk ada bunga teruja lak rasanya.

Cantiklah pulak bila tenguk bunga kucai ni.
resepi kat SINI

Kalau nak tau, kucai tu selalu di masukkan ke dalam kuih udang ataupun dalam char keow tiaw bersama taugeh. 
Resepi kat SINI

Pelbagai khasiat perubatan 

Masyarakat Roman mempercayai bahawa kucai mampu melegakan sakit tekak dan selaran matahari. Namun itu bukan sahaja kebaikan kucai. Jangan terkejut apabila mengetahui bahawa kucai mampu melegakan kesakitan perut, melindungi diri daripada penyakit jangung dan strok, dan juga mampu membantu tubuh menentang bakeria yang menyebabkan penyakit. 

Kucai juga bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, khususnya untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. 

Selain daripada itu, herba ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh mencerna lemak. Ciri-ciri ubatan kucai berbeza sebagaimana ia digunakan di dapur. Kucai merangsang selera makan. Selain itu ia dikatakan boleh membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau. 

Jika digabungkan dengan diet rendah garam, ia dikatakan mampu membantu merendahkan tekanan darah tinggi. Selain itu, kucai juga memiliki kesan diuretik ringan dan juga ciri-ciri antibakteria. 

Ejen antiseptik Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekaligus menghindarkan pembekuan darah. 

Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi. Cara ini amat berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut. 

Mencegah selsema dan ejen ekspektoran Kandungan vitamin C dalam kucai dikatakan mampu mencegah selesema. Ia juga berupaya mempercepatkan penyembuhan jika selesema terbentuk, dengan cara membantu tubuh mengeluarkan mukus. Ini adalah sebatian sulfur dalam kucai adalah ekspektoran (perembes kahak) semulajadi. 

Sekat pertumbuhan tumor 
Penyelidikan saintifik ada menunjukkan bahawa kucai mampu merangsang tubuh mencerna lemak. Pengambilan kucai secara kerap mampu membantu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. 

Mengurangkan risiko kanser Kajian juga telah menunjukkan bahawa pengambilan tinggi sayuran allium dengan pengurangan risiko bebrapa jenis kanser. 

Sebatian organosulfur yang terkandung dalam kucai menyekat pertumbuhan tumor dan perkembangbiakan sel dan membantutkan kitaran sel dan sel-sel tumor. Sayuran allium, termasuk kucai, mempunyai kesan perlindungan menentang kaser esofagus dan perut dan juga prostat. 


Membantu penglihatan dan kesihatan kulit Kucai juga memiliki sumber baik beta karotena yang dikatakan mampu membantu memperbaiki penglihatan mata dan membersihkan akne.

Untuk mendapatkan kebaikan ubatan daripada kucai, anda sepatutnya tidak memasak atau memanaskan daun kucai kerana cara ini akan menghilangkan vitamin C yang bernilai serta ciri-ciri pencernaannya. 

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan dan kegunaan kucai, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

bila dah tua dan kering bolehlah ambik buat benih..akak tak cuba tanam lagi ni

Khamis, Mei 16, 2019

RESEPI KUIH SAGU MATA IKAN MUDAH DAN SEDAP

RESEPI KUIH SAGU MATA IKAN MUDAH DAN SEDAP



Bahan-bahan
❤ 2 cawan sagu
❤ 2 cawan air
❤ 1 cawan gula boleh tambah jika suka manis lagi
❤ 4 penutup sirap rose 
❤ 2 helai daun pandan simpul

Cara-caranya
👩‍🍳Rendam sagu 5 minit dan toskan
👩‍🍳masak air gula sirap rose dan daun pandan simpul hingga larut dan mendidih
👩‍🍳Masukkan sagu kacau sebati sehingga likat.
masukkan dalam loyang yang di alas plastik ataupun daun pisang
👩‍🍳kukus hingga hilang putih2 sagu 
sejukkan dahulu baru d potong
👩‍🍳 salut dengan kelapa putih.
👩‍🍳sedia dihidangkan 


Bahan salutan
👩‍🍳 1 biji kelapa parut putih
👩‍🍳 sedkit garam
👩‍🍳 2 helai daun pandan simpul
satukan semua dan kukus 2-3 minit


Selasa, Mei 14, 2019

RESEPI BUBUR LAMBUK SEDAP DAN MUDAH

Assalammualaikum semua

Entah kenapa puasa kali ni rasa lemau sangat, mungkinkah sebab umur ataupun sebab kesihatan.  Padahal masa bulan biasa agak puasa sunat.

Ataupun mungkin faktor cuaca sekarang ni yang panas terik, kalau sidai kain kena awal pagi pastu dah lewat petang baru angkat.  Sebab tak tahan kalau angkat tengahari, panasnya menikam kepala, Boleh buat sakit kepala dan rasa nak pitam,

Semalam tekak nak makan mee goreng ajer bersama anak anak bila fikir malas nak masak lagi waktu sahur, akak buatlah bubur lambuk.  Alhamdulliah selesai makan waktu sahur, nasib baik sempat ambik gambar.

Akak tak suka ambik gambar masakan orang pastu tepek kat blog, tak ori, macam blog yang lain menggunakan resepi dan gambar untuk menaikkan trafik blog mereka.  Mereka tak mencuba tapi pakai ambik jer.




Bahan-bahan
1 cawan beras 
1 cawan daging kisar
1/2 labu bawang besar-cincang
3 ulas bawang putih-cincang
1 inci halia-tumbuk
1 helai daun pandan
1/2 cawan santan kelapa
1 sudu besar udang kering-rendam sekejap-cuci dant toskan.
1 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Rempah ratus
2 inci kulit kayu manis
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil halba
1 bunga lawang
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu kecil rempah kurma

Bahan untuk taburan
Hirisan daun bawang dan daun sup
Bawang goreng

Cara-caranya
Cuci beras dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis rempah ratus sehingga wangi.
Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata.
Masukkan air secukupnya untuk masak bubur kemudian masukkan besar, udang kering dan daun pandan yang di carik dan di ikat.
Masak sehingga jadi  bubur, jika terlalu pekat boleh tambah air secukupnya.
Akhir sekali masukkan santan kelapa dan garam.
Biarkan mendidih lagi.
Bolehlah di hidangkan bersama hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Sabtu, Mei 11, 2019

RESEPI DALCA DAGING SEDAP

Assalammualaikum semua

Bila tekak teringin nak makan nasi sedap, bakar pulak kambing perap memang kena ada kuahlah kan, kang tercekik pulak bila makan kering.  Dah tau dah kebiasaannya anak anak dan suami suka ada kuah.

Akak merajinkan diri buatlah dalca daging ni, cuma ambik 1/2 jer dari bahan kat bawah sebab mulut dah tak ramai nak makan.  

Resepi ni akak ambik dari blog bro rozzan yang telah bersara dari bidang blogging.

Bahannya
1 kg daging lembu/kambing atau rusuk - dipotong ikut suka, rebus hingga empuk
200 gm kacang dhal (rebus hingga empuk)


Bahan Kisar
3-4 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1½ inci halia
(Gaul bersama dgn 6 sudu makan (bumbung) rempah kari daging)

1 batang serai (dititik)
3 biji kentang (kupas kulit dan belah 2)
3 biji tomato (dibelah 2)
200 gm kacang panjang (dipotong kecil-kecil, anggaran 1- 1½ inci)
1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)
2 biji terung ungu yg kecil  -dipotong ikut suka
3 senduk minyak masak


Rempah Campak

4-5 tangkai daun kari
5 biji bunga cengkih,
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
1 biji bawang besar (dihiris )



1 biji bawang besar (hiris kasar2 –utk dilepaskan dlm kuah)
sedikit air asam jawa
200 ml santan kotak
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)


Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan tumis rempah campak (bawang besar hiris, cengkih, pelaga & kayu manis, daun kari) dan serai. 

2.  Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga rempahnya garing dan naik aromanya. Bubuh sedikit air jika perlu.

3. Masukkan pula daging/rusuk dan 2-3 mangkuk air. Kacau sebentar dan masukkan pula kacang dhal, kentang, lobak merah,  kacang panjang, terung, lada hijau, bawang hiris dan air asam. 

4. Biarkan sehingga kentang empuk dan sayur2 layu sebentar. Masukkan pula santan, garam & perasa (optional). 

5. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api.

Nota:

1) Selalunya lauk dalca daging ni lebih enak jika kita gunakan daging kambing yg dicampur dgn tetelan ataupun daging rusuk. Bagi mereka yg tak boleh makan kambing, gunakanlah daging lembu.

2) Sukatan santan boleh dikurangkan mengikut citarasa anda. Setahu saya, kalau orang India kalau memasak lauk kari/dalca, mereka tak menggunakan santan. Tapi kita ni msk cara orang Melayu, heheh...

3) Lauk dalca ni akan menjadi lebih sedap dimakan pada keesokan hari nya. Lebih lama disimpan dan dipanaskan, lagi sedap.

Khamis, Mei 09, 2019

CARA MASAK PULUT DALAM RICE COOKER MUDAH DAN SENANG

CARA MASAK PULUT DALAM RICE COOKER 

Assalammualaikum semua

Masak ni kann, ikut gak kerajinan diri sendiri, kadang tu terover rajin memang buat pelbagai masakan dalam sehari.

Terutama bila tekak teringin nak makan tu....nak makan ini, nak gi beli malas nak keluar padahal ada jer keta.

Selalu akak kukus pulut nak makan bersama kuah ataupun serawa durian, tak tau kenapa virus M melambak dalam diri, maka akak pun gi aa masak dalam periuk letrik.

Bahan-bahan
2 cawan pulut
1 cawan air panas *
1 cawan santan *
1 sdb minyak masak *
1 sdk garam *
daun pandan-di carik dan ikat

Cara-caranya
1)Cuci beras pulut sehingga bersih kemudian toskan.
2) Kemudian masukkan kesemua bahan yang bertanda * dan daun pandan ke dalam rice cooker dan tekan tombol utk memasak
3) Bila nampak wap panas keluar, buka penutup rice cooker dan kacau pulut menggunakan chopstick untuk  untuk mengelakkan pulut jadi berketul.
4) Bila button naik ke warm, kacau dengan penuh kasih sayang menggunakan chopstick dan biarkan sehingga pulut lembut dan masak sepenuhnya dan bolehlah di hidangkan. 


p/s sesuai untuk masak sedikit jer, kalau nak makan ramai ramai lebih elok kukus jer

Rabu, Mei 08, 2019

CARA BUAT KERABU DAGING DAN MANGGA ATAU NUE NAM TOK



Resepi Nue Nam Tok@Grill Daging Pedas

Assalammualaikum semua

Tenguk gambar pun memang mengancam kan, kalau beli daging salai dan anak anak balik akak suruh mereka buat.

Resepi sedap ni di kongsi oleh rakan fb Nor.

1/2 kg Daging salai hiris daging nipis-nipis dan ketepikan.

Bahan-bahan sampingan
  1. 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus-akak tukar ke 1 biji bawang holland dihiris memanjang
  2. daun pasli/daun saderi ~akak tukar ke daun ketumbar
  3. daun bawang ~ dihiris
  4. sebiji mangga - di hiris
  5. 1/2 cawan daun pudina ~ tak letak
  6. 1 sudu besar gula pasir
  7. 1 sudu besar gula melaka/gula nisan
  8. 2 sudu besar sos ikan
  9. 2 1/2 sudu besar air limau nipis-guna air limau kasturi aje
  10. cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris (akak bubuh 3 biji aje)# resipi asal letak serbuk cili kasar
  11. 1 biji cili hidup-akak hiris serong---tak lehlah bubuh cili api banyak-banyak ..perut tak tahan...nanti ashik ke tandas aje...
Cara-cara 
  1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.
Masuk dalam peti sejuk, makan sejuk lagi sedap

Selasa, Mei 07, 2019

RESEPI BUTTER CHICKEN SEDAP DAN MUDAH

RESEPI BUTTER CHICKEN SEDAP DAN MUDAH😗

Assalammualaikum semua

Isi ayam kalau goreng macamtu jer kurang aa anak anak nak makan.


Akak simpan biar banyak sikit isi barulah akak buat resepi ni.


Bahan-bahan 
3 dada ayam potong memanjang
Tepung jagung
Garam
Serbuk lada hitam
Serbuk Kari 

Campurkan semua dan perap dalam 1/2 jam.




Bahan untuk kuah
Setengah tin susu sejat
3 sudu besar  mentega
3 ulas bawang putih ketuk atau tumbuk
3 biji cili padi - untuk yang suka pedas
Daun Kari
1 sudu yogurt-pilihan

Cara Membuatnya

1. Goreng hirisan ayam yang telah di perap sehingga garing dan toskan.
2. Panaskan mentega, bila dah cair masukkan bawang putih, daun kari dan hirisan cili merah serta cili api. 
3.  Bila wangi masukkan susu cair dan yogurt, kecilkan api dan masukkan ayam dan sedikit garam.
4.  Kacau sebati, bila kuah dah nampak pekat dan creamy bolehlah di padam api dan sedia untuk dihidang. 

Isnin, Mei 06, 2019

MASORA ROSE /BUNGA ROS MASORA




ROS MASORA

Assalammualaikum

Bila beli bunga ros mefora ni, memang tak ada bunga sebab bunga yang lama dah layu.

Tak sabar sangat nak tenguk bunga ni sebab bila google memang cantik sangat dan baunya pun wangi.

Kenalah jaga dengan kasih sayang bila dah terjebak bela bunga ros ni, kena bagi baja dan siram air setiap hari kecuali hari hujan.
Bila tenguk ada 4 kudup yang keluar, rasa tak sabar nak tenguk dan ambik gambar.


bunga pertama 
cantikkannnn
bila dah kembang, 

memang cantik 
sangat dalam gambar, 

rasa berbaloi beli pokok ni

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...