OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi ayam bbq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi ayam bbq. Papar semua catatan

Khamis, Julai 05, 2012

Makan Cara Omputih-Ayam BBQ Baked Bean Lagi

Ayam bakar lagi sedap bakar dengan arang tapi akak tak rajin nak menghidupkan arang tu..akak cuma masukkan ke dalam oven ajer. Kali ni buat salad sikit.  Beli dalam packed yang siap di JJ...ada salad, cherry tomato dan daun rocket....balik rumah cuma campurkan dengan kuah salad sayur-sayuran.

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 bersih dan toskan
2 inci halia-tumbuk lumat
4 biji bawang putih-tumbuk lumat
1 sudu besar serbuk lada hitam
sedikit garam
1 tin besar baked beans/kacang panggang chap ayam
1 biji bawang holland-hiris bulat
sedikit minyak zaitun/marjerin
baby carrot-optional
2 biji ubi kentang russet-us potatoes-potong 8
1/2 botol honey barbecue sauce jenama kraft

Cara menyediakan
1. Lumur 1/2 botol sos bbq tadi bersama-sama halia dan bawang putih yang telah di tumbuk.
2. Campurkan sekali sedikit garam dan serbuk lada hitam. 
3. Perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap terutama semalaman.
4. Panaskan oven dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200 C. Lenser dulang pembakar dengan minyak zaitun dan letakkan ayam, yang telah di perap diikuti dengan  kentang dan baby carrot.
5. Tuangkan baked bean/kacang panggang kemudian letakkan hirisan bawang holland dan bakar selama 45 minit atau 1 jam (bergantung kepada besar ayam)
6. Selepas 45 minit gunakan api atas saja dan balikkan ayam dan bakar lagi selama 5 minit jika suka. (akak suka ayam hitam sikit camni)
perasan makan cam kat restoran lah pulak

Isnin, Oktober 03, 2011

Ayam Panggang Berserai

Pasal akak nak masuk Bloggers Master Chef yang pertama tu kan, sebenarnya akak sajer nak tenguk dan rasa macam mana pengalaman orang bertanding masak memasak.  Bila tenguk tempat bertanding agak cantik dan selesa akak pun rasa cam nak applylah.  Dapat ker idak tak taulah.  

Ada rezeki adalah tak ada rezeki tak per.  Kalau terpilih masuk pun dah habis, kalah tak per..tak semestinya mak-mak boleh menang kan, kadang-kadang orang muda lagi kreatif.  Yang penting dapat pengalaman dan kenangan masak dengan bloggers.

Mula-mula dulu akak nak masuk, suami macam keberatan nak bagi.  Tu sebab akak tak apply walaupun geng bloggers sibuk suruh akak masuk.  Tapi entah camner hari Sabtu akak cuba tanya balik...tiba-tiba dia bagi keizinan pulak.  Rasa cam nak melompat dibuatnya.  Tapi dengan syarat kena bawa Firdaus/Imran buat peneman.

Bila tanya group pertama yang dah bertanding pada hari Sabtu lepas, mereka kata no resepi..maknanya kena fikir jam tu gak.  Menu utama hari ayam dan adalah rempah ratusnya.

Fuhhh gabra gak rasanya sebab sekarang ni akak kalau masak akak banyak tenguk resepi.  Tentu panik bila kena camtu pastu barangan agak terhad.  Pandai-pandai ajerlah fikir camner nak buat. Macam susah gak rasanya.

Bervangan ajer lebih belum tentu terpilih lagi kan.
Macam ayam panggang berserai ni akak buat kena tenguk resepi sebab jarang buat.  Dulu dah pernah buat sekali, rasa sedap ..dah buntu apa nak masak akak bako ajer ayam ni.  Makan dengan nasi hujan panas ajer.

Akak ambil resepi kat hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • 1 biji lemon-ambil jus
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
  • akak tambah : 1 sudu makan sos tiram
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20 minit jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Jumaat, Julai 01, 2011

Ayam Panggang Madu Kraft

Alahai puas nak fikirkan nama masakan ni. Akak guna sos bbq jenama kraft, pastu tuang baked beans. Bolehlah kot nama camni. Dah banyak kali akak buat ayam panggang camni.

Senang ajer nak buat ayam panggang ni. Semudah A B C.
baru keluar dari oven
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 di basuh dan di toskan.
1/2 botol sos bbq madu kraft-lebih kurang
1 sudu besar mixed herbs
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar minyak zaitun (kalau tak ada guna minyak biasa pun boleh)
lobak-potong panjang
1 biji bawang besar-potong gelang
2 biji ubi kentang-di potong 6 dan di goreng pastu toskan
1 tin kacang panggang (akak suka ayam brand)
sedikit garam

Cara menyediakannya
1. Lumur dulang pembakar dengan minyak zaitun. Masukkan sos kraft, mixed herbs, serbuk lada hitam dan garam ke dalam ayam dan perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
2. Panaskan oven ke suhu 200 C dan masukkan ayam tadi. Setelah 1/2 jam masukkan lobak, bawang besar dan ubi kentang. Siram ayam dengan sos yang keluar.
3. Setelah 10 minit masukkan kacang panggang ratakan. Siram lagi ayam.
4. Gunakan api atas grill lagi ayam selama 5 minit untuk bagi ayam warna keperangan (kalau tak nak tak per)
5. Bolehlah hidangkan bersama-sama makanan selingan.
p/s Anggaran memasak bergantung kepada besar/kecil ayam dan oven masing-masing.
Makanan selingan Soup Campbells
Kentang goreng lada hitam dan coleslaw.(gambar kat atas bersama ayam)

Isnin, April 11, 2011

Resepi Ayam Panggang Hickory Smoke


 ayam mahal..semua akak bakar
Dulu buat ayam panggang ni guna brand yang sama tapi guna honey.  Gi cari kat Giant tak jumpa , yang ada cuma hickory dickory..terus buat ajerlah guna yang ini.
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 dan bersihkan.  Tos.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya-dalam 1/2 botol
2-3 sudu makan madu
1 tin kacang panggang 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit mentega
2 biji kentang-potong lebar
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 batang lobak merah-potong kecil
Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih, serbuk lada hitam dan halia ke seluruhan badan.
2.  Campurkan  sos kraft dengan madu dan lumur pada ayam.  Masukkan ke dalam peti sejuk.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 180-200C,(bergantung pada oven) masukkan mentega, lobak merah, bawang dan kentang di celah-celah ayam dan masukkan ayam ke dalam oven guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  balikkan ayam,  sapu lagi sos dan tuangkan kacang panggang  dan biarkan 20 minit lagi.
6.  Kalau suka  gunakan api atas dan biarkan ayam garing sikit , sapu sos dan keluarkan dari oven,
7.  Hidangkan panas-panas. 
 Buat garlic breads, kentang goreng dan sup campbell.

Sabtu, Januari 08, 2011

Ayam BBQ Lagi

Cam biasa setiap minggu buat resepi camni. Selalunya hari Jumaat. Kali ni akak letak mentega sikit. Rempah bbq ni akak beli kat Pasar Tani Taman Melawati.
Macam biasa akak suka jenama kacang panggang yang ni..yang lain kuranglah..
yang ni mestilah ada
nampak sedap tak? kalau nak tahu resepi..klik kat label ayam yer. Tak rajinlah pulak..gambar ni dah ambil lama..sebab banyak sangat gambar kat folder boleh tak perasan kat mana.

Sabtu, Disember 04, 2010

Resepi Ayam Barbecue


Buat untuk makan malam hari jumaat lepas...senang ajer nak membuatnya. Semudah A, B, C. Jom kita tenguk camner nak membuatnya.
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong empat
2 inci halia-tumbuk lumat
4 biji bawang putih-tumbuk lumat
1 sudu besar serbuk lada hitam
sedikit garam
1 tin besar baked beans/kacang panggang chap ayam
1 biji lemon-hiris lebar
1 biji bawang holland-hiris bulat
sedikit minyak zaitun/marjerin


Cara menyediakan
1. Lumur 1/2 botol sos bbq tadi bersama-sama halia dan bawang putih yang telah di tumbuk.
2. Campurkan sekali sedikit garam dan serbuk lada hitam. Perahkan jus lemon dan masukkan sekali kulit lemon sekali kedalam ayam.
3. Perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap terutama semalaman.
4. Panaskan oven dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200 C. Lenser dulang pembakar dengan minyak zaitun dan letakkan ayam yang telah di perap.
5. Tuangkan baked bean/kacang panggang kemudian letakkan hirisan bawang holland dan bakar selama 45 minit atau 1 jam (bergantung kepada besar ayam)
6. Selepas 45 minit gunakan api atas saja dan balikkan ayam dan bakar lagi selama 5 minit jika suka. (akak suka ayam hitam sikit camni)


Coleslaw

Bahan-bahan
  • 1 batang karot - sagat atau racik halus
  • 1/2 kobis -racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sudu besar air sejuk
  • 1 sudu makan gula-optional
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-
Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.

Beli kentang dinginbeku dan goreng ajer dengan minyak panas.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...