Dulu nak beli pinggan mangkuk mahal ...jangan haraplah..sebab masa baru kawin suami akak kerja di Jay Bee..akak pulak bekerja di Kuala Lumpur.
Gaji masing-masing tak tinggi...gaji akak masa tu tak sampai pun RM500 dan suami pulak tak sampai RM1,000.00.
Mana nak bagi mak lagi..tambang nak ke jay bee...kami bergilir ikut giliran ..kalau minggu ni akak ke jay bee..minggu depan hb akak pulak turun ke kay ell. Duit habis kat tengah jalan.
Pendapatan suami kena bagi pulak arwah mak dia sebab adik beradik dia ramai dan ada 7 mulut yang perlu di beri makan. Pastu kena bagi kat akak lagi..dah tanggungjawab dia kan kena bagi nafkah kat isteri dia. Ibubapa hb cuma kerja menoreh getah ajer..pastu ada pulak adik beradik dia yang bersekolah. Memang susah kami berdua masa tu.
Bila dah bersalinkan Russhdi lagi banyak pakai duit...akak kena bagi emak upah sebab jaga Russhdi..duit susu lagi..minyak kereta (sebab akak tumpang member naik kereta..tak kan nak free..)memang tak menyimpan langsunglah..masa tu akak beli teasets arcopal dari kakak yang akak tumpang naik kereta..bayar 3 kali.
Bila Russhdi dah 6 bulan..mak suruh akak berhenti kerja ..dia risau tenguk kami...seorang kat sana...seorang kat sini....abah marah sebab bukan senang dapat kerja kat kerajaan. Puas jugak akak fikir..setelah di bahagi..di darab dan di campur..akak ambil keputusan berhenti. Fikirkan mungkin ada rezeki lain selepas ni.
Bila dah berhenti kerja..lagi terasa susah. Nasib baik mak bagi pinggan mangkuk, bantal dan serba sedikit kelengkapan rumah tangga masa nak pindah ke Jay Bee. Kami pindah naik van bapa saudara suami ajer. Tak tahu berapa RM yang suami akak bagi kat dia.
Alahamdulliah walaupun gaji kecil suami akak beli juga kelengkapan tempat tidur, dapur dan peti sejuk kecik.
Suami bagi banyak ni..(luperlah berapa)..akak terpaksa terima..pandai-pandailah budget...jarang nak merasa udang besar ker..kalau ayam pun beli sebelah ajer..tak lama 2 orang adik hb tumpang kat rumah akak...lagi bertambah perbelanjaan lagi 2 kepala. Lagi akak pening nak budget duit. Nak buat camna...hb akak kesian tgk adik beradik dia gaji kecik..mereka tolong bayar bil api dan air.
Bila abah datang ke Jay Bee...dia buka peti ais kecik kami...dia menangis bila tenguk peti ais kosong. (Akak tak cerita pun kat suami akak..hal ni)..macamana tak kosong ...akak memang beli ikan hari-hari kat orang yang datang bawak lori...abah dah salah sangka....dia ingat akak susah sesangat (memang susah pun) bila balik ajer kat rumah abah ..dia bagi makan sedap-sedap. Masa tu jugak tak ada washing machine..sental ajerlah kain baju hari-hari.
Masa kat Jay Bee jugak akak mengandungkan Firdaus...masa nak bersalin..abah ajak akak bersalin di Kuala Lumpur. Kesiankan akak duk jauh..tak ada orang nak jaga nanti..lagipun Russhdi kan cucu sulung..tentu atuk dia suka bila cucu dia tinggal sama-sama. Akak dan Russhdi balik naik keretapi ke Kay Ell bila lagi 1 bulan nak bersalinkan Firdaus.
Alhamdulliah..tak lama kemudian suami dapat kerja di Kuala Lumpur ...masa nak angkat barang dari Jay Bee ..akak tak pergi..suami akak ajer yang pergi...barang taklah banyak sangat..cuma pakai 1 lori kecik. Sepupu akak yang duduk kat Sekudai tolong kami pindah..
Oleh sebab adik hb masih duduk kat rumah tu..terpaksalah tinggalkan katil, almari solek, sofa dan serba sedikit barang untuk mereka. Tapi mereka tinggal kat situ tak lama..sebab lepas tu mereka pindah pulak ke rumah yang akak dah beli di Taman Universiti, Skudai..sekarang rumah tu akak dah suruh suami jual kat adik dia...sebab adik dia dah kawin....mana boleh ashik duduk free ajer kan. Akak tak merasa tau duduk kat situ..mereka yang merasa dulu.
Masa kat KL, akak tinggal di Taman Melati..kat tingkat 1. Rumah akak ruang tamu menghadap bukit..tinggal kat sini pun rumah akak masih kosong..yang ada cuma katil (mestilah ada kan..kalau idak sakit pinggang), peti sejuk dan tv(bawak dari rumah di jb), kerusi makan, ...memang sedihkan masa tu. Duduk pun atas lantai..tak ada sofa..masa tu dah 3 orang anak dah. Suami akak bertungkus lumus kerja overtime..tu sebab dia kurus kering masa tu. Tak jugak akak berpeluang nak beli pinggan mangkuk berjenama. Pakai apa yang ada ajer..
Tak lama pindah pulak ke Flat Gombak Setia..sebab dekat sikit dengan rumah mak..tak payah nak naik bas lagi..masa ni akak duduk jugak kat tingkat satu...akak mula beli hutang pinggan mangkuk..tapi tak mahal..sebulan cuma bayar RM15.00 ...tu pun yang tak berjenama.
Oleh sebab ada problem dgn tuan rumah..akak pindah lagi ke Flat Sri Langkawi ..blok 08..nasib baik rumah bawah sekali.
mengajar kat dalam kabin..kesian kan
Tak lama akak dapat kerja jadi guru tabika. Dah ada duit di tangan baru akak berani nak beli pinggan arcopal...tu pun beli kat rantau panjang kat kelantan. Dah pun habis dah kena pecah dek anak-anak..termasuk lah akak yang memecahkan. Masa ni jugak akak baru berani beli periuk arcopal dan vision..nak merasa..bayar ikut sistem kutu.
bagi hadiah kat anak sendiri..hari jadi kat mcd
Bila abah dah beli tanah kat padang balang..dia ajak akak duduk sama..buat rumah 2 tingkat..macam town house..akak duduk atas..abah duduk bawah.....sebab dia bosan tinggal dengan mak..tak ada cucu dekat dengan dia..
Masa ni akak dah lega dah..gaji dah makin naik...akak beli jugak lagi pinggan mangkuk arcopal..dari member hb..masa tu time offer..beli sampai 2 set..tu pun tinggal 1 set ajer..banyak yang dah pecah.
Yang terakhir sekali akak beli vantage..nak beli cash tak mampu...bayar ikut sistem kutu..nasib baik suami adik ipar kerja tudm..dapatlah beli kat pernama..merasalah akak pakai pinggan mangkuk berbunga-bunga...
sekarang ni dah senang sikit...sebab gaji suami dah okeylah jugak..tapi tak boleh bersenang lenang sebab kat Kay Ell ni..bila dengar tang gaji macam hebat..tapi bila dah di tolak hutang..tinggallah se ciput. Anak-anak semua masih belajar lagi.
Oleh sebab akak dah tak kerja lagi..akak beli semua ni pakai lebihan duit dapur yang suami akak bagi..pandai-pandailah nak budget . Segan nak minta dengan dia...
Suami dah kata dah..
bila beli mesti pakai...kalau idak nanti dia bagi isteri kedua dia pakai bila akak mati nanti..
sabar ajerlah..sekarang ni kalau datang rumah akak boleh merasa makan dengan pinggan mangkuk vantage ni..
p/s nafsu nafsi tak habis lagi nak collect koleksi pinggan mangkuk lama...bila boleh berhenti ek?