Dulu pernah buat sekali mee kungfu ni tapi dah lama. Akak buat hari Ahad lepas sebab siangnya dah kenyang makan umah orang kawin. Malas nak masak susah-susah
Bahan A
- 500 gm mee kuning
- 5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
- 100 gm udang basah -buangkan kulit pun boleh.tak buang pun boleh
- 2 kepingan dada ayam -hiris kecil
- 1 biji panjang fish cake potong nipis
- 6 biji fish ball-potong nipis-akak tambah
- 5 ulas bawang putih -dicincang-akak tumbuk
- 100 gm sawi cina-potong kecil
- 100 gm bunga kobis -dipotong kecil
- 100 gm carrot -potong kecil dan memanjang
- 5 tangkai jagung kecil-hiris serong
- 2 sudu besar minyak masak-akak guna minyak jagung
- 2 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
- 3 cawan air
- 1 kiub ayam
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar lada sulah
- 1 sudu besar kicap cair & serbuk lada hitam-akak tambah
- garam
- minyak secukupnya
- sayur dan bahan boleh di tukar ikut stok yang ada kat dalam umah
Cara-cara
1. Ambil sedikit mee dan masukkan ke dalam sebiji telur yang telah di pukul.Goreng dengan sedikit minyak cam telur dadar.
2. Rebus 3 cawan air dengan 2 keping dada ayam. Campurkan dengan 1 kiub ayam. Biarkan mendidih. Tutup api.
3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, fish cake dan fishball.
4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, kicap cair, baby corn dan carrot.
5. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan sawi cina dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Tuang kuah ke atas mee yang telah di goreng dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.
Akak sekeluarga suka makan dengan sambal kicap..al maklumlah ada keturunan Jawa.
5. Campurkan sawi cina dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Tuang kuah ke atas mee yang telah di goreng dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.
Akak sekeluarga suka makan dengan sambal kicap..al maklumlah ada keturunan Jawa.


isss hampagas betullah..tadi akak sajer google search imej sambal ikan keli. ada 2 blog yang ambil gambar kat blog akak. seorang tu tak perlah dia kata ambil gambar dari google tapi yang blog lagi satu tu siap edit dan tulis nama blog dia..geram tullah.
Sebagai ketua tali barut akak di jemput oleh talibaruts eyriqazz gi ke rumah dia nak sambut harijadi anak kecil beliau alisya. Sampai ajer dah ada tetamu yang hadir. Orang pempuan kalau dah jumpa mestilah bergossip.
Akhirnya setelah sapa menyapa di blog sahaja, dapat gak bertentang mata dengan mamazharfan.
Nasib baiklah dia ni peramah dan suka pot pet macam akak. Lama gak borak dengan dia sebab tak ada orang lain yang sampai lagi. Akak bagi hadiah kukis sebab beliau pernah menang contest di blog akak dahulu. Kena tunggu dia balik setelah habis belajarbaru boleh bagi. Takkan nak pos jejauh kat uk.
Beruntung Alisya dapat 3 kek sekaligus. Sedap-sedap pulak tu..Gto agak pendiam sebab baru cabut gigi bongsu.
Mama yang ceria bersama 2 anak lelaki dan manager akak
Selamat ulangtahun Alisya, semuga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Imran tukang sibuk duduk depan.
kameraman dan kamerawomen sibuk sungguh nak snap
first time dapat tempahan buat puding..puding roti akak buat, puding caramel Ira buat (duit upah bagi kat dia)..entah sedap entah idak tak taulah.
Suka tenguk cup cake fondant ni hasil tangan azura,..salah seorang penaja contest akak dulu cantik sungguh.
ummmmmmmm cedapnyaaaaaa..ewah mama punya harijadi ker ...alisya punya...kemain mama alisya menyuap cupcake ke dalam mulut
suka tenguk gelagat anak tali barut Hasanah aka Yana (teringat Yana masa kecik) anak Matjoe dan Alisya..kek yang telah di korbankan dan dah masuk ke dalam perut orang yang hadir.
Tali baruts yang setia Daydeck dan Matjoe yang tak ingat nak balik-balik sebab ashik makan bihun dan nasi dagang. Bila dah pukul 5.00..jom daydeck kita pulang..lama kau duk umah tali barut ni..dekat 4 jam..fuhhhh
Jumpa gak dengan Bella Enveus bersama teman dia.
jejai pakwe Fasha Sandha aka jai..dalam pukul 5.00 baru Bean Moreno datang bersama wife dia. Terima kasih buat Azwa sebab bagi bekal bawa balik nasi dagang, gulai ayam dan ikan tongkol (serius sedap)
Mak ...Imran nak celebrate birthday tahun depan tahun tau...hermmmm...tenguk budget ek anakku(cilok gambar dari fb http://www.daydeck86.com/)
p/s ada lagi rupanya blogger yang datang selepas akak balik, tak ada rezeki nak jumpa

Kalau tak rajin masak akak masak kicap. Ala semua orang tau nak masak kicap kan. Tak perlah..akak tepek resepi ni supaya anak akak senang nak masak di kemudian hari.
Bahan-bahan
- 500gm daging batang pinang/daging lembut-hiris tipis
- 2 biji ubi kentang-hiris lebar dan goreng
- 4 biji bawang putih-tumbuk
- 1/2 sudu teh lada hitam-tumbuk
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 labu bawang besar-hiris bulat
- 1/2 cawan kicap manis-akak guna chap kipas udang-nak lebih tambah lagi
- 1 biji cili hidup-hiris serong
- sedikit air
- minyak dan garam secukupnya
Cara-caranya
1. Panaskan minyak, goreng ubi kentang sehingga perang dan toskan.
2. Perlahankan api, tinggalkan sedikit minyak, tumis bawang putih dan lada hitam sehingga wangi, baru masukkan cili kisar.
3. Biarkan cili masak baru masukkan daging, kacau dan biarkan sekejap.
4. Masukkan kicap dan gaul rata dan masukkan sedikit air dan biar sehingga daging empuk.
5. Bila daging dah empuk masukkan sedikit garam, hirisan bawang besar, ubi kentang goreng dan cili merah.
6. Biarkan sekejap baru di angkat. Makan bersama nasi panas

Bila keluar dari rumah ternampak polis ni, suami pun panggil , nak ambil gambar buat kenangan. Dengan senang hati polis ni bergambar dengan kami.
Kami ke Bridge, tempat shopping yang popular di sini. Beli sedikit cenderahati untuk anak-anak.
Beli barang makanan di Tesco, anak yang tau halal ker idak benda yang akak beli. Cheese memang murah kat sini.
tekak mengada-gada nak makan sup bihun, harga satu paket kecik untuk 2 orang makan yang dah di rendam 1 pound kat tesco.
Balik dari beli bihun tu akak buatlah bihun sup. Bihun paling mahal yang akak pernah buat.
Kat Primark tempat shopping yang popolur di UK..jaket ni 10 pound ajer kat sini
Ingat nak beli untuk anak tapi tak jadi...takut anak tak kenan, al maklumlah anak sekarang, kang kita beli dia tak nak pakai. Buat sakit hati ajer duit habis camtu.
Ke Stadium Sunderland
apa lagi beli jersey sunderland..tapi sayang tak ada saiz kecil untuk hb, beli untuk Daus dan adik ipar.
Ada gak sup punjut adabi kat sini. Akak ke e kedai orang Pakistan beli daging kambing, sajer nak masak jamu member anak. Kat sini gak akak beli berkotak-kotak rempah Shan sebab murah 1/2 kali dari kat pasaraya di Malaysia
Lepas hantar kereta sewa, kami naik bas ajer ke mana-mana. Bila bas tiba, mereka suruh kami naik dulu sebab tangan penuh dengan beg, walaupun mereka dah tua. Yang tak seronok dalam bas mereka bawa anjing..puaslah gak nak mengelak.
Seronok tenguk kenderaan tak banyak di jalanraya. Tak ada sampah bertaburan sebab ibubapa memang ajar anak-anak buang sampah dalam tong, kalau tak jumpa tong sampah, mereka suruh anak mereka masukkan sampah dalam poket ataupun beg. Bila jumpa tong sampah di keluarkan semuanya dan buang. Bagus sungguh cara ibubapa didik anak mereka.
Kami pegi hari Sabtu jadi ramai sungguh ibubpa bawak anak-anak berjalan-jalan. Orang-orang tua kat sini pun suka keluar berjalan, kalau couple siap pegang tangan lagi, romantik sungguh.
Anak-anak remaja bermain-main di tepi jalan. Tak takut pun macam kat sini. Kalau kat sini tentu penuh dengan pendatang asing bila hari Sabtu, sampai nak bawa anak keluar pun rasa risau terutama di KLCC.
Jadual pengangkutan awam kat sini memang efisen. Kalau lambat pun mungkin dalam 1-2 minit ajer. Kalaulah kat sini macamtu tentu ramai yang gunakan pengangkutan awam.
ke kedai satu pound, kami banyak beli coklat kat sini..murah dari harga di airport.
Hari Ahad kami ke car boot sales naik kereta kawan anak akak. Besar gak tempat jualan ni. Ikut tips dari member anak, kena grab kalau berkenan, kalau idak melepas. Yang banyak barang mainan kanak-kanak, puas hati kalau beli sebab barangan yang di jual masih bagus.
Kat sini akak beli pinggan mangkuk, dan mainan Imran. Ada yang akak beli 1 pound, 2 pound dan paling mahal pun set pinggan mangkuk yang berharga 5 pound. Ikut hati nak borong pinggan mangkuk tapi bila fikirkan susah nak angkut balik terpaksalah redha ajer.
Kat sini baru akak jumpa udang segar, harga lebih kurang sama kat Malaysia. Ada kepah, ikan salmon tapi tak beli sebab dah nak gerak ke London. Bila nak packed barang akak pinjam beg anak yang besar sekali.
Penuh weiii sampai suami kata lepas ni tak leh buka beg tu lagi. Bila tenguk beg yang dah beranak tu rasa risau gak nak gi ke London nak bawa naik bas nanti. Lagi satu yang buat akak risau takut terlebih muatan masa kat kat airport. Suami kata..rilex aaa
Penuh weiii sampai suami kata lepas ni tak leh buka beg tu lagi. Bila tenguk beg yang dah beranak tu rasa risau gak nak gi ke London nak bawa naik bas nanti. Lagi satu yang buat akak risau takut terlebih muatan masa kat kat airport. Suami kata..rilex aaa

Heboh member twiter bagi tau google dah update pagerank. Akak apa lagi teruslah check.
Alhamdulliah syukur pagerank akak 4/10. Dulu masa baru tukar ke domain tahun lepas memang 0/10. Minggu lepas check masih lagi 3/10.
Alhamdulliah syukur pagerank akak 4/10. Dulu masa baru tukar ke domain tahun lepas memang 0/10. Minggu lepas check masih lagi 3/10.
Jomlah check PageRank masing-masing kat SINI
Info mengenai Page Rank
Bagaimana Page Rank ditentukan?
Google mempunyai kaedah sendiri dalam menentukan Page Rank sesebuah blog/web. Tiada penjelasan yang terperinci mengenai perkara tersebut. Tapi berdasarkan sedikit penerangan pakar (termasuk daripada pihak Google sendiri), terdapat beberapa artibut yang mungkin boleh mempengaruhi dalam menentukan Page Rank sesebuah laman, antaranya penggunaan Meta Keywords, Meta Description, inbound link, Link populariti dan beberapa teknik lain.
Bagaimanapun semua itu hanyalah sebagai pelengkap kerana paling penting adalah penekanan pada kandungan yang unik dan berkualiti. Cara menentukan kandungan unik dan berkualiti ini terpulang pada persepsi masing-masing.
Bila Page Rank akan dikemaskini?
Berdasarkan pengalaman-pengalaman sebelum ini dan juga hasil rujukan daripada catatan terdahulu, Google biasanya mengemaskini Page Rank keseluruhan laman (homepage) dalam tempoh tiga bulan sekali. Kemaskini itu mungkin secara besar-besaran (major update) yang melibatkan semua web atau hanya sebahagian web sahaja (minor update).
Misalnya, pada tahun ini, Google telah membuat major update pada bulan Mac-AprilJun-Julai. Bagaimanapun, harus diketahui bahawa Page Rank sesebuah laman sebenarnya dikemaskini dari semasa ke semasa. Mungkin setiap hari. Dan setiap halaman di blog mempunyai Page Rank masing-masing. Terdapat beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk memeriksa Page Rank setiap halaman, antaranya Smart Page Rank, Live Page RankMarket Samurai. dan minor update pada bulan atau boleh juga menggunakan perisian lain seperti
Kepentingan PageRank
Antara kepentingan PageRank yang aku tahu setakat ni ialah:
- Index Google akan bermula dari laman yang mempunyai PageRank yang tinggi dan berakhir dengan laman yang mempunyai PageRank rendah. Itulah sebabnya suatu masa dahulu, semua orang tergila-gilakan untuk meng-submit URL laman web mereka ke direktori web yang mempunyai PageRank yang tinggi supaya laman web mereka diindex secepat mungkin. Namun begitu, langkah ini tidak lagi memberi sebarang efek dengan pengenalan cara baru Google meng-index laman web: caffeine
- Di dalam Search Engine Results Page (SERP), nilai PageRank akan diambil kira untuk menentukan kedudukan laman tersebut dalam senarai hasil carian untuk sesuatu kata kunci. Laman yang mempunyai Pagerank tinggi cenderung untuk disenaraikan di muka pertama berbanding laman lain yang mempunyai PageRank rendah. Pada kebiasaanya, laman yang tersenarai di muka pertama SERP akan mendapat nikmat trafik yang kadangkala melimpah ruah
Peringkat PageRank
Beberapa peringkat PageRank yang ada:- PageRank 0-3 = Low – Average
- PageRank 4-6 = Above average – High
- PageRank 7-10 = Big – The best

Dah makan tengahari ker belum? Tadi masa blog walking ada yang tunjukkan baby Jimmy Shanley tu, memang cute. Semuga papa dan mama mereka berdamai selepas ini.
Ambil resepi wantan goreng dari facebook chostick diner. Sedap di makan bila keluar dari kuali. Imran ngapp berulang kali.
Ambil resepi wantan goreng dari facebook chostick diner. Sedap di makan bila keluar dari kuali. Imran ngapp berulang kali.
Bahan-bahan
Kulit wantan secukupnya-beli kat pasaraya
500gm daging kisar
200gm udang -potong dadu/kecil
1 spring onion-hiris halus
1 biji telur putih-pukul sekejap
2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng
Cara menyediakannya
1. Campurkan semua bahan kedalam mangkuk dan perap sebentar.
2. Ambil sekeping kulit wantan dan isikan dengan 1 sudu teh isi wantan dan gunakan air untuk melekatkan hujung kulit wantan. Atur diatas dulang. Buat lagi sehingga kesemua inti wantan habis digunakan.
3. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Bila minyak telah panas, boleh masukkan wantan yang telah disediakan dan goring sehingga ia kekuningan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili. Akak hiriskan timun sekali.
3. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Bila minyak telah panas, boleh masukkan wantan yang telah disediakan dan goring sehingga ia kekuningan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili. Akak hiriskan timun sekali.

Terima kasih buat staff tempat kerja hb yang sempat ambil video ni.
Memang best tau rapids shooting kat sini. Habis lencun dan basah kuyup semua dalam 3 buah bot panjang tu.
Akak yang bertudung ungu terselamat kerana pilih bot ke empat sebab jaga kamera dan hp. Ada lagi dalam 12 orang tak nak basah. Walaupun begitu mereka curah gak air kat bot kami. Basahlah tang bawah ajer.

Oleh kerana akak happy sebab blog akak dah berubah rupa akak nak buat GA lah. Mula-mula kak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Hisyam dari blog http://hisyamjourney.blogspot.com/ yang sudi membuang masa membuat perubahan di blog akak ni.
Senang ajer nak sertai GA ni, bagilah komen tentang wajah baru blog akak, tak kiralah positif ataupun negatif. Kalau negatif hisyam akan godek lagi blog akak. Pemenang yang memberikan komen terbaik akan di dipilih oleh pengodek blog akak iaitu Hisyam.
Hadiahnya ialah
1. Satu fm dari Taman Negara dan topup RM10.00
2. Akak akan terjah blog anda
2. Akak akan terjah blog anda
3. CD Ori Dewi Sandra penyanyi Indonesia
Senang ajer..jomlah sertai GA yang mudah ni. Tarikh tutup pada atau 12.00 tengahmalam ... 28hb. Jun 2011
Senang ajer..jomlah sertai GA yang mudah ni. Tarikh tutup pada atau 12.00 tengahmalam ... 28hb. Jun 2011

Imran kasi sempena hari bapa hari Ahad lepas. Terharu ayah dia dibuatnya.

Hari yang sibuk..dari pagi akak sibuk bersilat kat dapur sebab menyiapkan 2 jenis puding yang di order oleh Eyriqazz untuk majlis harijadi anak beliau Allisya dan masak nasi lemak untuk keluarga.
Akak buat puding roti, Ira buat puding caramel. Dah pernah buat puding ni. Sedap tau. Resepi asal dari Hana.
Bahan-bahan
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 8gram serbuk agar-agar
- 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
- 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)-akak guna coklat emulco
- Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
- Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat-cepat.
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding@agar-agar nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Akak nak cerita tentang pelajaran anak akak, mungkin orang lain ada pengalaman masig-masing.
Hari ni kena gi ambil report card kedua-dua anak akak. Seorang kat Gombak dan seorang lagi kat Rawang. Kena keluar awal, nasib baik akak orang pertama yang sampai kat kelas Imran di tingkat 4.
Fuhh semput gak nak naik tangga setinggi tu. Bayangkan anak-anak yang membawa beg seberat 4-5 kilo yang naik tangga setiap hari.
Hari ni kena gi ambil report card kedua-dua anak akak. Seorang kat Gombak dan seorang lagi kat Rawang. Kena keluar awal, nasib baik akak orang pertama yang sampai kat kelas Imran di tingkat 4.
Fuhh semput gak nak naik tangga setinggi tu. Bayangkan anak-anak yang membawa beg seberat 4-5 kilo yang naik tangga setiap hari.
Kata cikgu Imran...
Imran ni belajar main-main..tak serius..dia ingat dia masih lagi di tahap satu.
Tangan akak pun berjalan jadi ketam..akak cubit peha dia..
Imran ni banyak mulut...suka bercakap (erhmm mcm mak dia ek)
Lagi sekali ketam berjalan..
Imran bila ada geng suka main-main..
Lagi sekali kena cubit...Imran dah berbunyi..mak sakitlah
Pelajaran agama dan akademik seimbang. Tapi kena lebih berusaha.
Alhamdulliah...nasib baik subek tak ada yang merah.
Kecian gak sebab subjek agama dan akademik ada 23 yang perlu dia ingat...
tauhid, feqah, sirah, akhlak, bahasa arab, jawi, al quran , imlak..
Alhamdulliah...nasib baik subek tak ada yang merah.
Kecian gak sebab subjek agama dan akademik ada 23 yang perlu dia ingat...
tauhid, feqah, sirah, akhlak, bahasa arab, jawi, al quran , imlak..
Tak per cikgu, cikgu pukul dia dan cili mulut dia. Saya tak marah. (Dalam hati dah berkata..nak kena dia ni)
Mulut akak pot pet pot pet kat Imran bagi nasihat..camtu ....camni. Lebih kurang macam abang-abang dia masa sekolah rendah. Bila dah sekolah menengah baru sedar.
Rempit pulak ke sekolah Ira dekat Rawang..
Wah bila tenguk result, sejuk sikit hati. Tapi bila tenguk kedudukan dalam kelas memanglah banyak tapi akak tak kisah. Akak lebih pentingkan gred yang dia dapat dan dah tentulah subjek kegemaran beliau Math, dia dapat A.
Bangga gak bila cikgu puji dia. Macam biasa Ira ni kalau subjek Arab dan Al Quran memang dapat A. Lehlah jadi ustazah. (Mak dia yang berangan lebih)
Bangga gak bila cikgu puji dia. Macam biasa Ira ni kalau subjek Arab dan Al Quran memang dapat A. Lehlah jadi ustazah. (Mak dia yang berangan lebih)
Alhamdulliah...jika anak dah berusaha tapi tak dapat score kita nak marah lagi ker? Takut lak kalau marah-marah nanti dia tension.
Memang camtulah perbezaan anak lelaki dan perempuan akak. Kalau sape yang dapat anak lelaki suka baca buku dan pandai, memang sejuk perut ibu mengandung.
Ibubapa mana yang tak nak semua anak berjaya dalam pelajaran. Akak cuma doakan semuga anak-anak akak berjaya di dunia dan akhirat. Jangan buat perangai tak senonoh udahlah.

Tangkap ikan kat kolam Pak Andak
Ikan di tangkap di masuk ke dalam kolah
Ikan keli berlado kegemaran anak-anak
Kalau nak tau rasanya cubalah
Ikan yang paling murah di pasaran setakat ni. Tapi kalau nak beli kena beli tempat yang di percayai dan tidak banyak lemak. Kalau banyak lemak di goreng meletup-letup sampai terpercik minyak kat lantai dan dinding.
Bahan-bahan
1 kilo ikan keli
1 kilo ikan keli
20 biji cili hidup#
5-10 cili api#
8 biji bawang kecil *
6 biji bawang putih *
1/2 biji bawang besar *
3 biji limau kasturi - ambil jus
garam dan gula
minyak
kisar atau tumbuk bahan bertanda * dan # berasingan
Cara-caranya
Cara-caranya
- Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis/limau kasturi dan daun limau purut/asam jawa untuk hilangkan hanyir
- Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan(klu tak nak meletup campakkan 2-3 asam keping sebelum masuk ikan)
- Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah bawang kisar dan naik bau baru masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili tadi masak/naik minyak.
- Masukkan garam dan gula secukupnya.
- Biarkan sehingga agak kering dengan api perlahan.
- Padam api dan masukkan jus limau kasturi (ikut kemasaman yang di ingini) dan kacau.
- Tuang di atas ikan keli tadi. Cepat makan dengan nasi panas.

Amboi manager akak ni..kelaparan ker..
Aaron Aziz, isteri dan anak-anak. Anak kecik dia tak ada kat atas pentas,mungkin meragam sebab panas kat situ. Bukan dia sajer yang meragam, ramai lagi baby yang rimas disebabkan tempat tu tak selesa.
Habis ajer games, sape yang nak tandatangan Aaron kena beratur, fuhhh panjang sungguh barisan dek penangan nak jumpa dengan Seth Tan ni. Akak suruh Imran beratur tapi disebnabkan dia budak kecik, ramai pulak yang potong barisan.
Yang buat geram dahlah penat beratur tiba-tiba sessi tu di tamatkan..penat ajer buang masa ek. Tak kuasa akak nak beratur balik bila sessi petang. Baik akak gi makan.
Jumpa tali baruts akak Eyriqazz aka Mat Tiger, Hazman dan ahli barut yang baru sain borang Kid
Pastu DJ DJ dari Sinar FM pula naik kepentas..sebelum tu akak ambil kesempatan bergambar dengan Khairil Rashid
Salih Yaacob aka Mak Neng aka Abang Jem baru datang..terlambat sebab banyak urusan yer Abang Jem.
Mai jap abang jem, nak tenguk hidung jap..erhmmm nasib baik tak tertarik ...kalau idak..nahas kau..nanti akak tertarik akak suruh Yana pulak kawin dengan abang Jem..ish mana boleh dah cukup kuota
Sibuk ajer budak-budak ni..tak kasi can mak dia.
Imran sibuk nak naik benda ni
Imran naik lagi ke pentas bersama-sama anak Redmummy..putarrrrrrrr
















