OOO

Memaparkan catatan dengan label Lain-lain masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain-lain masakan. Papar semua catatan

Sabtu, September 07, 2013

Resepi Wantan Goreng Sedap

Assalammualaikum semua
Dah sarapan ker belum?  Hari ni akak tak yah buat sarap sebab nak gi umah kakak long akak yang akan menerima menantu buat pertama kalinya.  Hari ni cuma majlis nikah sahaja, insyallah bulan November nanti baru di buat majlisnya.


Selain dari Sop Dumpling Daging dan Wanton Goreng Sedap (ada yang panggil wantan..ada yang panggil wanton)
akak suka gak buat wantan goreng versi camni.

Bahan-bahan
1 bungkus kulit Wantan (Boleh di beli dipasaraya)

Inti Wantan 

300gm  isi daging ayam (kisar/cincang)
250gram udang basah (kisar/cincang)
1/2  biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
Sedikit lobak merah di potong dadu
Daun sup/daun bawang (diracik)  
Sedikit serbuk lada
1 biji telur putih
Secubit serbuk lada sulah
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Caranya
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati.
  2. Perapkan selama 1/2 jam. 
  3. Balut 1 sudu kecil campuran ke dalam kulit wantan.
  4. Letakkan air sekeliling kulit wantan, punjutkan tekan sehingga melekat.
  5. Kemudian goreng dengan api sederhana besar sehingga kekuningan. 
  6. Angkat, sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, Oktober 14, 2011

Sambal Telur Pecah(Taklah Susah Cam Buat Poco-Poco Egg Kat Blogger #MasterChefMY)

Kalau ada event belah tengahari dan sampai umah petang, akak selalu masak simple ajer.  Tak dan nak masak yang leceh sebab selalu suami akak balik kerja dalam pukul 7.00 malam dan terus nak makan malam.

Inilah yang selalu akak buat pastu buat sup sayur sebab suami akak nak gak makan kat umah.  Kalau boleh masak walaupun simple..kadang-kadang akak belasah masak sardin ajer.

Bahan-bahannya
3 biji telur
6-8 sudu makan cili kisar
6 biji bawang kecil* tumbuk
4 biji bawang putih*
sedikit air asam jawa
garam dan minyak secukupnya.

Cara-caranya
1.  Panaskan minyak dan tumis  bahan tumbuk dengan api sederhana sehingga naik baunya.  Masukkan pula cili kisar bersama garam dan biarkan cili naik minyak.
2.  Masukkan sedikit air asam jawa dan pecahkan telur satu demi satu dalam sambal dan kacau sehingga telur hancur.
3.  Biarkan sebentar dan rasa dulu sebelum di padam api.
Masak sambal telur ni taklah macam nak buat telur poco-poco (pouched egg) masa akak masuk pertandingan Blogger MasterChef.  Nak buat telur poco-poco tu kena ada skill dan time yang tertentu. Kalau korang tak percaya cubalah korang buat..akak yang selalu masak pun boleh fail lah masa telur pertama dan ke dua.

Rasanya masakan dari peserta MasterChef Malaysia lagi hebat kot.  Kenalah tonton siaran MasterChefMalaysia nanti di Astro Ria Saluran 104 pukul 9.00 malam. 

Program title – MasterChef Malaysia
  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)

War-warkan ek kat geng blogger, sanak saudara dan rakan-rakan yer

Rabu, Julai 20, 2011

Resepi Pasembor Kodiang

Anak akak Yana nak makan sangat mee rojak, dia kata dia terliur masa tenguk akak buat dulu. Jadi akak kerahkan dia tolong akak buat. Kali ni akak ambil resepi dari blog Encik Mat Gebu , dia pula ambil resepi ni ,hasil ilham "Norzailina Nordin" dalam buku masakan "Variasi Masakan Utara".

Kalau ikut resepi tak ada mee tapi akak celur gak mee sebab nak bagi anak rasa camner rojak mee. Tak kisahlah kan, kita yang buat, suka hatilah nak letak apa pun. Taugeh tak nampak sebab akak celur bersama mee. Tak sempat nak ambil gambar sepenuhnya sebab semua serbu makan dan tinggal sedikit ajer.

Akak memang tak pernah mejejakkan kaki ke Kodiang ni..nantilah kalau panjang umur dan murah rezeki bolehlah pegi..sape orang kodiang..bolehlah bagitau apa yang best kat Kodiang ek.

BAHAN KUAH :-)
200 g ubi kentang*
300 g ubi keledek*(*rebus empuk dan lecek halus)
200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
70 g bawang besar*
20 g bawang putih*(*kisar halus)
50 g gula merah (mat guna gula melaka)
3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
60 ml jus asam jawa
1/2 liter air
60 ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
akak tambah : segenggam udang kering direndam 10 minit dan kisar bersama bawang
BAHAN LAIN :-)
200 g timun, potong halus
200 g sengkuang, kupas dan potong halus-tak letak
200 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
2 keping tauhu, goreng dan hiris
sebungkus mee-di celur sekejap
2 - 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)
BAHAN CUCUR UDANG :-)
100 g tepung gandum
1/2 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar
Garam secukup rasa
Beberapa ekor udang (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.
  2. UNTUK CUCUR UDANG :- Bancuh semua bahan2 untuk cucur udang, kecuali "udang". Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.
  3. UNTUK PASEMBOR KODIANG :- Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya. Hidangkan segera...Mat rasa kan, resipi untuk kuah tu akan menghasilkan kuah yang agak banyak. Jadi boleh gandakan bahan2
Sibuklah anak akak suruh tulis ni pasal review handphone Sony tu
P/s: Nie semua 10000% hasil idea aku, so jangan cakap yang aku telah mengekploitasi mak aku untuk membuat review ini..harap maklum...
Peace No Heart Feeling...

Iklan menarik

From RM53/month, you can get the most affordable iPhone 4 with DiGi. Get yours today!

Rabu, Julai 06, 2011

Bamboo Lala aka Pepahat Goreng Bercili

Ada yang panggil bamboo lala sebab bentuk macam buluh kan. Ada gak yang panggil pepahat.
Kali ni akak gunakan resepi dari http://arena184.blogspot.com. Tapi belacan akak tak letak aaaaaa, sebab hb tak suka ada belacan. Tu sebab kat umah ni akak malas nak buat sambal belacan. Penat ajer menumbuk, sampai mata pedih termasuk cili tapi tak ada orang nak menjamahnya.

Yang makan cuma akak dan hb, Daus dan Imran kata....eiiiii geli lah macam ulat..

Bahan-bahan:
  • 1kg pepahat - cuci bersih
  • 2-3 batang serai - diketuk
  • 5 biji bawang merah kecik - tumbuk
  • 2-3 biji bawang putih - tumbuk
  • 3-4 sudu besar cili boh
  • Belacan sebesar ibu jari - tumbuk-tak letak
  • Beberapa sudu sos tiram
  • Beberapa sudu sos cili
  • 6-7 helai daun limau purut - hiris-tak letak
  • Garam dan gula-akak tak letak gula
akak tambah-1 biji bawang besar di potong bulat
dan sedikit halia di tumbuk


Cara-cara:
  1. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis serai serta bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili boh. Masak lagi hingga naik minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Tak perlu masuk air sebab pepahat akan mengeluarkan air nanti.
  3. Masukkan pepahat dan gaul rata. Bila pepahat masak, masukkan hirisan daun limau purut (tukar ke bawang besar) dan tutup api. Hidangkan.

Isnin, Jun 27, 2011

Resepi Wantan Goreng

Dah makan tengahari ker belum? Tadi masa blog walking ada yang tunjukkan baby Jimmy Shanley tu, memang cute. Semuga papa dan mama mereka berdamai selepas ini.

Ambil resepi wantan goreng dari facebook chostick diner. Sedap di makan bila keluar dari kuali. Imran ngapp berulang kali.

Bahan-bahan
Kulit wantan secukupnya-beli kat pasaraya
500gm daging kisar
200gm udang -potong dadu/kecil
1 spring onion-hiris halus
1 biji telur putih-pukul sekejap
2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya
1. Campurkan semua bahan kedalam mangkuk dan perap sebentar.
2. Ambil sekeping kulit wantan dan isikan dengan 1 sudu teh isi wantan dan gunakan air untuk melekatkan hujung kulit wantan. Atur diatas dulang. Buat lagi sehingga kesemua inti wantan habis digunakan.
3. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Bila minyak telah panas, boleh masukkan wantan yang telah disediakan dan goring sehingga ia kekuningan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili. Akak hiriskan timun sekali.

Jumaat, April 29, 2011

Resepi Masak Lemak Pucuk Manis


Kalau tangan sejuk nak tanam pucuk manis ni senang ajer..cucuk ajer batang kat tanah.  Tumbuhlah dia..tenguk gak tanah camner kan.  Dulu abah sehat dia rajin tanam pucuk manis ni.  Sekarang abah tak berapa sehat.  

Kalau nak makan pucuk manis kena beli.  Selalu beli kat Pasar Tani.  Kalau masak lemak memang letak keledek.  Tak taulah kenapa, akak follow stail mak akak masak.  Kalau ada sambal tumis udang dengan petai ataupun sambil tumis ikan bilis..fuhhh sedapnya makan..pastu ada pulak ikan masin. Perghhhh..

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk manis (RM1.50)-ambil daunnya sahaja
1 biji keledek-(akak guna warna purple) potong dadu dan rebus sebentar dan toskan
1 sudu besar ikan bilis
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
garam secukupnya

Cara-cara:
1. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama santan cair dan kacau sehingga mendidih.
3. Bila mendidih masukkan pula santan pekat bersama keledek dan garam.
4. Didihkan sekali lagi  baru masukkan daun pucuk manis dan setelah masak rasa dulu baru di tutup api dan hidangkan.

Rabu, Mac 30, 2011

Resepi Apam Comel ...tapi tak comellah

Apam Comel Inti Kelapa aka Apam Blossom dari lily my resipi com. Kenapa akak punya apam tak comel? Sebab akak buh dalam bekas muffins..bekas kecik/mangkuk kertas tak ada. Patutnya inti kelapa tapi akak buh inti blueberry sebab malas nak buat. Dulu pernah buat sekali buh inti kelapa.

Ada gak yang panggil apam blossom dot dot..tapi akak punya dot dot tak berapa jadi. Tak kisahlah jadi tak jadi janji sodap. Ada gak member buat bisnes jual apam ni.

Bahan-bahan

  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tepung kek
  • 220 gm gula halus-memang kena kurangkan sebab manis
  • 150gm susu segar/UHT
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
Inti Kelapa
  • kelapa parut
  • gula merah
  • 1 sudu teh tepung jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • 2 helai daun pandan-pintal
akak letak blueberry jem
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  2. Pukul dengan menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 minit.
  3. Bahagikan kepada beberapa mangkuk dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
  5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan. Masukkan inti kelapa.
  6. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 minit.
  8. Utk Inti Kelapa: Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
  9. Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.
  10. Notes2: Acuan yg biasa i guna ialah acuan lompang & aluminium...kalo boleh, size paper cups sesuaikan ngan acuan.(guna bekas muffin ajer)

Jumaat, Mac 25, 2011

Aiseyman...resepi lempeng pun nak letak gak ker?

 
Memang kena letak sebab nak buat rujukan bagi anak akak.  Mereka manalah tau nak buat lempeng ni sebab ashik makan burger, hot dog dan nuggets. Kang bila dapat jodoh suami/isteri yang suka makan macam ni taklah sibuk nak call akak.  Itu pun jika umur akan panjang..insyallah. 
Akak pakai agak-agak tapi nak senang akak tepek resepi dari Fiza di myresipi.com .   Kalau nak best masa letak dalam kuali tu buh daun pisang..lagi wangi.  Akak tak letak sebab malas nak gi ambil kat pokok.

Bahan-bahan ( 4-5 Org )

  • 7 biji pisang emas
  • 5 sudu besar gula-akak guna gula perang
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan kelapa muda (parut)
  • 1/2 st garam

Cara-cara

  1. Lecek pisang hingga halus
  2. kemudian masukkan gula,garam dan kelapa parut.
  3. masukkan tepung sedikit2 dan gaul rata.
  4. panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak ,sendukkan adunan tadi dan leperkan di dalam kuali.
  5. Balik2kan hingga kedua2 bahagian masak.
  6. Angkat dan bolehlah di hidang sebagai sarapan @ minum petang. 

Selasa, April 13, 2010

Resepi Ikan Bilis dan Tempe Cili Padi



Kadang-kadang tak ada selera nak makan...biasalah kan..mood tu kdg ok..kdg-kdg tak ok...akak suker buat lauk camni..

Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 keping tempe daun-dipotong kecil-kecil
  • 15-20 biji cili padi-nak pedas tambah lagi
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus
  • 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara

1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil,cili api dan bawang putih.
2. Goreng tempe dan toskan..selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing..baru masukkan bawang/cili api yang telah di tumbuk tadi.
4. Perlahankan api dan biarkan cili masak dan kacau selalu sehingga kering sedikit.
5. Masukkan pula ikan bilis dan tempe yang telah digoreng.
6. Kacau selalu...kalau tidak hangus pulak nanti dan masukkan garam.
8. Rasa dulu dan barulah dipadamkan api dan curahkan jus asam limau kasturi.
9. Sedap di makan bersama nasi panas dan sup sayur.

Selasa, April 06, 2010

Gado-gado

Tak yahlah vote yer..Pihak Nuffnang tak dapat pulak kasi RM50.00..tak tahulah kenapa yer..malas nak gaduh-gaduh..jom kita makan gado-gado dulu yer.

Gado-gado ni sesuai tak untuk orang yang diet..cam sesuai ajer kan..jomlah tenguk dulu resepi.  Kuah kacang tu akak ambil dari rumah Hanieliza...tak mood nak tulis pepanjang hari ni.
Kuah Kacang

Bahan:
  • 1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan minyak
  • garam secukup rasa
Bahan mesin
  • 5 sudu besar cili mesin
  • 4 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.
BAHAN-BAHAN LAIN
  • 2 bungkus lontong, direbus dan setelah sejuk, dipotong dadu(akak beli ajerlah..tak kuasa nak buat..3 biji tak sampai RM4.00)
  • 2 keping tauhu-di goreng dan di potong kecil
  • 3 keping tempe-potong kecik pastu goreng
  • 2 biji kentang, direbus dan didadu atau belah 2
  • 10 biji kacang panjang, dipotong ½ jari dan direbus
  • 1 biji timun di hiris
  • 6 biji telur, direbus dan dibelah dua
  • ½ kobis dirampai atau di kopek
  • Keropok udang
  • Bawang goreng-tak letak pun
  • sepatutnya ada taugeh yang di celur..akak malas nak buat sebab anak-anak tak suker taugeh.
 CARA MENGHIDANG
1.  Atur didalam pinggan, sayur-mayur serta tempe dan tauhu goreng. 
2.  Tuangkan kuah.
3.  Kemudian taburkan bawang goreng dan hiaslah dengan sebelah telur rebus serta keropok udang.

Selasa, Mac 30, 2010

Tauhu Poket

Dah lama rasanya tak buat tauhu poket...teringin nak makan...kali ni akak makan guna lebihan sos cili berkacang lebihan dari sos cucur udang..resepi ni ada di my resepi dan sumbangan  che'iza.....terima kasih yer
Bahan-Bahan
  • 5 keping tauhu
  • 50gm isi udang di cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar di cincang halus
  • 1 inci lobak merah di racik halus
  • 2 sudu besar telur (1/2 biji telur)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil pati ikan bilis (yang sedap maggi punya)
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (ni akak tambah sendiri)
  • 1 sudu makan daun sup dan daun bawang (pun tambah sendiri)
  • 1/2 sudu teh lada sulah (tambah jugak)
Cara-cara
1.  Tauhu di potong dua..akak potong bentuk tiga segi...
2.  Korek isi tauhu macam nak buat tauhu sumbat..jangan di buang isinya..
3.  Hancurkan lebihan tauhu ni dan campur bersama semua bahan lain diatas.
4.  Masukkan campuran tadi ke dalam tauhu.
5.  Setelah itu bolehlah di goreng...sedap di makan panas-panas.. 
6.  Hidangkan dengan sos cili...

Khamis, Januari 14, 2010

Omputih panggil Omelette..org melayu panggil telur gulung kot..

Hemmm....luper pulak nak cerita ....sekarang ni ira kena balik tiap-tiap minggu...pihak sekolah tak tanggung makan minum pada hari sabtu dan ahad...tak macam dulu sebulan sekali..payahlah budak-budak yang nak ambil pmr dan spm tahun  ni dan buat kurikulum...
Bagi akaklah baik akak bayar RM11.00 sehari dari kena ambil tiap-tiap minggu...ira pun kata lecehlah balik tiap-tiap minggu. 
Abah akak di masukkan balik ke ijn...kiranya nak operatelah ni...ikut jadual hari Jumaat (esok)..tup..tup..tadi doktor kata pulak...mungkin tak payah operate jantung di sebabkan faktor umur dan kesihatan abah.bila dengar camtu abah dah nak balik...doktor kata tunggu sampai minggu depan...nak kena bincang dengan doktor pakar dulu..sabar ajerlah..skrg ni sibuklah sikit...

Kena berhenti membebel..kang ada yang bosan...bila tenguk dalam MHI ada chef ajar buat omelette ..akak pun try buat...sonang ajo nak breakfast...hb akak suker..imran pun suker.akak buat tiap-tiap minggu.

 Bahan-bahan...sila tenguk gambar


  • telur 2 biji,   
  • secubit garam,   
  • secubit lada sulah  
  • 2 sudu besar mentega cair.
     
     Nak ikut yang ni pun boleh..suker hatilah yer..yang penting chicken/meat salami tu kena ada.. 
    Cara-cara
    1. Panaskan non stick pan..masukkan mentega cair..pastu goreng sebentar bawang, chicken/beef salami, cili banggala, cendawan butang dan tomato.
    2. Masukkan telur yang telah dipukul bersama secubit garam, lada sulah  dan di tabur daun sup lalu di kacau-kacau sehingga semuanya bercampur dengan telur dan buat seperti telur dadar.
    3. Bila telur agak kering barulah di masukkan cheddar cheese dan gulung cepat-cepat.
    4. Enak di makan dengan cili sos.

     masak hari yang berlainan ..suami akak makan dengan lebihan ayam bakar

    makan dengan cili sos ajer.

    Rabu, Disember 16, 2009

    Kuah Kacang aka Kuah Satay


    Kuah satay ni makan dengan nasi impit dan satay goreng minggu lepas...ingatkan nak update bila pagi Rabu...tiba-tiba internet tak leh bukak...frust sungguh...jarang akak masak sendiri kuah kacang...sebab mak yang selalu masak...ikut tip Puan Hanieliza kena masak kuah kacang ni dengan api perlahan dan biar lama sikit baru naik minyak..memang betul...sedap dan lawalah kuah kacang akak ni....dan licin di makan dek suami dan anak-anak...terima kasih yer Puan Hanieliza...

    Bahan-bahan
    • 1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
    • 1/2 cawan air asam jawa
    • 1/2 cawan gula merah-akak guna gula melaka
    • 1/2 cawan minyak
    • garam secukup rasa
    Bahan mesin/kisar
    • 5 sudu besar cili mesin
    • 4 batang serai
    • 1 inci halia
    • 1/2 inci lengkuas
    • 8 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 biji buah keras
    Cara-cara
    1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
    2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
    3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
    4. Hidangkan dengan nasi impit.



     Jemput makan

    Sabtu, Disember 05, 2009

    Tomyam putih 2 (resepi yang lain)

    Hari tu akak ada jugak buat tomyam tanpa paste...kali ni akak buat lagi...tapi ikut resepi orang lain pulak....Memang sedap makan tom yam ni....bila musim hujan....letak pulak cili api..bila tergigit cili tu...adusss pedasss..tapi sodap...makan dengan nasi panas..fuhhhh...buat telur dadar ker atau telur bungkus..lagi kick...rasanya resepi ni akak ambil dari rumah Rozie kat UK tu...terima kasihlah yer..memang sodap...tak yah lagi beli paste tom yam putih adabi...

    Bahan-bahan

    • 1 labu bawang besar, potong baji
    • 2 ulas bawang putih, hiris halus
    • 1/2 inci halia
    • 1/2 inci lengkuas
    • 4-5 tangkai cili api
    • 2 batang serai
    • 1 sudu besar sos ikan
    • 5 helai daun limau purut
    • 2 sudu besar jus lemon
    • 1 1/2 liter air
    • 1/2 ekor ayam di potong kecil
    • garam secukup rasa
    • 1/2 sudu besar gula
    • 1 sudu besar minyak masak
    • 1 biji tomato di potong 4
    • 1/4 cawan santan-akak tak letak tau..klu letak lagi sodappp
    • sayur-sayur lain seperti carrot, bunga kubis, putik jagung, batang saderi dan lain-lain..
    Cara-cara
    1. Panaskan minyak dalam periuk,
    2. Tumis bawang putih sampai naik bau..masukkan ayam,
    3. Kacau hingga ayam separuh masak, masukkan air dan didihkan.
    4. Bila dah mendidih, masukkan semua bahan2 lain kecuali sayur...renihkan.
    5. Masukkan santan.
    6. Perasakan garam dan gula.
    7. Akhir sekali masukkan sayur-mayur yang di sukai.
    8. Didihkan lagi beberapa minit, siap!

      Jumaat, Disember 04, 2009

      Bila bosan/ubi kentang goreng

      Mak...bosan.....cuti  sekolah tak ke mana-mana ke minggu ni...
      Semalam anak-anak kecik dua orang dah bosan duduk umah...... ajak  firdaus gi ke selayang mall main bowling...cik abang bagi duit...tu sebab pergi...


      murah pulak waktu orang kerja ni...RM12.00 ...empat games campur dengan kasut..

      penat  dia orang main....baru tau penat atau idak main bowling....sibuk nak ikut ayah dia orang main setiap malam selasa dan jumaat..suami akak tak bagi ikut...bukan aper..malam pulak tu...pastu ganggu dia nak main..
        firdaus main okerlah sebab selalu main...pastu ayah dia suruh dia belajar main dengan kawan dia.


      ira dan imran kena naikkan pagar..kalau idak bola masuk longkang....bila strike ajer...dia gembira...biarlah..imran kan masih kanak-kanak riang......akak..hemmmm..mau berlubang lantai bowling tu...ataupun strike selalu..ahaksss

      akak gi pejabat pos dan gi giant beli barang dapur...best jugak selayang mall ni..parking pun senang..


      Buat ubi kentang ni perapkan dengan marinate mister food ..perap 2 jam..pastu goreng..sodap...

      Isnin, November 30, 2009

      kuah lodeh singapura

       Masak kuah lodeh ni hari raya haji bersama rendang daging..makan dengan nasi impit segera....Selalu akak masak kuah lodeh .....akak masukkan semua sayuran dan bahan-bahan lain.  Kali ni akak nak cuba masak cara kuah lontong singapura..rupernya kuah lodeh ni mcm-mcm stail...kalau kuah lodeh indonesia tak yah tumis..lebur macam akak buat selalu...kalau kuah lontong singapura, lodeh singapura semuanya di tumis dulu.  Jomlah try buat...resepi akak ambil dalam majalah saji.

      Bahan-bahan
      • fucuk dan suhun-rendam dan potong kecil
      • 2 lobak-potong memanjang
      • 1/2 kubis-potong besar
      • 3 keping tempe-goreng
      • 3 keping  tauhu-goreng
      • udang-ikut suker
      • santan-akak masak 1/2kg santan pastu campur 3 cawan air
      • 1 labu bawang besar-hiris halus
      • garam secukup rasa
      • sedikit minyak
      bahan-bahan tumis
      • 4 tangkai cili merah-hiris
      • 2 ulas bawang putih-tumbuk
      • 5 ulas bawang merah-tumbuk
      • sedikit ikan bilis-tumbuk
      • 2 batang serai-titik hujung
      • 3 tangkai cili hijau
      • 3 sudu besar cili kisar
      Cara-cara
      1.   Panaskan minyak dan  tumis bahan tumbuk bersama serai hingga wangi.

      2.   Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau.

      3..  Masukkan udang dan tuangkan santan+air dan bubuh garam.
      4.  Biarkan mendidih dan masukkan bahan-bahan lain dan kacau selalu agar tak pecah minyak.
      5.  Biarkan sekejap dan baru di tutup api. Jangan lelama..nanti sayur tu lembek..lodoh..

      Ahad, November 29, 2009

      Kuah durian


      Gi mana-mana banyaklah pulak buah durian....bila tanya kat penjual.....durian mana? dari perak?  betul ker orang perak skrg buah durian tgh banyak kat sana...wah best ni kalau dpt saudara durian (musim durian ajer saudara...pastu tak jadi saudara)....akak ni memanglah jarang gi ke belah utara....sebab saudara mara belah selatan ajer...cuma adik ipar ajer org perak....bila dah musim ni...beli pun tak lah mahal bebeno...sekg baru RM3.00...puas hati bila makan...
      Bukan tak nak beli yang longgok tu..tapi buat sakit hati...anak-anak dah mengadap..pastu tak leh makan....kesian dengan anak-anak... beli 3 biji tapi memang puas hati...makan 2 biji pastu buat kuah/pengat sebiji...makan dengan roti biasa ajer...rasanya semua tahu nak buat kuah durian ni..tapi akak tepek jugak resepi sebab nanti kalau anak-anak akak kawin ker....manalah tahu kot dapat menantu perempuan yang tak tahu nak buat benda ni...nak minta dgn akak ..nanti malulah pulak...rujuk ajer kat blog mil dia...(chewah perasan nak dapat menantulah pulak)
      Bahan-bahan
      • 1 biji durian-ambil isi
      • 3 cawan santan pekat
      • 1 cawan air
      • 3 helai daun pandan-disiat-siat dan di ikat
      • 5 sudu makan gula merah (brown sugar)
      • 1 keping gula melaka-akak gunakan yang kecik
      • 3 sudu makan biji sagu-putih (di rendam sekejap)
      • secubit garam 
      Cara-cara
      1. Masukkan santan pekat, daun pandan  dan air ke dalam periuk dan didihkan dengan api sederhana.
      2. Kacau selalu sehingga santan mendidih dan masukkan gula melaka, gula merah dan secubit garam.
      3. Kacau sehingga gula larut dan kemudian masukkan buah durian dan sagu biji...kacau lagi dan rasalah..jika nak manis tambahlah gula putih...
      4. Biarkan lagi sehingga 5-10 minit ..padam api dan boleh di hidangkan..
      5. Kalau rajin menjalalah ek...(buat roti jala)..akak tak rajin..makan dengan roti ajer..

        Jumaat, November 13, 2009

        Wanton Sup/Wanton Goreng


         Dek terpesona tenguk wanton sup ni..akak pun buatlah..takut kempunanlah pulak nanti..tapi akak campur mee yang berbaki dalam peti sejuk...sayang nak buang...celur dan campurkan sekali dalam sup tu..
        Akak ambil resepi dari rumah mek siam si ika di Bangkok sinun...katanya member cina dia yang ajar..tapi tak ada sukatan tertentu...agak-agak ajer..akak pun agak-agak jugalah ...tapi kan rasa dia sodap..Terima Kasih yer ika..akak c&p ajerlah..

        Wanton Skin n Chicken filling (dak ika tulis camni tapi akak tukar ke daging kisar sebab tak  ada stok)

        Untuk filling boleh guna udang biasanyer guna udang yg sedap tp td ni kita malas nak kuarkan udang dr sebok dan MALAS nak cairkan dia kita guna isi ayam yg dah tersedia dekat luar td dekat 2 jam baru lembut itu pun rendam ngan air ekekeke.... DAN kalau nak sedap lagi boleh gabungkan UDANG+AYAM xtra sedap ).. Untuk resepinyer kita bg bhn2nyer sukat dan rasa ikut keperluan ya :D
        BAHAN2
        • Wanton Skin ada jual kat mana2 supermarket
        • Chicken/shrimp Filling
        • Sawi dicelur
        • Taugeh dcelur-tak letak
        • Daun Bawang-dihiris
        • Bawang Goreng
        • Daun Ketumbar-tak letak sebab gi pasar dia org tak jual sebab mahal..1kg-RM25.00-betul ker?
        UNTUK FILLING
        • 150g Minced chicken atau udang-akak tukar ke daging kisar
        • 2 Ulas Bawang Putih cincang
        • Daun Bawang agak2 lebih kurang mcm bwg putih jugak
        • Sos Tiram
        • Kicap Cair-lebih kurang 1 sudu makan
        • Putih Telur-akak letak 1 biji
        • Tepung jagung-akak letak 1 sudu makan
        • Minyak Bijan sikit jer-tak letak
        • Lada Sulah
        • Garam
        • Gula-tak letak
        CARA2
        1. Satukan sume bhn datas sampai sebati dan perasakan dgn garam, lada sulah, kicap cair, sos siram dan gula rasa ikut selera masing2 ya, kemudian ambik kulit wanton dan balut kemas macam kat atas tu tp yg kat atas tu tak kemas ehehe...ikut suka hati lah ya nak buat gaya mcm mana dan jgn risau dia takkan terbukak atau terburai isinyer sbb dia mmg akn stick dgn kulit dia k..
        2. Didihkan air kemudian masukkan wanton yg siap dbalut td dan rebus bila dah timbul tapis .
        3. Dan susun dlm mangkuk, susun sawi dan taugeh sekali dan tuang sup serta hiaskan dgn daun bawang, bawang goreng dan daun ketumbar.. kalau nak pedas letaklah chili flakes atau yg sewaktu dgnnyer.. :D
        UNTUK SOUP
        • 1000ml air
        • 15 ekor ikan bilis siang bersih buang kepala sume
        • 5 atau 6 ulas bwg putih tak yah kopek kulit, basuh..
        • 1 labu bwg sederhana besar
        • Leek (tak masukkan pun tak pe)
        • Kicap cair
        • Garam
        • Gula-tak letak
        • Minyak Bijan-tak letak
        • Secubit atau 2 cubit stok ayam(akak guna maggi stok)
        • Lada sulah 
        CARA2 
        1. Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer..  
        2. Kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2..  
        3. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yg telah dmasukkan wanton serta sayur celur tadi.. hias dan hidangkan segera..enak di makan panas2. 
        4. Akak letak sambal kicap...walla....keluar air hidung/air mata...   
            
        Untuk makan malam  pulak..akak goreng  wanton ni...tapi goreng dengan api sedang ajer tau...kalau idak..cepat hangus..cicah dengan cili sos..sodap...krukkk..krakkkk..tak sedar dah habis..

           Sama jugak untuk makan  malam buat sup wantan (guna kuah yang tadi jugak)dan bebola daging sebab kulit wantan dah habis..jadi tukarlah nama dia..sebab nak makan dengan nasi.

          Adsense

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...