OOO

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan sambal sotong kering. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan sambal sotong kering. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Jumaat, Januari 27, 2012

Sambal Sotong Kering (Buat Masa Kenduri)

Sambal sotong kering ni memang anak-anak cukup suka.  Kalau buat mesti banyak-banyak tapi akak lebih suka kalau mak akak masak sebab air tangan mak memang sedap sungguh..anak-anak pun kata..

Wan..kalau masak memang umphhhhh

tak sempat nak buh dlm pinggan..ambik gambar camni ajerlah
Sambal ni salah satu menu yang kami buat masa buat kenduri akhir bulan Disember tahun lepas.  Dulu harga sotong kering baru dalam RM29.00..bila akak beli kat NSK dah naik RM59.00..mak datukkkkk dekat sekali ganda.
Patutlah bila beli nasi lemak lauk sotong kering harga dah naik..nak buat camnerkan sekarang ni semua bahan makanan naik harga..kesian pada orang yang tak berkemampuan.
Oleh sebab anak-anak nak juga sambal sotong kering terutama Yana dan Russhdi yang dah lama tak rasa..beli jugalah..demi menunaikan hasrat hati anak-anak.  Kami beli 3kg untuk buat kenduri..pengsan kau nak memotongnya..terima kasih pada kak long yang tolong potong sebab akak anak beranak gi ambil Russhdi kat KLIA.
Mak tak suka beli sotong kembang yang beli kat pasar...kami rendam sendiri gunakan ubat sotong.  Kalau beli sotong kering ni korang kena beli ubat dia sekali.  Seketui baru 0.50 sen sahaja.

Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong kering-direndam semalaman dengan ubat dia-kalau nak yg kembang pun boleh..lepas tu potong kecil-kecil
  • 1 1/2 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa-bergantung kepada tukang masak
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar gula tebu
  • 1/2 cawan minyak masak
  • sedikit santan
  • 2 biji bawang besar di hiris halus
  • garam secukupnya
Bahan kisar/tumbuk
  • 10 biji bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan-pilihan
Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing.
2. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana sehingga naik minyak.

3. Masukkan sotong kering, air  dan air asam jawa dan kacau lagi hingga sebati.
4. Biarkan sotong lembut baru dimasukkan santan, garam dan gula pastu masak hingga pekat.
5. Bila telah pekat baru di padam api dan bolehlah di hidang bersama nasi lemak, nasi ataupun nasi impit.
Kalau nak tenguk camner nak rendam sotong kering bolehlah ke SINI
dan kat SINI
 

Rabu, April 04, 2018

PETUA/CARA UNTUK MELEMBUTKAN SOTONG KERING

PETUA/CARA  UNTUK MELEMBUTKAN SOTONG KERING

Assalamualaikum semua

AKAK ADA SHARE KAT YOUTUBE 
Lagi senang nak tau caranya
https://youtu.be/cxeMzzIEM80

Akak ni tak gemar nak beli sotong kembang yang dah siap di jual kat kedai/pasaraya.  Suka beli yang kering pastu rendam sendiri.

Akak pernah tunjuk cara nak rendam sotong kering ni guna ubat sotong lah sebab tulah yang di ajar oleh mak akak.


Wah gambar tangan mak akak tunjuk cara camner nak lembutkan sotong, ada gak yang cilok rupanya.  

Sayangnya tak bagi link, perkara ni adalah perkara biasa bagi blogger, kalau gambar masakan lagi ramai yang suka copycat.

N3 ni dah lama, kalau nak tenguk boleh kat SINI
 
Dari dulu lagi mak memang suka masakkan kami sambal sotong kering, masakan sambal mak memang terbaik.  Bila dah beranak cucu ni, duk pun dah jauh (padahal bukan jauh sangatpun)

Walaupun tak sesedap air tangan mak, kiranya ok lah bila buat habis di mamam oleh anak anak, kira ada rasalah kan.

Bila akak search kat google, ada pelbagai cara lagi orang guna nak lembutkan sotong kering ni.

-rendam dengan ubat sotong (macam mak akak ajar)
-rendam dalam air abu
-masuk dalam pressure cooker

Ada terbaca gak kata guna soda bicarbonate, akak pun cubalah 2 minggu lepas.
Akak pun cuba rendam 1  sudu besar soda, 5 keping sotong kering dan air paip.

Bancuh dulu soda tu dengan air paip, baru masukkan sotong kering, kena menutupi semua sotong.  Rendam semalaman, pagi esok bersihkan dan potong kecil.

Esoknya  masaklah sambal sotong kering, alhamdulliah tak liat dan masa masak pun tak lama macam dulu.

Isnin, September 27, 2010

Makna di sebalik sotong kering



Sambal sotong kering sape tak suka ...
makan pulak dengan nasi lemak...fuhhhhh..tak ingat orang belakang
Yang ni pun orang panggil sotong kering...(kredit google)
 Tak sesuai untuk yang belum berkawin..


Dah 2 minggu  bertutur-turut.akak baca kisah sotong kering dalam Harian Metro Ahad..tapi dalam ruangan Doktor Sakit Tuan (lelaki punya..kalau perempuan di panggil Sakit Puan...tu sebab di panggil Tuan (lelaki) dan Puan untuk Wanita).

Pada 19 September 2010..soalan dari Ringgo, Bukit Tinggi, Johor..

Dia kata dia naik nafsu bila terbau macam sotong kering.  Malu pulak nak tulis penuh.  Baca kat sini yer..  (klik)

Semalam dalam Harian Metro Ahad pun ada lagi kisah sotong kering lagi.  Tajuk dia tak tahan bau sotong keringlah pulak.  Kali ni dalam ruangan Pakar Sakit Puanlah pulak kelolaan Dr Adilah Ahmat.

Sebab belum keluar dalam on9 akak sharelah soalan dia yer..
Li dari Hulu Kinta, Perak.
Sejak isteri saya mengikat peranakan,ketika bersama terdapat sejenis bau (seiras sotong kering).  apakah punca bau yang kurang menyenangkan itu?  Perkara ini sudah berlarutan hampir enam tahun.

Satu selera suka bau sotong kering ...satu lagi tak suka bau sotong kering....kelakar sungguhkan..

Aduhai orang lelaki yang dah berkawin ni..macam-macamlah kerenah mereka..isteri gak yang menerima seadanya.

p/s bukan unsur lucah yer..sebab kelakarlah bila dia orang timbulkan pasal sotong kering ni..

Khamis, Jun 23, 2016

Sambal Sotong Kering Sedap

Assalammualaikum

Akak suka buat sambal sotong kering bila ada anak-anak datang bermalam kat rumah.  Berbaloi sikit membuatnya sebab nak masak ambil masa yang lama sebab nak bagi sotong lembut walaupun dah rendam dengan ubat.
Bila dah rendam semalaman, air memang berbau jadi kenalah basuh berulang kali dan bersihkan juga kat sesunggut sotong.  Harga sekg dah naik, tapi nak makan punya pasal, kena beli ajerlah.  Nak makan kat kedai, memang mahal sungguh.

Bahan-bahan
  • 2 ekor sotong kering-direndam semalaman dengan ubat dia-kalau nak yg kembang pun boleh..lepas tu potong kecil-kecil
  • 1 1/2 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa-bergantung kepada tukang masak
  • 2 cawan air-kalau sotong tak lembut boleh tambah air lagi
  • 2 sudu besar gula tebu/gula melaka
  • 1 cawan minyak masak
  • sedikit santan
  • 2 biji bawang besar di hiris halus
  • garam secukupnya
Bahan kisar/tumbuk
  • 10 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan-pilihan
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing.
2. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana sehingga naik minyak.
3. Masukkan sotong kering, air  dan air asam jawa dan kacau lagi hingga sebati.
4. Biarkan sotong lembut baru dimasukkan santan, garam dan gula pastu masak hingga pekat.
5. Bila telah pekat baru di padam api dan bolehlah di hidang bersama nasi lemak, nasi ataupun nasi impit.
Kalau nak tenguk camner nak rendam sotong kering bolehlah ke SINI
dan kat SINI
Esoknya masak nasi lemak... :)
resepinya kat SINI

Khamis, Februari 19, 2009

Sambal sotong kering

Kalau masak sambal sotong kering akak selalunya masak nasi lemak sekali...jarang akak beli sotong kembang tu...selalu beli yang kering pastu rendam dengan ubat dia..selalunya kena rendam semalaman. Kalau nak bubuh kacang tanah pun boleh jugak..

Bahan-bahan
  • 2 ekor sotong kering-direndam semalaman dengan ubat dia-kalau nak yg kembang pun boleh..lepas tu potong kecil-kecil
  • 1 1/2 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa-bergantung kepada tukang masak
  • 2 cawan air
  • 3 sudu besar gula merah-pilihan
  • 1/2 - 1 cawan kacang tanah disangai dan di tumbuk kasar-pilihan-akak tak letak.
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji bawang besar di hiris halus
  • garam secukupnya
Bahan kisar/tumbuk
  • 10 biji bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan-pilihan
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing.
2. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana sehingga naik minyak.
3. Masukkan kacang tanah, garam, gula merah dan air asam jawa dan kacau lagi hingga sebati.
4. Masukkan pula sotong dan air dan masak hingga pekat.

5. Bila telah pekat baru di padam api dan bolehlah di hidang bersama nasi lemak, nasi ataupun nasi impit.

Saje buat lebih sambal tu...pagi esok buat pulak nasi lemak...

Rabu, Mei 13, 2009

Sambal sotong kering dan cara mengguna ubat sotong


Masak nasi lemak kukus lagi...buat masa anak-anak semua ada di rumah masa cuti hari pekerja yang lalu..akak ambil resepi kat majalah saji. Untuk nasi lemak kukus boleh rujuk atas label nasi..

Bahan-bahan
  • 2 ekor sotong direndam hingga kembang
  • 2 cawan cili kisar
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 keping gula merah
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air
  • garam secukupnya
  • Belacan
  • 1/2  cawan santan
  • 2/3 sudu besar gula pasir
  • 8 biji bawang kecil hiris
  • 1/2 biji bawang holland/besar hiris bulat

Bahan kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih

Cara menyediakannya

1. Potong kecil sotong dan basuh bersih. 
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil hiris hingga naik bau. 
3. Masukkan bahan kisar  dan belacan. 
4. Masukkan cili kisar, masak hingga naik minyak baru masuk sotong dan air.  Biar mereneh guna api sederhana. Jangan lupa kacau takut hangus. 
5. Masukkan gula merah, gula pasir, garam, santan dan air asam jawa. Kacau rata.
6. Kacau rata dan masak sehingga pekat dan sotong telah lembut. Masukkan hirisan bawang. Jika tak lembut boleh tambah air. 
7. Rasa dulu baru padam api. Hidangkan bersama nasi lemak, nasi putih ataupun lontong.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Kat bawah ni akak tunjukkan cara nak rendam sotong dengan ubat...ada member cyber yang suruh show..

Mula-mula masukkan sotong kering ke dalam besin. Akak rendam 5 keping sotong kering.

Masukkan pula ubat dia..kalau nak masak pagi esok cukup gunakan satu aje..tapi akak rendam pagi ... petang nak masak...kena gunakan 2 biji ubat sotong.

Lepas tu bubuh air dan ubat sotong akan cair dengan sendiri dan biarkan air menutupi sotong tadi. Bila waktu petang boleh di bersihkan dan di potong-potong kecil-kecil.

Kalau tak faham boleh tenguk di YouTube akak. JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIPE. https://youtu.be/cxeMzzIEM80. 

Harap member yang nak tenguk cara rendam sotong ni faham ye

Sabtu, Disember 06, 2008

Sambal sotong kering

Masak sambal sotong kering ni macam masak sambal biasa aje..saje nak tunjuk aje..makan
dengan nasi lemak buat sarapan pagi.

Selasa, Oktober 23, 2012

Nasi Lemak Kukus, Sambal Sotong Dan Ayam Uncle Bob

Assalammualaikum semua

Nasi lemak kukus ni akak buat malam tadi..entah kenapa tiba-tiba teringat nak makan..bukan mengidam sebab mengandung yer..
Akak ikut resepi nasi lemak kukus yang pernah akak buat dulu.  Agak remeh nak kukus mengukus ni..ambil masa yang panjang gak nak menyiapkannya.  Nasib baik akak buat kukis..x lah jemu nak menunggu step by step nak menyudahkannya.

Buat gak sambal sotong dan rebus telur tapi entah camner dek kerana sibuk buat kukis orang order akak terlupa nak keluarkan ayam.
Akak suruh ajer anak beli ayam UNCLE BOB..yang menjadi kesukaan dorang ni.  Firdaus yang belanja ayam ni.


Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras ( atau secukupnya )
  • Santan pekat ~ secukupnya
  • 3 helai daun pandan-disiat-siat
  • Garam secukup rasa
  • daun pisang
Cara-caranya

1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Akak lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus...jangan besar sangat..nanti beras keluarlah pulak. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus (tak payah keluarkan daun pisang..keluarkan beras aje tau) dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk.
4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit (bergantung pada banyak beras)

** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Sambal sotong punya resepi bolehlah jenguk kat SINI

Selasa, Julai 04, 2017

Kenangan Raya Aidil Fitri 2017

Assalammualaikum semua

Dah bercucu ni rasa teruja bila dapat beraya bersama sama terutama cucu no 3 dan 4 yang pertamakali merasakan hari raya, uwan yang excited lebih padahal manalah mereka bukan tau kan sebab kecik lagi.
Kali ni Yana giliran kat rumah besan di batu pahat, menantu beraya bersama kami, oklah tu kan, at least ada gak suara budak kecik kat rumah.
Pagi raya cam biasa mintak maaflah, tak ada keluar air mata pun macam arwah abah ada dulu.

Macam tahun lepas kami masak dan beraya di rumah mak di Gombak bersama sama 2 adik lelaki.  Suami dan anak anyam ketupat kat rumah kami, baru bawa rumah mak, masukkan beras.

Frust tahun ni bila rendang daging dan sambal sotong kering basi menjelang tengahari raya pertama sebab santan yang orang hantar kat rumah dah berbau.  

Sayang betul bila kenangkan harga daging tempatan yang mahal dan sotong kering yang naik meroket harganya.
Nasib baiklah dah siap rasa masa buka puasa dan makan pada pagi raya.   Tahun depan  tak nak lagi beli santan kat rumah mak lagi.

Ramai gak yang pakai warna hijau tahun ni

Selepas marhaban selepas solat aidilfitri, sebelah petang baru gi rumah besan dan saudara mara yang masih ada di sini.  

Balik rumah, basuh baju kotor dan esoknya gerak ke rumah bapa mertua di Segamat.  Belah petang gerak ke Batu Pahat lepak rumah Yana.
 Raya kedua kat rumah besan di Batu Pahat, sedap masakan besan akak ni😊
pastu rumah adik ipar di Muar, dapat makan tomyam, paprik dan siakap tiga rasa memang heavenlah lepas jemu makan rendang dan ketupat😘
 lepak, makan, pot pet😘
Barulah dapat ambik gambar family😍
cucu saudara duk Jay Bee, cucu beraya dengan beg frozen, gegirl memang camnilah kan, kecik kecik dah pandai bergaya
 Atokkk..uwannn jom balik, dah penat aaa😊
 Raya ke enam rumah kakak kat Taman Melati,
terima kasih kak long
Raqib nak usik Aryan, atok kena tengukkan
menikmati bihun goreng
 pastu gi rumah geng satu kerja suami kat Selayang
 peminat baju Mickey dan Minnie😍
 Tetamu pertama adik lelaki raya tahun ni, datang pada hari Sabtu sebab masa tu free
kak long sekeluarga pun datang juga. 
minggu ni ada orang kawin pulak

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG AKAK YANG SETIA.

Khamis, April 09, 2009

Sambal Tumis Pekat Sotong


Sambal sotong ni sedap di makan dengan nasi lemak..sedap..korang adjustlah rasanya sebab kadang-kadang ada yang suka sambal rasa manis sikit ataupun rasa masam sikit.

Bahan:-

  • 7 ekor sotong sederhana besar - potong bulat
  • 5-6  sudu besar cili kisar
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 2-3 sudu besar air asam jawa pekat
  • 1 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • sedikit air
  • minyak secukupnya
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
Cara Memasak:-
  1. Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng sebentar, angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Perlahankan api dan masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam.
  5. Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering.
  6. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi.
  7. Masukkan juga bawang yang dipotong bulat.
  8. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.

Isnin, Januari 26, 2009

Sambal Sotong Buah Keras


Tertarik dengan resepi kat rumah jie-jie's footpage ni..lainlah cara masakan dia...jadi akak cubalah buat...kan akak ni suka cuba resepi yang lain dari akak masak...tapi minta maaflah tuan punya resepi..akak tukar cara akak masak ye..

Bahan-bahan
  • 3 ekor sotong rendam ~ dibersihkan dan dipotong-potong kecil(akak tukar ke sotong biasa aje)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu gula-tak letak
  • 1 asam keping/asam jawa-akak guna jus asam jawa adabi
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 15 biji cili kering ~ direndam dengan air panas hingga kembang-akak rebus dulu kemudian baru kisar.
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji cili api ~ nak lebih pedas boleh tambah-tak berani akak..nanti ashik gi toilet aje..
  • 6 ulas bawang merah-akak suka tumbuk
  • 6 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1 labu bawang besar-tumbuk
  • 2 biji tomato
  • 2 sudu udang kering-
  • 3 biji buah keras
Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dulu sehingga naik bau.
2. Kemudian baru masukkan bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan garam.
3. Masukkan sotong dan jus asam jawa. Biarkan sebati dan kering barulah di tutup api.

4. Angkat dan hidangkan.

Ahad, Februari 22, 2009

Sotong Percik



Ashik-ashik masak sambal sotong..naik boring jugak...pergi kat rumah member cyber ternampaklah resepi ni. Resepi dari asal dari rumah rossitamz@myr..tapi akak ambil dari rumah puan ummi di kuantan tu...akak malas pulak nak taip...jadi c & p aje ye puan ummi tapi akak editlah sikit.... sebenarnya di panggil sotong percik ramadan....nak buat bulan apa pun tak apalah..janji sedap dan rajin nak membuatnya..Tapi akak tak letak hirisan limau purut..anak-anak dan suami tak suka..daun kunyit tu akak blender sekali...

Bahan:-
  • 8 ekor sotong yang besar
  • 10 biji cili kering (*)
  • 5 biji cili padi (*)
  • 5 biji cili merah (*)
  • 1 labu bawang besar (*)
  • 2 inci halia (*)
  • 2 inci lengkuas (*)
  • 2 batang serai (*)
  • 1 helai daun kunyit - hiris halus-blender
  • 4 helai daun limau purut - hiris halus-tak letak
  • 1 batang serai - dititik-
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • garam dan perasa secukupnya.
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan sotong dan potong (jangan putus) sejarak 1 1/2 inci (seperti gambar atas ni).
  2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun dalam pinggan.
  3. Kisar bahan-bahan bertanda (*). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau purut dan air asam serta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih dan pekat sikit.
  5. Tuangkan ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan tadi. Buat cara puan ummi jugak...masukkan kedalam kuah dan gaul sekejap baru di padam api.
  6. Memang sedap....makan pulak dengan nasi panas.

Isnin, Disember 14, 2009

Baru balik dari bercuti.....dan masakan Ketupat Goreng aka Lontong Goreng

Aduss penatnya..baru balik dari cuti-cuti  malaysia...sampai dalam pukul 3.00 pagi...nanti akak cerita ek gi mana...ada ker yang rindu dengan akak....
Ni cerita minggu lepas punya masakan yer...ingat nak update dari sana..tapi dah nama bercuti mana ada masa..betul tak?



 Memang tak pernah makan dan tak pernah buat lontong goreng seumur hidup.  Bila tenguk nasi impit ada balace 1 ketul besar..sayang pulak kalau tak di buat apa-apa..pernah tenguk member cyber buat lontong ni...akak ambil resepi lontong ni dari rumah che'iza...sedaplah tapi pedas sikit sebab letak cili api..terima kasih bebanyak yer..akak c & p dari rumah beliau..

Bahan- bahan

  • 1 buku ketupat segera potong kecil-kecil
  • 2 sudu besar sambal sotong (guna cili boh pun boleh)
  • *6-7 biji cili padi
  • *2 biji bawang merah
  • *1 ulas bawang putih
  • *1 sudu besar  ikan bilis (akak tukar dengan udang kering)
  • 1 batang kacang panjang potong kecil-tak ada stoklah
  • 1 inci lobak merah didadu kecil
  • 1 biji telur
  • sedikit garam, gula
  • 1 sudu kecil  pati ikan bilis
  • 1 helai daun sup dihiris halus 
Cara - Cara

  1. Tumbuk bahan2 bertanda *..... Siap tumbuk tumis bahan2 tu hingga naik bau...
  2. Masukkan sambal sotong atau cili boh..... tumis hingga terbit minyak.....
  3. Masukkan sedikit air (biasanya saya akan letak dlm 2 sudu besar air dlm lesung bekas menumbuk tadi..
  4. Bila rencah ditumis agak pekat, masukkan kacang panjang dan  lobak merah....
  5. Masukkan garam, secubit gula dan pati ikan bilis...
  6. Masukkan ketupat yg telah dipotong kecil..... gaul rata
  7. Pecahkan telur dan gaul rata... hingga telur sebati ngan ketupat......
  8. Akhir sekali masukkan daun sup dan gaul rata..... ( Tak tahu nape suka gaul kat ketupat rather than tabur, sedap kot kat tekak den ni)
Kalau suka boleh letak ayam, udang atau sayur2 lain yg kita suka.......

Khamis, Disember 25, 2008

Kisah Mak Akak (2)





Sambung baliklah cerita mak akak hari tu...

Bila tanya mak lagi.........

Rugi tau mak...tak habis belajar lagi dah kawin dengan abah.......kalau tidak tentu mak kerja best...

Mak diam.........lepas tu dia jawab......

Entahlah.....tapi mak tak tahan kena pukul..kau mana tahu...kau tak merasa..

Lepas tu mak diam..mungkin dia terkenang kisah lalu....tapi akak tenguk air muka dia berubah..
tak beranilah nak tanya lagi...

Mungkin dah sampai jodoh mak dengan abah...........tak lama kemudian abah putus dengan girlfriend dia orang kristian tu dan mak couple dengan abah...bila mak su dapat tahu...dia marah....yelah mak masihkan masih bersekolah lagi.......tak tahulah apa yang dia sebut...mungkin mak kecil hati ....mak ceritakan semuanya kat abah...abah simpati....kebetulan bapa saudara abah ada duduk di area kl jugak..kalau tak silap di bangsar..yang abah panggil pak long taib.....dialah yang suruh mak duduk kat rumah dia...bila mak kena halau dari rumah mak su. Nasib mak memang baik...akhirnya pak long taib setuju menikahkan mak dengan abah di negeri sembilan di rumah salah se orang saudara abah dan sejak itu putuslah hubungan di antara mak dan mak su...kiranya mak nekad.......mungkin ada lagi cerita di sebaliknya....cuma mak tak mahu cerita sangat tentang hal ni....... entahlah akak pun tak boleh salahkan sesiapa kerna akak pun tak berapa tahu cerita yang sebenarnya...cuma akak bersyukur kerna akak di lahirkan oleh mak tersayang...

Mak bersama member dia kat tempat kerja di malayan tabacco company di jalan sungai besi.

Bila dah nikah....kewangan pun terhad...mereka menyewa bilik dulu di area bangsar dan mak kenalah cari kerja..alhamdulliah mungkin mak ada kelulusan ada dua tawaran kerja yang mak dapat....satu dari lever brothers dan satu lagi dari malayan tabacco company (MTC)...bila mak tenguk gaji di mtc lebih sedikit maka bekerja di situ..
Bila mak dah kerja barulah mereka mampu menyewa rumah di Kg. Abdullah Hukum...sekarang ni dah jadi Mid Valley .....itupun mereka ashik berpindah sehingga 3 kali di kg yang sama... dan di situlah jugak mak bertemu dengan mak angkat akak. Mak mengandung dan melahirkan akak 3 beradik di situ dan mak terpaksa uruskan diri sendiri..masa dalam pantang....selang setahun pulak tu...tak dapat di bayangkan macammana susahnya mak masa tu...dahlah dengan 3 orang anak kecil....nasib baik jugak abah rajin menolong.....oleh kerana mak bekerja maka mak terpaksa mencari orang nak jaga kami bertiga beradik dan alhamdulliah kami di jaga oleh mak angkat....dengan penuh kasih sayang...akak panggil mak angkat tu busu mayah..masa tu busu mayah tinggal dengan ibu dia yang telah menjanda.

Masa mak melahirkan anak pertama.....arwah atuk dan wan memang tak datang melawat..yelah mereka marah sebab masa tu mereka nak kawinkan abah dengan orang sekampung..ala depan rumah aje perempuan tu.....cuma yang datang masa tu cuma mak wan aje...itupun sekejap...busu mayah dan mak dialah yang paling banyak tolong mak masa tu.....tulah sebabnya akak selalu datang ke rumah beliau di pantai dalam....sekarang ni suami dia dah meninggal..jadi tinggallah dia dengan anak-anak dia di situ.........budi beliau akan di kenang sampai mati..

Bila mak dah kerja kami di jaga oleh busu mayah ni..mak pulak kerja shift...ada dua shift..pagi dan petang....kalau mak kerja petang... mak balik dalam pukul 11.00 malam..jadi kerna kesian tenguk kami dah tidur....yelah baby lagikan......busu mayah tak bagi bawak balik..jadi kami tidur kat rumah busu...bila dah besar sikit barulah abah ambil kami pulang ke rumah bila abah balik dari kerja...oh ya...lupa pulak nak cerita..mungkin dah rezeki kami abah dapat pulak kerja di Kedutaan British (british high commision)..masa tu embassy tu bukan kat tempat sekarang tapi di Bangunan Sultan Sulaiman...ada juga orang panggil bangunan koperasi polis..sekarang ni dah jadi bangunan mas rasanya...


Bila abah kerja kat bhc tu.... abah terjumpa dengan bapa saudara dia yang tinggal di Kampung Puah, Setapak..arwah ni akak panggil pak long dewa..dia kerja polis..mungkin dia ada urusan di koperasi polis tu.....dia kesian bila dapat tahu abah dan mak duduk menyewa............jadi dia ajak mak dan abah buat rumah kat situ..maka abah dan mak buatlah rumah ibu dulu ..pasal tak ada duit...kami masih lagi tinggal kat rumah busu mayah tu buat sementara kerna tak ada orang nak jaga...lagipun busu tu dah sayang dengan kami.... Bila dah pindah kat situ mak tenguk kami seminggu sekali ..sampailah kakak akak yang sulung 4 tahun..akak 3 tahun dan adik 2 tahun..barulah kami dapat duduk dengan mak dan abah.

Masa di kampung puah ni pulak...kiranya ramai jugak yang jaga kami....kat kg puah ni..ramai orang dari pulau jawa.....mula-mula rumah wak kusen.....lepas tu rumah arwah wak karmin/wak ton dan akhir sekali rumah lek/arwah wak karno....oh ye..lek tu tak tahu nama dia sebenarnya..tapi lek kan bahasa jawa...kalau melayu panggil makcik....kami seronok tinggal kat rumah lek dan wak karno ni..kerna mereka jaga kami dengan baik..yang best tu..mereka suami isteri jual nasi lemak kukus...lauknya sambal kerang dan sambal sotong kering...memang sedap nasi lemak kukus mereka...kami selalu tolong kopek kerang...jadi dapat upah makan nasi lemak..

Dah duduk tepi sungai..jadi kalau hujan lebat air naik...ikut nasib kadang-kadang tinggi ..kadang sikit aje....rumah tu rumah arwah wak karno/lek yang jual nasi lemak kukus dan pernah jaga kami adik beradik...kat rumah mereka pun ada perigi..air kat perigi dia jernih...yang tengah jalan tulah anak pak long taib..akak panggil mak ngah kasmah....

Ni pulak gambar pak ngah hamid sedang membersihkan rumah dia.....suami mak ngah kasmah..rumah dialah sebelah rumah akak....kira-kiranya rumah akak tengah-tengah..belah kiri mak ngah noridah dan sebelah kanan pak ngah hamid/mak ngah kasmah.

Kat belakang tulah rumah akak tinggal masa kecil..bersekolah rendah dan menengah....sampai akak bekerja......sekarang rumah ni dah tak ada lagi dah ..pasal dewan bandaraya buat pembesaran sungai...gambar abah dengan member dia main air..kalau air naik tinggi ...akak selalunya tinggal kat rumah mak long limah/pak long dewa..pasal rumah dia atas bukit.

Bila dah bersekolah di sekolah rendah kuantan....masa tu rumah kami dah ada 2 bilik dan dah ada bilik air....masa tu tak ada paip...jadi abah buat perigi untuk kami mandi dan basuh pinggan..tapi air tak berapa bersih.....pasal rumah kami tepi sungai ....untuk air minum dan masak ...kena ambil kat satu lagi perigi kat tepi bukit.....jadi tugas kami tiga beradik ambil air di perigi tu yang memang jernih air dia... perigi tu bukan dalam rumah tapi untuk orang awam...sesiapa yang nak ambil...ambillah...

Bila kami dah bersekolah..abah siapkan jadual waktu....setiap orang ada tugas masing-masing...abah memang pantang kalau kami tak buat tugas ikut jadual tu......bila abah dan mak pergi kerja...banyaklah kerja kami tiga beradik.....kami pergi dan balik dari sekolah naik bas sekolah..tapi bas tak masuk dalam..cuma turunkan kat pekan setapak... kami balik rumah jalan kaki.....bila sampai kat rumah...makanan memang dah ada....tak kiralah kerja pagi atau petang..mak mesti masak dulu....lepas berehat sekejap..kami buatlah kerja yang telah di agihkan seperti kalau akak angkat kain...adik kena angkat air dari perigi...kak long kena basuh pinggan ataupun lipat kain baju....kalau tak buat...mesti kena marah dengan abah.

Abah memang suka tanam bunga orkid.....kat keliling rumah banyak betul pokok orkid .....abah yang selalu siram bunga orkid ni bila dia balik kerja...mak kat belakang pakai baju kebaya hitam. Sebelah tu rumah saudara jugak...akak panggil mak ngah noridah...sekarang ni rumah mak ngah noridah dan rumah mak ngah kasmah tu pun dah tak ada lagi.

Masa ni majlis perkawinan anak perempuan wak kusen...rombongan pihak lelaki bersanggah kat rumah akak sebelum pergi ke rumah pengantin perempuan..yang pegang bungga manggar tu adik akak no 3...panggil alan..

Mak bersama-sama saudara dan jiran sekampung...masa kenduri apa..tak ingatlah pulak..yang no 2 dari kiri tulah mak long limah ..isteri pak long dewa yang suruh abah buat rumah kat kg puah dan sebelah kiri tu mak ngah noridah yang buat rumah sebelah rumah akak...


Kadang-kadang kami tiga beradik pergi main dulu lepas balik sekolah...selalunya bila mak kerja pagilah...mak selalu sampai kat rumah dalam pukul 4.00 lebih..habis kerja pukul 3.00 petang.....jadi kami dah tahu masa dia nak sampai...kami buat rumah macam taman permainan...panggil anak-anak jiran..main kawin-kawinlah...yelah budak-budak lagikan....tak pun main kat belakang sungai....mandi manda atau pun cari ikan...masa tu air masih jernih lagi....bila tenguk jam nak dekat pukul 3.00 barulah kelam kabut buat kerja....selalunya lek yang report kat mak atau abah....rumah dia berdepan dengan rumah akak...jadi dia tahulah kelakuan kami...pernah kami bagi ayam makan satu tin biskut lemak....lek report....kena belasahlah kami adik beradik....abah memang garang masa tu...

Abah dengan member dia...masa ni abah dah jadi supervisor...mula-mula jadi peon...

Mak pernah masuk perarakan hari merdeka...mewakili mtc..tk ingatlah tahun berapa ni...mak no 2 dari kanan...seksikan mak masa tu...

amboi panjangnya...nanti akak sambung lagilah....

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...